Lunch Hari Ini... Ketam Masak Lemak Cili Padi

Permintaan anak dara. Nak makan ketam katanya.
Mummy dia pun tunaikan. Masak lemak cili padi biasa jer... My style tak terlalu pedas.

Makan bertambah. Seronok tengok dua beradik ni makan. Bahagia. Hujung-hujung minggu jer dapat makan tengahari bersama. Masa terhad tetapi amat bermakna.


Seperti biasa aku share kan resepi di blog. Semoga jadi panduan bersama... Simple tapi cukup rasa.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan
1 kilo ketam
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 batang serai
5cm halia
5cm lengkuas
1 helai daun kunyit
5cm kunyit 
RM 2 santan
garam secukup rasa
asam keping - secukup rasa

Cara-caranya:
1. Blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas dan kunyit.
2. Masak bahan yang di blend sehingga mendidih. Masukkan santan, asam keping & garam. Setelah mendidih masukkan ketam. 
3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan daun kunyit.
4. Dah siap.

Selamat mencuba.


0 comments:

Pengikut

Google+ Followers