Dinner @ D'Dapur

Seperti biasa jalan-jalan cari makan. Kali ini sempena menyambut besday emak mertua. En. suami dan kakak dia yang belanja... Saya tukang ikut dan makan jer.

Restoran D'Dapor

Lokasi pilihan adalah di D'Dapor yang terletak di area Union Street Pulau Pinang. Camna boleh tau tentang restoran ni adalah melalui iklan Groupon .. Groupon offer best deal hari tu... Set bersama lobster untuk 4 orang makan baru RM 68++. Menarik. Tapi en. suami tak beli best deal tu...
Bila cari balik, tawaran dah habis. Takde rezeki nak dapat harga yang deal tu......

Walau macam mana pun, dinner sambutan harijadi tetap berjalan.... 


En. suami sedang pilih menu ... Antara menu pilihan pada malam tu adalah seperti di bawah.
Udang Sweet Sour. Tak ingat dia letak nama apa , rasa macam sweet sour.. Rasa sedap bangat.....


Pilihan kedua, Ayam Goreng Pandan. Tak berapa nak penuhi piawaian... Dulu penah makan dekat restoran tambuah mas, area sungai nibong ( dah tutup dah) rasa dia sedap amat. Mana nak cari yang rasa macam tu yer...


Yang ini pula Udang Butter. Untuk anak-anak.... Sedap. Rasa butter... First time makan udang butter camni...

 Kari Kepala Ikan... Sedapp gak.


Yang ini pula, Ayam Golek Ala Kapitan... Boleh la... Pendapat saya la kan, ayam golek kat Kulim lagi sedap kot.:)Hahha.. suka sangat buat bandingan dengan makanan kat Kulim... Saya tak berapa suka sangat Kapitan style.. camna nak cakap yer... Lebih berempah kot. Saya ni masakan yang berempah kurang sikit.. Tekak melayu la katakan....


Sayur pilihan en. suami. Terung Berlada/ Bercili.... Dia kata sedapp. Saya tak makan terung....So, tak dapat nak explain dengan details.


Ulam yang datang dengat set tadi... Sambal belacan ia sedap. Ulam-ulam pun fresh ....


Pendek kata semua makanan yang di hidangkan sedap-sedap belaka...Berbaloi. Tempat pun exclusive...

 Yang ni pula hiasan yang menjadi tarikan kepada Aismar. Dok lawan ketuk benda alah tu... Tak tahu nama apa... Sejenis alat muzik. Saya ni kurang pengetahuan tentang alat-alat muzik ni... So, abaikan.

So, akhir sekali gambar tuan tanah kat depan kedai... Guna kamera telefon. Sekali nama kedai tak nampak... Apa-apa jer lah kan.

Lokasi restoran ini, belakang Maybank Union Street. Kalau nak pi, silalah google sebab saya tak ingat jalan nak pi camna.. Banyak sangat belok-belok.

Untuk semua makanan kat atas (untuk 10 orang makan), harga dia adalah RM 250.00...  okay tak?Untuk makluman juga, harga ini termasuk air lain-lain jenis...Rasanya kalau ambik jug, maybe boleh murah lagi kot...

Ni jer cerita jalan-jalan cari makan sebelum aidiladha.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers