Cuti dan TM Resort - Cahaya Hayati

4 Nov 2013

Cuti dan TM Resort

Salam.
Hai, windu saya tak???
Mesti windu kannnn.... Malu nak ngaku la tuuuu...
Hehehe.

Hari tu update tentang perasaan dan ketidakpuasan hati... tup tup hilang.
Sorry yer. Saya menghilangkan diri sekejap untuk menenangkan diri dan fikiran..
Tak pergi jauh pun. Cameron Highland jer...

Planning nak pergi dah lama... Baru berkesempatan. Lagipun percutian ini adalah untuk memenuhi permintaan  Aismar. Nak jalan-jalan katanya.


TM resort


Kat Cameron Highland kami stay kat TM resort. Untungkan bila company ada resort sendiri... Dapat harga murah tapi service kali ini tak berapa nak memuaskan hati. Tempoh peralihan pengurusan resort... Dari yang lama ke baru.



Apa yang saya tak puashati kali ini adalah dari segi hiburan. Astro takde... Belum di register oleh pengurusan baru. Siaran TV yang ada pula tak clear. Wifi pun tak memuaskan hati...Tak tahu sampai bila keadaan ini.. Harap-harap sekejap jer.

As a staff, saya sangat berharap pengurusan baru ini akan menambahbaikan di semua TM resort dari segi...
  1.  Furniture (Sofa) - kena ganti yang baru. Yang lama tu dah nampak usang sangat.. Tak sedap mata nak memandang dah...
  2. TV - kena tukar ke yang besar sikit or yang smart tv. Boleh tengok movie dari usb.. 
  3. TV channel - Yang ni TM patut wajibkan semua resort di pasang dengan Hip TV. Boleh promosi product tm sekali...
  4. Wifi - Perlu penambaikan di mana setiap bilik boleh access wifi. Baru syiok sikit nak update blog, FB dan lain-lain.
  5. Maintenance - Yang ni TM resort agak lemah. Banyak lampu yang rosak dan tak di gantikan dengan yang baru. Keadaan bilik air yang tidak memuaskan.... 
  6. hmmm... Rasanya kena tambah microwave. Senang nak panaskan makanan yang di bawa or masak megi... sejuk gedi makanan yang kami bawa... 
Saya bukan nak kondem TM resort .. Tetapi saya ingin melihat TM resort setanding dengan resort yang lain.
Terus terang saya beritahu saya suka TM resort sebab ia berkonsepkan apartment. Senang bila datang dengan keluarga....

So, percutian kali ini memang untuk menenangkan diri. Makan, jalan-jalan dan tido... syiok ooo!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan