Nasi Lemak Sambal Sotong - Cahaya Hayati

11 Sep 2013

Nasi Lemak Sambal Sotong

Saja jer letak gambar nasi lemak sambal sotong pagi-pagi ni...
Dah lama kita tak masak nasik lemak....
Pagi hari minggu yang serba tak jadi tu, kita terlebih rajin...
Buat nasik lemak sebab tengahari nak pi kenduri... Sekali tersilap daaaa..

sambal sotong mudah dan sedap
Nasi lemakku....
Resepi:

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
2 setengah pot beras ( sukatan utk rice cooker- 5 orang makan)
1 batang serai
3 cm halia
1 helai daun pandan
1 ulas bawang besar 
2 ulas bawang putih
RM 1 santan
1 sudu besar mentega/planta
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Basuh beras dan masukkan santan, mentega, serai, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Tambah air mengikut sehingga sukatan yang sepatutnya.  Bahan-bahan seperti serai, halia, bawang putih, bawang besar & halia boleh di blend. Ikut citarasa masing-masing. 

Untuk nasi lemak, aku masak dalam rice cooker. Zaman moden la katakannnnn.... Bila masak dalam rice cooker ni kena rajin kacau supaya nasi masak sama rata.

Sambal Sotong

Bahan:
1/2 kilo sotong - di potong bulat-bulat macam orang buat sotong goreng tepung.
2 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih- blend
1 batang serai - blend
10 biji cili kering - blend
1 sudu gula
1 sudu Maggi Cukup Rasa
asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara-cara:
Tumis bahan blend sehingga naik naik minyak. Masukkan garam, maggi cukup rasa, serai, asam jawa dan gula.
Biarkan sehinggan pekat. Then, masukkan sotong. Biarkan mendidih sehingga sotong masak dan sambal agak pekat. 
Dah boleh makan.

Untuk lagi sedap, boleh tambah lauk seperti telur goreng, ikan bilis, telur rebus atau ayam goreng berempah. Memang yummmy...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan