Melentur Buluh Biar Dari Rebung

2:21 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

2 minggu lepas, cikgu tadika  mengadu yang anak saya  terikut-ikut dengan budak-budak yang nakal...
Sebab sebelum ni, cikgu bagitau anak saya baik, tumpu perhatian .... Sekarang ni suka main-main dengan kawan-kawan....
Saya tanya dia ( lebih kurang camni laaa...)

Me: kenapa kakak ikut kawan-kawan?
Aisya: Kakak boring...
Me: kenapa kakak boring?
Aisya: Kakak dah tau baca la.. kakak dah abih buku melayu... Kakak dah abih buku english... Pastu kakak tak nak tengok TV. Kakak nak main jer...
Me: ok. Tapi lain kali kena dengar cakap cikgu.... Kan kakak nak dapat no. 1 periksa nanti...

Anak-anak tak boleh nak marah-marah sangat...

Tanya anak sebab nak tahu sebab apa cikgu kata macam tu...  dari soal jawab ni, aku rasa cikgu suruh tengok tv ttp bebudak biasa la bila ada kawan-kawan... Bermain adalah keutamaan.

Pastu ada cerita pasal benda ni kat blogger Azilah ( kami satu opis) ... Dia kan banyak pengalaman.. Anak dia dah sekolah menengah. Anak saya baru tadika... Kena tanya yang senior la kannnn.

So, dia cadangkan saya ambik kelas lukisan/ muzik dan banyakkan bahan bacaan. Bahan bacaan takde masalah... Setiap kali ke kedai buku. Buku yang tok nanny bagi pun belum terbaca...

Kelas lukisan masih dalam pencarian. Kelas muzik, Daddy said noooo... Takpe janji kelas lukisan dah approve.

Minggu lepas, singgah kat popular komtar. Kami beli yang ni untuk dia baca... Kisah-kisah terbaik Al-Quran. Semoga menjadi teladan dan ikutan...

Bahan bacaan untuk Aisya & Ammar, saya pelbagaikan. Komik, dogeng dan unsur keagamaan. Yang penting isi kandungan bahan bacaan tersebut saya tapis...  contohnya komik, saya akan beli komik Ana Muslim  dan Upin Ipin saja.

Yang lain tu, saya akan tengok ayat-ayat yang di gunakan. Saya tak nak depa terpengaruh dengan ayat dan bahasa yang tidak sepatutnya. Melentur buluh biarlah dari rebung kan... Sama juga dengan mendidik anak-anak.

Semalam balik kerja, tengok ada surat dari Lactacyd. Rupanya free sample yang saya minta hari tu... Terima kasih Lactacyd.


Saya ni memang suka minta free sample sebelum nak beli sesuatu... Bukan apa nak tengok sesuai atau tak product tu dengan saya. Dulu, masa anak-anak masih baby, saya suka minta sample untuk susu. Semua jenis product saya minta... Nak tengok susu mana yang depa alah dan sesuai. lagipun free kan... :D

kepada yang ragu-ragu nak guna lactacyd, boleh request free sample kat sini Lactacyd. Guna semalam memang best. Thumb Up!

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers