Saya Dan Ariani..

Semalam saya ajak en. suami ke Ariani Sungai Petani... Nasib baik dia setuju... Jauh ok. Tambah-tambah lagi bila harga minyak dah naik... Nak kemana pun kena berkira sikit. Bukan apa nak berjimat untuk masa depan...

Kalau tak, tak kesampaian la nak shopping tudung Ariani time sales. Nak beli time tak dak sales, rasa cam tak berbaloi jer.. Masih banyak yang saya boleh beli dari membeli tudung yang harga beratus sehelai...
Bila time sales memang berbaloi membeli. Harga setanding kualiti...

Bukan kata saya tak membeli jenama lain, tapi kualiti kurang sikit. Tak berapa sedap nak pakai... Ini pendapat saya ler... Orang lain mungkin lain pendapatnya.

Bila sales memang saya akan memborong... Selalunya saya tetapkan 2 kali setahun shopping kat Ariani.
Sepadan dengan keperluan saya.. Terutamanya bila ada baju baru atau ada sales.... Hehehe

Sebahagian dari Tudung Ariani...

Selalunya saya akan campur-campur design tudung. Ada yang bercorak, ada yang kosong atau yang tone. Untuk kali ini saya banyak beli yang kosong. Ada projek untuk tambah nilai tudung tu..  kalau dah siap nanti saya update.. Tungguuuuu.

Saya menjadi penggemar Ariani sejak Ariani mula buka cawangan di Sungai Petani. Lama la jugak... Kiranya dah hampir 4 tahun...

Kalau ada yang berminat nak beli tudung Ariani, boleh la terjah ke store Ariani yang berdekatan.... Pesanan penaja ni tak di bayar yer... just nak kongsi maklumat. Kaum wanita kan suka shopping time sales... Hihihi  i ler tu..

Oklah nak pergi buka daun palas... Nak buat ketupat. First time... Harap menjadilah yer.

Sebelum terlupa...
'Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua '. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya... Selamat sampai dan selamat kembali.. Ingatlah yang tersayang.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers