Ipoh, Chinese Food & Homestay - Cahaya Hayati

13 Nov 2013

Ipoh, Chinese Food & Homestay

Salam.
Hari ni tension betul dengan sistem yang di gunakan. Tak boleh nak access since pagi tadi...
Satu kerja apa pun tak menjadi...  Kerja yang tak menggunakan sistem boleh la buat... Yang lain tu kena kiv lagi... Sistem pun time-time urgent la dia nak buat hal.... tensi. :(

So, sambung pasal cuti-cuti mesia lah..
Turun dari Cameron terus pi Ipoh. Singgah makan kat nasi ganja @ Jalan Yang Kalsom. Gambar tak sempat nak snap. Bateri tepon hujung-hujung ja. Pastu kat kedai ni pun, Masya Allah ramainya pelanggan dia. Ker ramai yang ketagih nasi ganja ni....

Bercerita tentang nasi ganja ni.. Kalau kat penang rupanya lebih kurang macam nasi kandar tapi rasa dia lain dari nasi kandar... Tak tahu macam mana nak cakap. Tapi kena dengan selera kami sekeluarga lah...

Malam tu, cadangnya nak cari mee rebus ramli yang fames kat Ipoh. Guna GPS... Masuk sana, masuk sini, belok sana, belok sini... Tak jugak jumpa.  Last-last jumpa satu restoran yang nampak menarik... kami pun try la kat sini. Restoran ni nama dia D'Polo Garden.

Kat sini ada pelbagai menu  yang di tawarkan. Ala-ala foodcourt.....
Pilihan malam tu chinese food... Bukan senang nak jumpa chinese food yang di jual oleh orang melayu... Bila dah jumpa kena la try..



Tak tahu nama dia apa... Kak Ipar yang order. Sedap. Rasa dia sedikit cam yong tau fu...


Kenai tak yang ni... dim sum. Yummy. Sedap... Ada rasa blackpaper, crab, prawn  dan lain-lain...


Harga kat sini berpatutan...


Yo! Peace from Puan Blog...


Kat sini kami cari homestay.  Tak book pun... last minute cari.. nasib baik ada... Kalau tak memang kena dok hotel la jugak ... 3 bilik tidur ( 2 aircond), 2 bilik mandi dan dapur yang boleh masak..... Semalam dalam RM 160.00. ... Murah-murah!

Ni lah view homestay tu. In Sha Allah selesa... Cuma kedudukan homestay ni jauh ke dalam. Guna GPS jugak... Kalau tak sampai ke sudah tak jumpa....







Kepada yang nak ke Tambun Lost World dengan family, boleh la stay kat homestay area Taman Koperasi ni. 5 Minit saja dengan kereta...

Bukan nak buat iklan, just sebagai panduan kepada readers &  kawan-kawan yang nak stay di Tambun dan nak pergi ke Lost World. Bukan apa nak masuk ke lost world tu kena bayar RM 48 Dewasa dan RM 40 kanak-kanak... So, kalau duduk hotel dan makan minum dah berapa banyak yang di keluarkan... cer kira.

Ok bai. Nak pi lunch dulu... sistem still begong. :(


No comments:

Post a Comment