November 2013 - Cahaya Hayati

30 Nov 2013

masih menunggu...

November 30, 2013 0
masih menunggu...
Alhamdulillah, teambuilding 3 hari 2 mlm telah berakhir... 
Rindu sangat2 kat aismar.. kat daddy diapun rindu jugak.

Tika ini saya masih menunggu.. flight delay di sebabkan cuaca.
Delay takpe asalkan saya sampai dengan selamat..
Kita hanya merancang... Allah jua yg menentukannya.


27 Nov 2013

AJK Ikan Temenung/ Kembung

November 27, 2013 0
AJK Ikan Temenung/ Kembung
Alhamdulillah. Semalam telah selamat menyertai aktiviti memasak secara gotong royong sempena Safety & Healthy Week.  Macam-macam menu dan telah di bahagikan mengikut division yang ada. Lebih mudah dan senang untuk communicate sesama ahli/ ajk.

Unit saya telah memilih untuk memasak ikan temenung/ kembung yang tersedap di dunia..Hek eleh, ikan kembung jer pun. Oiii terlebih garam pun tak sedap gak kan...kan  :P

Pagi-pagi dah sedia untuk menyiang dan membasuh ikan... Banyak tau! 15 kg...

Then, start menggoreng... Time menggoreng ni ada ajk import pula (lelaki). Team saya takde lelaki sebenarnya...goreng ikan ja kan.
Apa-apapun, terima kasih jugak kepada ajk import ni sebab tolong goreng ikan sampai habih....


Bukti. Ambil gambar beramai-ramai depan kuali... Jangan kata kami tak buat kerja ya!#Peace


Kepada semua yang membantu, terima kasih banyak-banyak. In Sha Allah, aktiviti ini mengeratkan silahturrahim di antara kita. Yang terlebih dan terkurang mohon ampun dan maaf ya... 

25 Nov 2013

Taman Permainan, Vandalism Dan Keriangan Anak-Anak

November 25, 2013 0
Taman Permainan, Vandalism Dan Keriangan Anak-Anak
Santai dan riadah di taman permainan kanak-kanak memang seronok. Tambah-tambah bila anak-anak berlari dengan riang.  

VANDALISM

TAPI, VANDALISM telah menyebabkan taman permainan ini menjadi tempat tidak selamat dan tak seronok lagi.. Tiada penjagaan, pemantauan dan pembaikan dari pihak yang sepatutnya...

KESAL sebab kemudahan yang ada tidak dapat di gunakan sepenuhnya.  Bagaimana nak jaga kemudahan yang di beri ini? Sapa sepatutnya yang bertanggungjawab? Kepada siapa saya nak laporkan masalah ini...


Buai yang tiada buai..

Botol minuman keras bersepah di bawah pokok...
Dalam kawasan perumahan saya ini mempunyai lebih dari 5 taman permainan kanak-kanak tetapi semua mengalami nasib yang serupa... Di mana lagi nak bawa anak-anak bermain? 

jongkang jongkit yang separuh sempurna...

Dah takde pemegang... Bahaya untuk anak-anak.



seronok main kejar-kejar..

Yang ini pun tak berapa nak sempurna...

Baru belajar memanjat...
Entry ini bukan nak menyalahkan pihak yang bertanggungjawab tetapi mengharapkan kesedaran semua untuk menjaga kemudahan yang telah di sediakan. Di harapkan pihak yang bertanggungjawab lebih peka untuk selenggara dan pembaikan taman permainan yang sedia ada... Prihatin hari ini untuk masa depan.
Chewahhh!

#lovenature.




Tiada Lagi Monday Blues..

November 25, 2013 0
Tiada Lagi Monday Blues..
Burppp! Alhamdulillah..
Pagi-pagi dah kenyang dengan rezeki hari ni... Syukran.
Bila dah kenyang, hati pun senang... maka  tiadalah monday blues untuk minggu ni.. :P

Kepada yang belanja hari ini, terima kasih banyak-banyak. Semoga di murahkan rezeki. Amin.

Nasi Kandar Melayu @ Masjid Kg. Batu Permatang Pauh.

18 Nov 2013

Bila Mood Memasak Kembali...

November 18, 2013 0
Bila Mood Memasak Kembali...
Mood memasak saya dah kembali bersamaan dengan cuti sekolah. Masak ala kadar ja.. Janji kenyang, sihat dan jimat..

Menu lunch. Ada kari ikan seludu tapi tak tersnap gambar dia... Ala kampung. Berselera dan bertambah nasi. :)

Yang ini pula menu dinner malam sabtu. Koay Teow Th'ng aka Sup Manis.  Dah lama tak masak menu ni...
Lepas gian.. Alhamdulillah. Menu ni pun mendapat sambutan dari ahli keluarga..  


Resepi ni saya pernah kongsi dulu.. Nanti saya sharekan link dia.. Malas nak google balik sebab waktu rehat dah nak abih...
Bye.

-xoxo-

Baru Permulaan..

November 18, 2013 0
Baru Permulaan..
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat di atas kejayaan kakak Aisya dan Ammar.. 
Bangga? Yess saya bangga dengan pencapaian ini tapi saya tetap kena ingatkan diri bahawa ini baru permulaan... Many years to come.
Walaubagaimanapun, doa saya sentiasa mengiringi depa...


Kakak bersama pingat yang di perolehi...


Cer teka Ammar lak?

-


-


-

-

-

Ni lah aktiviti dia sepanjang majlis pencapaian hadiah berlangsung. Tak kisah dengan sekeliling... Asyik dengan dunia ja.. Tak kisah pun kakak dok buat persembahan ker apa ... Janji dapat hp dan minum.
Dia dapat nombor 8. Dapat saguhati terbaik 10 dalam kelas. Apa-apalah adik... Next year kena pulun. Tahun ni banyak main...


Ada aku kesah!

Tahniah anak-anak. Semoga terus berjaya di dunia dan akhirat. Amin.

15 Nov 2013

Last Entry...

November 15, 2013 0
Last Entry...
Ok. Ni last entry pasal cuti-cuti malaysia. Cerita apa yang ada kat Lost World Of Tambun...

Macam family yang lain-lain gak... lepas breakfast dengan tak mandi dan pulangkan kunci homestay kat tuan dia,  kami gerak ke  Lost World. Lima minit ja...

Lost World Of Tambun

Sampai kat sana, beratur nak beli tiket... Ada seorang brader datang offer tiket sebab dia beli untuk group tapi ada ahli group yang tak datang. So, dia nak jual dengan harga 40 untuk 8 tiket... ngam-ngam untuk kami satu family... Seperti biasa, saya ni susah sikit nak percaya sebab kat board tulis harga tiket RM 48 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 40. Dalam website pula letak RM 38 dan kanak-kanak RM 30. Kalau beli terus kat brader ni kan kena tipu pula...

En. Suami pun pergi tanya kat kaunter tiket dan harga sebenarnya adalah RM 48... So, beli ngan brader tadi la.. Untung RM 50.00 untuk tiket 8 orang. Rezeki kami.....

Security dan check mengecheck bag yang di bawa masuk agak ketat. Di nasihatkan jangan bawa apa-apa sebab nanti kena letak dalam keta ja. Security akan check semua bag yang berzip dan beg tangan... Memang tak dapat nak sembunyikan apa-apa... So, better beli kat dalam ja.

Masuk-masuk ja, si Aisya ngan Ammar terus terjun kolam... Pantang jumpa air betul budak-budak ni.. Boleh tengok dalam entry sebelum ni..

Saya tunggu anak-anak mandi. Mil, SIL dan Mak sedara suami jalan-jalan pusing tengok kawasan...

Rumah Hantu... tak masuk pun. Kena bayar rasanya.


Roller coaster. Saya tak naik jugak... Gayat. Tengok sajalah.


Restoran dalam gua. ... Tak leh nak cerita sebab tak join sesi melawat ni.


Tea House dalam gua.


Ni lah rupa tea house tu...


Biji Timah.... First time tengok.


Proses mendulang. Ada di sediakan dulang untuk kita mencuba...


SIL dapat boipren pendulang... Hihi Sorry aa...

 Dah puas mandi dan jalan-jalan, masa untuk makan pula. Ammar yang baru terasa lapar...


Makan nasi goreng dan ni ja. Tak banyak pilihan sebab foodcourt tak buka pada hari tu...


Lepas makan pi tengok show.  Macam-macam ada...




Checken dance...

Beri harimau makan...



Lepas tengok show, naik keretapi pusing-pusing dalam lost world ni.



Dah habih mandi dan pusing-pusing dalam lost world ni, kami gerak balik dalam pukul 6 petang. Lama tak... sehari kot dok dalam ni..

Apa-apapun anak-anak enjoy.

13 Nov 2013

Hadiah Untuk Anak-Anak

November 13, 2013 0
Hadiah Untuk Anak-Anak
Alang-alang dah sampai Ipoh, kami singgah la kat Lost World of Tambun... Hadiah untuk kejayaan anak-anak dalam peperiksaan mereka. Tanda penghargaan dari mummy dan daddy.... Layan gambar dulu lah yer...
Ceritanya lain kali yer... Banyak lagi gambar yang kat kamera.


Daddy bergambar dengan kuda padi... Anak-anak takut nak dekat...


Us. Yang sebenarnya nak tunjuk peta theme park ni....

Dah jumpa kolam... Terjunnnnn! Main air sampai tak ingat nak makan, minum....









Ipoh, Chinese Food & Homestay

November 13, 2013 0
Ipoh, Chinese Food & Homestay
Salam.
Hari ni tension betul dengan sistem yang di gunakan. Tak boleh nak access since pagi tadi...
Satu kerja apa pun tak menjadi...  Kerja yang tak menggunakan sistem boleh la buat... Yang lain tu kena kiv lagi... Sistem pun time-time urgent la dia nak buat hal.... tensi. :(

So, sambung pasal cuti-cuti mesia lah..
Turun dari Cameron terus pi Ipoh. Singgah makan kat nasi ganja @ Jalan Yang Kalsom. Gambar tak sempat nak snap. Bateri tepon hujung-hujung ja. Pastu kat kedai ni pun, Masya Allah ramainya pelanggan dia. Ker ramai yang ketagih nasi ganja ni....

Bercerita tentang nasi ganja ni.. Kalau kat penang rupanya lebih kurang macam nasi kandar tapi rasa dia lain dari nasi kandar... Tak tahu macam mana nak cakap. Tapi kena dengan selera kami sekeluarga lah...

Malam tu, cadangnya nak cari mee rebus ramli yang fames kat Ipoh. Guna GPS... Masuk sana, masuk sini, belok sana, belok sini... Tak jugak jumpa.  Last-last jumpa satu restoran yang nampak menarik... kami pun try la kat sini. Restoran ni nama dia D'Polo Garden.

Kat sini ada pelbagai menu  yang di tawarkan. Ala-ala foodcourt.....
Pilihan malam tu chinese food... Bukan senang nak jumpa chinese food yang di jual oleh orang melayu... Bila dah jumpa kena la try..



Tak tahu nama dia apa... Kak Ipar yang order. Sedap. Rasa dia sedikit cam yong tau fu...


Kenai tak yang ni... dim sum. Yummy. Sedap... Ada rasa blackpaper, crab, prawn  dan lain-lain...


Harga kat sini berpatutan...


Yo! Peace from Puan Blog...


Kat sini kami cari homestay.  Tak book pun... last minute cari.. nasib baik ada... Kalau tak memang kena dok hotel la jugak ... 3 bilik tidur ( 2 aircond), 2 bilik mandi dan dapur yang boleh masak..... Semalam dalam RM 160.00. ... Murah-murah!

Ni lah view homestay tu. In Sha Allah selesa... Cuma kedudukan homestay ni jauh ke dalam. Guna GPS jugak... Kalau tak sampai ke sudah tak jumpa....







Kepada yang nak ke Tambun Lost World dengan family, boleh la stay kat homestay area Taman Koperasi ni. 5 Minit saja dengan kereta...

Bukan nak buat iklan, just sebagai panduan kepada readers &  kawan-kawan yang nak stay di Tambun dan nak pergi ke Lost World. Bukan apa nak masuk ke lost world tu kena bayar RM 48 Dewasa dan RM 40 kanak-kanak... So, kalau duduk hotel dan makan minum dah berapa banyak yang di keluarkan... cer kira.

Ok bai. Nak pi lunch dulu... sistem still begong. :(