Kopi O Buat Aku Teringat Kat Arwah....

1:17 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Kopi O time hujan-hujan ni amatlah sedap. Tambah-tambah lagi kalau ada cucur panas-panas...
Hihihi.. Versi sejuk-sejuk perut minta makanan.

Kopi O ni buat aku teringat kat arwah ayah. Arwah peminat no. 1 kopi o. Macam addicted pula...
Minum pagi kopi o, tengahari kopi o, petang kopi o, malam pun kopi o....
Arwah ayah minum kopi o kopi kampung... manakan nak sama dengan kopi o 2 in 1.
 Dulu, kalau aku bancuh memang failed. Tak pekat dan tak penuhi selera arwah. Mak jer yang pandai bancuh untuk arwah.... 

Tetiba plak ingatkan arwah. Serius kopi o ni buat aku ingat kat arwah.
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermanja...
Alfatihah untuk arwah.

Kopi o 888.... 

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers