loading...

30 Sep 2013

Nasi Arab Restoran Makkah/Mekah

7:30 PTG 0 Comments
Minggu lepas, on the way balik kampung... singgah makan kat restoran Makkah. Mr. Hubby teringin sangat nak makan kat sini.  Bulan posa hari tu nak buka posa kat sini tapi penuh. Pi tesco dulu... shopping barang nak masak raya dan jap lagi balik nak singgah la makan. Time balik singgah, restoran dah tutup.... Semua makanan dah habih. Takde rezeki.

So, khamis hari tu tak lepaskan peluang nak makan nasi mandy kat sini. 

Sedap sangat . Nasi dia macam bersup sikit. Takde kuah-kuah ... Macam dalam gambar. Daging dia lembut... Rasa dia lain dari nasi arab kat Perda. 

Nasi sepinggan kongsi 3 orang. Biasa la nasi arab kan style dia sepinggan boleh makan 2 orang... 


 Restoran Makkah ni speciality dia adalah nasi mandy. Pilihan lauk adalah ayam atau daging...  Tak banyak menu pilihan...

Untuk Aisya & Ammar pula, saya order roti dan daging cincang. Tak ingat apa nama dia... Swarma kot. Sedap dan roti dia lembut. Hihi siap tapau lagi....


Lokasi restoran ni agak tersorok sikit. Area Tesco Mergong dan di belakang bangunan yang ada butik Hajra. Masa kali pertama cari, dua tiga kali gak pusing area ni.... Dah tersesat baru jumpa...

Ini jer JJCM bila balik kampung. Raya Aidiladha nanti nak pi cari nasi lemak royale pula...

-xoxo-

29 Sep 2013

Shopping Barang Peribadi

3:00 PTG 0 Comments
Pagi tadi, selepas hantar anak-anak pergi tadika terus pergi Tesco. Hajat di hati nak beli beberapa barang peribadi yang dah habih... Prefer shopping sorang-sorang untuk beli barang peribadi... Kalau shopping sorang-sorang ni, saya boleh belek sesuatu product tu lama-lama skit. Boleh baca label kandungan sesuatu product....

Kalau pergi ngan anak-anak memang tak sempat nak tengok semua tu... Jap jap diaorang lari ke section sini.. Jap lagi plak, diaorang lari ke sana.. Huh kekadang tu hampir hilang kesabaran jugak...
opps. Dah melalut pasai anak-anak pula.

Dulu saya pakai jenama lain. Hari tu try yang sepupu punya rasa cam best ja... Bila yang lama dah habih saya beli jenama dove pula. Hope sesuwai ngan saya.. Tagline 'Rambutmu Mahkotamu' tu yang buat saya nak beli... Hihi, terpengaruh ngan iklan. 

Rambutmu Mahkotamu
 Lotion saya pun dah habih. So try jenama ni pula.  Kulit saya jenis kering dan kasar.... Bertambah kering bila dalam econ..
lotion for dry skin
 Saya ni jenis jarang berkunjung ke Spa. Selalunya buat face treatment sendiri... Yang ni gantikan yang lama... Guna yang ini selepas wapkan muka dengan air panas. Buang white & black head...

Pimple & blackhead remover
Oklah. Setakat ini saja... Nak buat facial jap.

Emak Dan Tanggungjawab..

10:38 PG 0 Comments
Minggu lepas adik saya call dan bagitau emak demam, batuk-batuk. Dah bawa pergi Hospital Kuala Nerang.. Doktor kat sana just bagi ubat demam, batuk & selsema.

Hari-hari saya call adik tanya mak dah sihat atau belum... Adik bagitau mak dah sihat sikit  dan boleh bangun masak dah... But keja lain, adik saya yang buat. Mak saya ni suka tunjuk diri dia kuat walaupun sebenarnya dia tak sihat...

Tapikan hati saya still rasa tak sedapppp... naluri seorang anak kot. Walaupun adik bagitau mak dah ok tapi saya still nak balik tengok sendiri. Bukan apa, kekadang emak saya suruh adik jangan bagitau kat saya... Dia tak mau susahkan saya dan adik beradik yang lain... Walaupun emak tak mau susahkan kami adik beradik, ini TANGGUNGJAWAB kami sebagai anak ... Tak terbalas jasa emak melahir dan membesarkan kami..

So, khamis lepas keja saya balik kampung... Jumaat ambil annual leave # Walaupun bos saya belum approve annual leave saya. Sebab antara kerjaya dan keluarga, saya pilih kelurga.

Ya, rasa dan naluri tak sedap hati saya memang betui.  Emak belum sembuh sepenuhnya.... Batuk-batuk sebelum tidoq. Nak bernafas pun susah....

Pagi esoknya saya bawa emak pergi klinik Dr. Rusli cawangan Pokok Sena. Bayar lebih pun takpa... Janji emak sembuh. Kena ambil nab sebab kahak banyak plus antibiotik dan pelbagai ubat... Dah hampir jadi penat ( doktor yang kata).


Alhamdulillah lepas ambil nab, mak kata dia rasa macam lega sikit.
Ya Allah, semoga emak cepat sembuh dan bagi kesempatan untuk saya senangkan emak.  Aminn.

26 Sep 2013

Khabar Angin Ron 95 naik 15 sen

2:12 PTG 0 Comments
Dalam Wassap ngan kawan-kawan sekelas masa matrik dulu..
Ada khabar angin petrol ron 95 akan di naikkan 15 sen.  Betui ke?  Kan baru naik 20 sen...
Sebab kenaikan kerana kerajaan kurangkan subsidi petrol..
Rasa macam suka suki jer naikkan rega petrol ni...

Kekadang tu terpikir jugak... Masa Tun jadi PM takde lah macam ni...
Or, gomen nak cover balik duit BR1M yang di berikan kepada rakyat dulu...
Hehehe...  Ada  sapa nak tolong jawab? Ker kena tanya sama pokok?
Kalau angin tak bertiup masakan pokok nak bergoyang. Kecuali ada orang 'hinggut'.

Rega petrol naik menyebabkan semua barang naik... Termasuk barang dapur seperti ikan, sayur, gula, susu...

Oh gomen, korang rasa tak keperitan rakyat. Cer korang korang bawa duit RM 50 jer dalam dompet... credit card semua tinggal kat rumah... Pi naik LRT, minum pagi, makan tengahari, beli makan malam...
cer tengok berapa balance yang tinggal... Cukup dak untuk 5 hari? Tu kalau pi kerja naik lrt. Yang naik kenderaan sendiri... minyak, tol ... RM 50 tu 2 hari jer kot.

Yess. Saya memang emosi sikit kalau minyak naik kali kedua.
Tak cukup lagi ker naik 20 sen hari tu... ish isk.. Debik kang..


Keta pilihan kalau minyak mahak sangat..






23 Sep 2013

Lega sikit...

5:27 PTG 0 Comments
Alhamdulillah. Dah selesai meeting dengan team HQ.  Lega sikit ... Report yang di siapkan di gunakan untuk menjawab pertanyaan dan menunjukkan initiative yang state dah buat....

Namun begitu,  agenda meeting hari ni tak habis hari ni jer... Ada task yang perlu di laksanakan dalam tempoh 2 minggu, sebulan dan 3 bulan sebelum penghujung tahun menjelma. Initiative untuk state mencapai KPI.. Ingat yer 3 bulan. Uhuks...

Banyak ilmu yang saya dapat dari team HQ termasuk ilmu untuk  Microsoft Excel. From Column to text... Thank you very much kepada yang ngajor...

Semalam saya tension dan saya hilangkan tension saya dengan makan.. uiks, camna la tak bam bam.
Tabiat yang sukar saya buang.. tension jer makan... tension jer makan...

La Cremeria Chocolate Obsession
Semalam makan ais krim ni... Baru beli dari Tesco. Sedapppppnya. Suka sangattt....
Lembut dan rasa chocolate dia macam makan chocolate... Penggemar chocolate macam saya memang akan suka.. Selalunya  beli La cremeria yang perisa almond, hazelnut... Yang terbaru, perisa strawberi belum rasa lagi... Sasaran untuk next visit ke Tesco.

Tak kisah la cara camna kita nak release tension kita asalkan jangan perbuatan yang di larang oleh-Nya.
Ada yang release tension dengan sembahyang, baca quran, window shopping, share rasa tersebut dengan kawan2/ parents, pergi jogging, drive laju-laju.... Yang last ni tak berapa nak selamat.

Apa-apapun sebelum buat sesuatu, fikirlah dengan akal bukannya ikut rasa. Ikut hati mati....

22 Sep 2013

Rasa

4:59 PTG 0 Comments
Hari ni macam-macam rasa yang ada. Masam, manis, pahit, masin...

Manis.
Hari ni boleh berlagak jadi suri rumah sepenuh masa. Bangun awal-awal pagi pergi hantar anak-anak ke tadika, kemudian ke pasar beli ikan, sayur dan buah. Stok seminggu....  
Balik market, siang ikan dan simpan stok dalam peti ais. Cuti masak hari ni sebab ada kenduri...  Lepas habis siang, kemas bilik tukar cadar, sarung bantal, sapu sampah dan seterusnya mop lantai...
Tengahari pergi ambik anak kat tadika dan pergi makan kenduri... Jumpa kenalan kat kenduri... Manisnya menjadi suri rumah sepenuh masa. Dari pagi sampai petang penuh dengan aktiviti berbentuk kekeluargaan... 

Masam, Masin dan pahit bersatu...
Pagi sabtu semalam dapat Wassap dari Puan Bos. Suruh buat report untuk meeting esok... Serius saya rasa terganggu dengan wassap tersebut. Bagi saya hari minggu merupakan hari untuk saya rehat, aktiviti dengan keluarga dan hari untuk saya release segala tekanan kerja-kerja pejabat.  Kalau hari minggu suruh buat report bila masanya saya nak release dari tekanan kerja-kerja di opis. Boleh tolong jawab untuk saya? Sebelum ini saya pernaj face to face dengan Pn. Bos saya untuk inform awal-awal if nak sesuatu report... Bukannya last minute. Kadang-kadang tengah malam... time nak tidur. Tak faham perasaan staf or buat-buat tak faham....  

Rasanya saya di bayar gaji untuk kerja 5 hari seminggu bukannya 24/7. Saya juga tidak di bayar gaji untuk kerja lebih masa... 

Sungguh saya rasa tertekan...
Rasa cam nak jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi saya tak boleh sebab saya perlu bantu adik-adik yang masih bersekolah.... Saya masih hutang dengan PTPTN. huhu...

Hari ni, saya rasa kerajaan malaysia perlu laksanakan sepertimana Germany buat. Di sokong sepenuhnya... dan hari minggu saya akan aman. 



Walaupun macam-macam rasa, walaupun tak suka... Saya still kena buat report tu... Sebab saya yang menurut perintah. Saya kan kuli jer... Dia bos. :(  

Oklah. Setakat ini saja luahan rasa saya. Nak buang rasa macam-macam tu dari hati. Yang manis jer saya kekalkan... 

Nak sambung buat report pula....

Terima kasih kerana membaca.

20 Sep 2013

Dah Tak Serabut...

1:06 PTG 0 Comments
Semalam blogwalking ke blogger-blogger yang mengomen untuk segment BA.
Kemas & cantiknya blog depa.. Terasa keserabutan blog sendiri.Hihi...
Saya ni bukan pandai sangat nak tukar template blog... Guna yang ada dalam blogspot jer.

So, hari merajinkan diri menukar template blog.
Dah nampak kemas skittt.. Sikit jer tau... In Shaa Allah akan cuba baiki lagi.

Ini jer untuk hari ni.

okbai.



19 Sep 2013

Melentur Buluh Biar Dari Rebung

2:21 PTG 0 Comments
2 minggu lepas, cikgu tadika  mengadu yang anak saya  terikut-ikut dengan budak-budak yang nakal...
Sebab sebelum ni, cikgu bagitau anak saya baik, tumpu perhatian .... Sekarang ni suka main-main dengan kawan-kawan....
Saya tanya dia ( lebih kurang camni laaa...)

Me: kenapa kakak ikut kawan-kawan?
Aisya: Kakak boring...
Me: kenapa kakak boring?
Aisya: Kakak dah tau baca la.. kakak dah abih buku melayu... Kakak dah abih buku english... Pastu kakak tak nak tengok TV. Kakak nak main jer...
Me: ok. Tapi lain kali kena dengar cakap cikgu.... Kan kakak nak dapat no. 1 periksa nanti...

Anak-anak tak boleh nak marah-marah sangat...

Tanya anak sebab nak tahu sebab apa cikgu kata macam tu...  dari soal jawab ni, aku rasa cikgu suruh tengok tv ttp bebudak biasa la bila ada kawan-kawan... Bermain adalah keutamaan.

Pastu ada cerita pasal benda ni kat blogger Azilah ( kami satu opis) ... Dia kan banyak pengalaman.. Anak dia dah sekolah menengah. Anak saya baru tadika... Kena tanya yang senior la kannnn.

So, dia cadangkan saya ambik kelas lukisan/ muzik dan banyakkan bahan bacaan. Bahan bacaan takde masalah... Setiap kali ke kedai buku. Buku yang tok nanny bagi pun belum terbaca...

Kelas lukisan masih dalam pencarian. Kelas muzik, Daddy said noooo... Takpe janji kelas lukisan dah approve.

Minggu lepas, singgah kat popular komtar. Kami beli yang ni untuk dia baca... Kisah-kisah terbaik Al-Quran. Semoga menjadi teladan dan ikutan...

Bahan bacaan untuk Aisya & Ammar, saya pelbagaikan. Komik, dogeng dan unsur keagamaan. Yang penting isi kandungan bahan bacaan tersebut saya tapis...  contohnya komik, saya akan beli komik Ana Muslim  dan Upin Ipin saja.

Yang lain tu, saya akan tengok ayat-ayat yang di gunakan. Saya tak nak depa terpengaruh dengan ayat dan bahasa yang tidak sepatutnya. Melentur buluh biarlah dari rebung kan... Sama juga dengan mendidik anak-anak.

Semalam balik kerja, tengok ada surat dari Lactacyd. Rupanya free sample yang saya minta hari tu... Terima kasih Lactacyd.


Saya ni memang suka minta free sample sebelum nak beli sesuatu... Bukan apa nak tengok sesuai atau tak product tu dengan saya. Dulu, masa anak-anak masih baby, saya suka minta sample untuk susu. Semua jenis product saya minta... Nak tengok susu mana yang depa alah dan sesuai. lagipun free kan... :D

kepada yang ragu-ragu nak guna lactacyd, boleh request free sample kat sini Lactacyd. Guna semalam memang best. Thumb Up!

18 Sep 2013

Segmen Ben Ashaari : Blog Sebagai Pendapatan Sampingan

9:51 PTG 9 Comments

Blog sebagi pendapatan sampingan? Hmmmm ... Terus terang aku katakan aku masih lagi belajar dari otai-otai blogger terutamanya Ben Ashaari. Pendapatan sampingan dari blog tak penah dapat lagi. Income dari nuffnang belum penah cash out lagikkk. Kena kumpul bagi banyak sikitttt...

 Blog sebagai pendapatan sampingan.. Ilmu ni otai blogger kena turunkan sikit kat blogger yang baru dan lama yang benar-benar berminat nak jana pendapatan sampingan dengan blog. Boleh yer En. ben?

Kepada yang nak join boleh la klik Ben Ashaari...

Cepat tau..

Nama Saya Aleesya Sofia

2:07 PTG 0 Comments
Minggu lepas majlis berendoi dan cukur rambut ahli baru (anak sedara asben) merangkap cucu yang ke dua belas bapa mertua. Adik beradik belah asben memang ramai....
Aku masih maintain 2 anak kecik tak berapa kecik tu...  
Seronok pegang baby ni...  Rindu nak ada baby la pulak... In Sha Allah ada rezeki ada la... Lambat atau cepat jer...


 Nama baby ni Aleesya Sofia. Keja saya sekarang siang tido, malam berjaga.. Ni mak dia yang cakap..

Masa melawat baby Aleesya ni, Ammar penunggu baby yang setia. Dia teringin nak adik...Asyik melekat kat tepi baby...hihi praktis jadi abang ke ammar?
 Si kakak pula tak heran... Maybe sebab dia dah ada adikkk.


Ni jer update hari ni...

17 Sep 2013

Craving for Red Velvet

2:17 PTG 0 Comments
Hari jumaat minggu lepas, teringiiin sangat nak makan red velvet.  Teringin yang buat sendiri lak tu...
Masalahnya, kita dah lama tak buat kek....  Oven pun takde. Ada sesapa nak pinjam/ sponsor oven kat kita???? Sila angkat tangan yer....

Pastu gatai tangan post kat FB ' Craving for Red Velvet'. Ramainya yang nakkkkkkkkkkkkkkkk...
hehehe. Ramai rupernya peminat red velvet .


Kepada yang cakap nakkkkk tu, sorry yer. Tak jadi buat lagi... Oven takdak lagi. Nanti kita beli yer.... Pastu kita try buat red velvet... pastu kita bagi rasa... Kalau sodap, silalah tempah...Hahaha

Ker ada yang nak bagi kita rasain..... Padang  MPSP kita tadahkan. hihihi...

Nantikan lah red velvet versi kak yati yer... Oh my red velvet.


13 Sep 2013

Poll 2.0

4:33 PTG 0 Comments
Saya dah masukkan poll 2.0. Kawan-kawan blogger dah ke?
Kalau belum, sila masuk kat nuffnang dan copy code html , kendian paste kat blog. Taraaa, dah ada.

Poll 2.0 ini adalah untuk mengetahui siapakah pembaca blog kita. dari gender apa, range umur berapa, berada di mana....

Kenapa nuffnang buat survey camni? Ada la tue rancangan rahsia nuffnang untuk blogger sekalian.... More reward & income maybe. Kalau betul, i likeeeeeeeeeeee.... :P

Poll 2.0
Kepada yang singgah ke blog akak ni, sila la jawab kajiselidik ni....  Just klik pada jawapan yang betul jer... tak perlu nak pikiaq2.

Akak pun nak tahu jugak, siapa yang rajin mai blog yang tak seberapa ni....  ker ngak adaaaa.

Selamat mengambil bahagian yer!

And thank you very much.

# Love u alllllllllllllllllllllllll. Muahhhhh.

12 Sep 2013

Gambar makanan yang ada dalam phone

5:33 PTG 0 Comments
Takde cerita hari ni. Upload gambar makanan jer...
Motif? Bagi korang rasa lapar juga....hahaha

Gambar pertama: nasi putih bersama sayur bayam dan sambal petai daging yang menjilat jari. Yang ni aku tak masak. MIL yang masak. Aku tukang makan jer....


Yang ni plak maggi tomyam @foodcourt Sunway Carnival. Hari tu teringin sangat nak makan... tapi rasa dia dah tak sama dengan 4 tahun dulu. Maybe time tu aku tengah pregnant kot.... sedap but terlampau pedas....


Yang ni plak fruit salad. Dinner favorite nih.. Bajet boleh turun berat badan kalau dinner yang ni....  Sampai sekarang tak kurus-kurus. :P


Yang ni memang lauk pilihan bila tak lalu nak makan lauk lain. Ikam pekasam goreng garing bersama bawang dan cili padi. Yummyyyyy!.


Yang ni nasi goreng ala gerai untuk breakfast & dinner. Kesukaan Ammar....


 KFC a.m... Yang ni bila bosan dengan nasi lemak, roti canai dan tosai.

Yang ni pilihan ketika sakit tekak. McD porridge.. Layan tekak yang mengada-ngada sama. Dah sakit tapi nak makan yang sedap-sedap gak....

Sekian. Bye.

11 Sep 2013

Nasi Lemak Sambal Sotong

9:21 PG 0 Comments
Saja jer letak gambar nasi lemak sambal sotong pagi-pagi ni...
Dah lama kita tak masak nasik lemak....
Pagi hari minggu yang serba tak jadi tu, kita terlebih rajin...
Buat nasik lemak sebab tengahari nak pi kenduri... Sekali tersilap daaaa..

sambal sotong mudah dan sedap
Nasi lemakku....
Resepi:

Nasi Lemak

Bahan-bahan:
2 setengah pot beras ( sukatan utk rice cooker- 5 orang makan)
1 batang serai
3 cm halia
1 helai daun pandan
1 ulas bawang besar 
2 ulas bawang putih
RM 1 santan
1 sudu besar mentega/planta
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Basuh beras dan masukkan santan, mentega, serai, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Tambah air mengikut sehingga sukatan yang sepatutnya.  Bahan-bahan seperti serai, halia, bawang putih, bawang besar & halia boleh di blend. Ikut citarasa masing-masing. 

Untuk nasi lemak, aku masak dalam rice cooker. Zaman moden la katakannnnn.... Bila masak dalam rice cooker ni kena rajin kacau supaya nasi masak sama rata.

Sambal Sotong

Bahan:
1/2 kilo sotong - di potong bulat-bulat macam orang buat sotong goreng tepung.
2 biji bawang besar - blend
3 ulas bawang putih- blend
1 batang serai - blend
10 biji cili kering - blend
1 sudu gula
1 sudu Maggi Cukup Rasa
asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa
Minyak untuk tumis

Cara-cara:
Tumis bahan blend sehingga naik naik minyak. Masukkan garam, maggi cukup rasa, serai, asam jawa dan gula.
Biarkan sehinggan pekat. Then, masukkan sotong. Biarkan mendidih sehingga sotong masak dan sambal agak pekat. 
Dah boleh makan.

Untuk lagi sedap, boleh tambah lauk seperti telur goreng, ikan bilis, telur rebus atau ayam goreng berempah. Memang yummmy...

10 Sep 2013

Cerita Hari Minggu...

1:50 PTG 0 Comments
Adooiyai... Apa la nasib hari minggu hari tu... Serba tak jadi...

Bermula dengan nak pi kenduri. Dah siap baru nak tengok kad jemputan. Sekali pandang 8hb... 2 kali pandang 15hb plak. Yang betulnya 15hb... 8 hb kenduri sebelah perempuan.  Aku ni pun adik kepada pengantin lelaki ( officemate aku) yang jemput...  Takkan nak pi kenduri sebelah perempuan lak.  Aku nak salam sapa nanti... Kenal pun tak.

Me: Dah siap ni, jom pi makan kat luar je lah... ( nak cover rasa bersalah sebab kenduri tak dak)
Hubby: Pi mana? 
Me: Nasi arab perda nak? 
Hubby: Ok.

Then,

Hubby: Mak, siap kita pi makan nasi arab.
MIL: La ni ( sekarang) tak mau ... Makan malam nanti jelah.
Hubby: Ok.

Plan kedua nak pi makan nasi arab di ubah ke malam....
Tapi kitaorang tetap keluar cuma MIL tak ikut... Singgah makan kat restoran mee sotong kat Perda ( terpengaruh dengan gambar yang kawan-kawan upload kat FB).  Sekali dah rasa, rasanya memang tak sama dengan mee goreng sotong kat pulau...

Lepas makan, bawa anak-anak pi jusco. Bagi main kat playland yang kena bayar RM 4 untuk setengah jam tu... Dah lama tak bawak depa pi main kat padang...

Lepas main, daddy depa nak belanja tengok wayang kat sini. Naik ke Level 2 sebab kat lif tu tunjuk kata TGV Cinema kat level 2 ni.. Sekali pintu lif bukak,  level 2 ni gelap je...  Ada ker takde ni. Macam Pelik pulak Aeon Perda takdak wayang... Yang sebenarnya tak penah pun tengok wayang kat sini. Ingat nak try...  Alih-alih takdak pulak.

Pastu hubby ajak pi Submit BM. Okaylah... Anak-anak pun dah mengamuk nak tengok wayang. Dah sampai, dah parking, dah naik tingkat 3.... tengok-tengok wayang kat sini pun dah tutup. Alahai......... Sian anak-anakku.

Submit pun dah jadi shopping complex international. Semua bangsa ada.. Melayu , Cina, india, Bangla, myanmar, Indon. Yang majoritinya bangla ngan indon.

Plan ke-3 pun tak jadi.... Tangguh ke suatu masa yang di izinkan.

Balik rumah, anak-anak layan you tube cerita cartoon. Hubby layan KL gangster 2.... Aku layan suku jer. Tak masuk dengan jiwa. Lawan, tumbuk, bunuh.. Bahasa kesat. Tak sesuai untuk anak-anak yang membesar....

 Malam, laksanakan plan no. 2 ... Makan nasi arab. Kat Kulim jer... Al Khan Hadramawth. 70 Markah jer kot. So-so jer. First time try.Takdak gambar, phone tak bawa....  Kalau nak makan nasi arab, better kat Perda & Tesco Seberang Jaya.

Ni jer cerita hari minggu yang serba tak jadi... Huhuhu.

Kopi O Buat Aku Teringat Kat Arwah....

1:17 PTG 0 Comments
Kopi O time hujan-hujan ni amatlah sedap. Tambah-tambah lagi kalau ada cucur panas-panas...
Hihihi.. Versi sejuk-sejuk perut minta makanan.

Kopi O ni buat aku teringat kat arwah ayah. Arwah peminat no. 1 kopi o. Macam addicted pula...
Minum pagi kopi o, tengahari kopi o, petang kopi o, malam pun kopi o....
Arwah ayah minum kopi o kopi kampung... manakan nak sama dengan kopi o 2 in 1.
 Dulu, kalau aku bancuh memang failed. Tak pekat dan tak penuhi selera arwah. Mak jer yang pandai bancuh untuk arwah.... 

Tetiba plak ingatkan arwah. Serius kopi o ni buat aku ingat kat arwah.
Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat bermanja...
Alfatihah untuk arwah.

Kopi o 888.... 

6 Sep 2013

Kongsi Resepi

9:18 PTG 0 Comments
Erk... Hari ni update sampai 3 entry. Dalam sibuk-sibuk pun sempat update, betui ka busy?
Serius busy. Aku update blog adalah untuk hilangkan rasa ding dong di kepala. Melepaskan rasa ....

Bercerita mengenai resepi. Kawan-kawan dok minta share resepi laksa. Adoiii aku bukan pakar memasak. Memasak ikut rasa saja. Takdak sukatan tertentu..... Main campak-campak ja.

Bila kawan  minta aku share juga. Benda baik kan....
Semoga kawan aku dapat buat kuah laksa yang mavellous dengan resepi aku yang biasa-biasa ja.

Sapa nak resepi lagi ? Okeh. Angkat tangan, pegang mouse dan klik  link ni Laksa Penang
Nasib baik dah blog resepi laksa ni...  Takdak double entry yer. 


p/s: perasan jap cam mat gebu.

Settle 2, Masih Ada Yang Menunggu....

3:08 PTG 0 Comments
Alhamdulillah.
Hilang sikit rasa serabut pagi tadi... Dah boleh senyum dah.
Lega!.
Lai lai sapa nak mai kacau saya......

Tinggal lagi satu benda nak buat tapi banyak yang kena update.
Apa-apapun kita pi solat dulu. Doa semoga di permudahkan segala kesulitan.
Amin.


p/s: Geng opis tengah masak Nasi Daging... Bila nak siap tau? Lapo dah nie...

Status Hari Ini...

10:18 PG 0 Comments
Status aku hari ini....
  • Sibuk: kejar dateline paperwork hari senin ni... discussion ngan team business jap lagi...bos minta slide presentation 12hb ni...  Huhu sempat ka nak kampoi semua hari ni.
  • Serabut :  Tak tau nak pikiaq yang mana satu....
  • Tension: tension oooo.... bila bos asyik tanya bila nak siap,
  • Jangan ganggu aku hari ni - Ni untuk sapa yang  ada hati nak kacau aku. Aku takdak mood nak layan korang.  Berani mai la kacau... 


    Credit kepada pak cik google.

5 Sep 2013

3 Sep 2013

Jangan Malu...

5:39 PTG 0 Comments
Oh Anak-anakku!
Kat restoran pun hangpa buat macam kat rumah sendiri. 
Haru.....


Aksi-aksi ni hanya terjadi sebelum order sampai. Bila makanan dah sampai, baru dok diam.
Pandai pula menghayati makanan tue... 

Tak malu ke anak-anak buas (bahasa org kedah)? Tak perlu malu... Masa nilah anak-anak membina keyakinan diri, cara pergaulan dan perbawakan diri di khalayak. Ketika anak-anak buat aksi seperti ini, saya akan tegur dan tunjukkan adab ketika berada di khalayak ramai dan ketika berada di tempat makan. Saya akan tanya depa, malu tak orang tengok adik ngan kakak? Depa akan cakap malu... Then, terus duduk dengan sopan (sikit jer).

Kalau ada anak-anak yang lasak dan hyper active, jangan malu yer...
Biasakan anak-anak... Saya tahu, anak-anak hyper active ni susah nak kawal bila berada kat luar.
Anak saya pun cam tu jugak..
Saya akan tegur & explain kenapa... Bila dah faham baru depa akan control pergerakan.

In Shaa Allah.

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292