Tengok-Tengok Jer... - Cahaya Hayati

23 Okt 2013

Tengok-Tengok Jer...

Hari tu, masa jalan-jalan cari hadiah besday boy... Ada pameran kereta kat Aeon Big. Ada kereta Mitsubishi yang baru tu... Tak ingat la nama dia ,attarage kot. Berkenan nak buat ulang alik mai kerja. Pastu rasa cam tak berbaloi nak menambah hutang... 

Sekarang saya dan suami hanya menanggung loan rumah. Hutang keta dua-dua dah takdak.... So, tengah enjoy life without hutang... Esok-esok bila dah sampai masa nak tukar keta baru, saya beli lah... Sekarang bukan satu kemestian. Keta saya hanya buruk pada rupa... enjin elok lagi. Kalau cat mesti lagi mengancammmm. hahaha

Walaupun tak membeli, tapi bila ada show kereta baru.. kami tengok juga. Nak tau keta tu best ker tak... Pastu nak tau berapa harga dia... So, esok2 kalau nak membeli tak perlu la nak pi semua kedai keta.. hihi dasarrr ( tiru ayat jemah).

Dah keluar dari kereta, cakap kat salesman tu... kami tengok-tengok jer. Kalau kami nak beli nanti kami cari encik ( sambil ambil leaflet)Hahaha. Tapi baguih betoi salesman tu.. senyum jer. Memang sesuai jadi salesman...

Tengok-tengok jer...
Ok. bai... nak sambung buat keja plak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan