Cerita Hari Minggu...

1:50 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Adooiyai... Apa la nasib hari minggu hari tu... Serba tak jadi...

Bermula dengan nak pi kenduri. Dah siap baru nak tengok kad jemputan. Sekali pandang 8hb... 2 kali pandang 15hb plak. Yang betulnya 15hb... 8 hb kenduri sebelah perempuan.  Aku ni pun adik kepada pengantin lelaki ( officemate aku) yang jemput...  Takkan nak pi kenduri sebelah perempuan lak.  Aku nak salam sapa nanti... Kenal pun tak.

Me: Dah siap ni, jom pi makan kat luar je lah... ( nak cover rasa bersalah sebab kenduri tak dak)
Hubby: Pi mana? 
Me: Nasi arab perda nak? 
Hubby: Ok.

Then,

Hubby: Mak, siap kita pi makan nasi arab.
MIL: La ni ( sekarang) tak mau ... Makan malam nanti jelah.
Hubby: Ok.

Plan kedua nak pi makan nasi arab di ubah ke malam....
Tapi kitaorang tetap keluar cuma MIL tak ikut... Singgah makan kat restoran mee sotong kat Perda ( terpengaruh dengan gambar yang kawan-kawan upload kat FB).  Sekali dah rasa, rasanya memang tak sama dengan mee goreng sotong kat pulau...

Lepas makan, bawa anak-anak pi jusco. Bagi main kat playland yang kena bayar RM 4 untuk setengah jam tu... Dah lama tak bawak depa pi main kat padang...

Lepas main, daddy depa nak belanja tengok wayang kat sini. Naik ke Level 2 sebab kat lif tu tunjuk kata TGV Cinema kat level 2 ni.. Sekali pintu lif bukak,  level 2 ni gelap je...  Ada ker takde ni. Macam Pelik pulak Aeon Perda takdak wayang... Yang sebenarnya tak penah pun tengok wayang kat sini. Ingat nak try...  Alih-alih takdak pulak.

Pastu hubby ajak pi Submit BM. Okaylah... Anak-anak pun dah mengamuk nak tengok wayang. Dah sampai, dah parking, dah naik tingkat 3.... tengok-tengok wayang kat sini pun dah tutup. Alahai......... Sian anak-anakku.

Submit pun dah jadi shopping complex international. Semua bangsa ada.. Melayu , Cina, india, Bangla, myanmar, Indon. Yang majoritinya bangla ngan indon.

Plan ke-3 pun tak jadi.... Tangguh ke suatu masa yang di izinkan.

Balik rumah, anak-anak layan you tube cerita cartoon. Hubby layan KL gangster 2.... Aku layan suku jer. Tak masuk dengan jiwa. Lawan, tumbuk, bunuh.. Bahasa kesat. Tak sesuai untuk anak-anak yang membesar....

 Malam, laksanakan plan no. 2 ... Makan nasi arab. Kat Kulim jer... Al Khan Hadramawth. 70 Markah jer kot. So-so jer. First time try.Takdak gambar, phone tak bawa....  Kalau nak makan nasi arab, better kat Perda & Tesco Seberang Jaya.

Ni jer cerita hari minggu yang serba tak jadi... Huhuhu.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers