Lamb Chop Super Simple

Dah Lunch? Akak lunch kat TH Hotel tadi. Company buat jamuan raya kat sana tadi...

2 hari lepas buat lamb chop yang super simple. Tak ler sejibik cam restoran. Hubby request.  Lambat bebeno nak update. Cerita dah basi baru aku nak update.

Resepi hasil google. Tengok mana yang menarik dan ada bahan kat rumah. 

Kambing tu beli kambing Australia beku kat Giant Landmarks Kulim. Marinate dengan Life sos BBQ ( smoke apa ntah) dan di tambah dengan Life Sos Lada Hitam.

Untuk sos pula, aku gunakan perencah Maggi Lada Hitam. Bancuh dan masak. Kalau kurang pekat tambah tepung jagung. Tak perlu pening-pening camna nak buat sos lada hitam. Untuk 4 orang makan akau guna setengah peket + 2 cawan air sedikit garam dan tepung jagung  untuk pekatkan kuah. 
gambar hasil carian pakcik google.

Untuk side dish pula, aku just buat salad kentang, garlic bread dan mushroom soup. Mushroom soup guna yang tin saja.  Jenama Campbell's. 

Nilah rupa lamb chop super simple tu..
 tak cantik. Takde kaler hijau... 
Side dish ...
Hubby cuma complaint sos black pepper tu kurang lada. Rasa dah ok. Hiasan kurang menarik. Ingat ni masak untuk MasterChef ke???
 Maybe terlebih air. Lidah aku rasa pun dah ok. Kalau terlebih pepper karang anak-anak tak boleh makan pula.... Kang ada yang buat mulut itik. 

Next time hubby cakap kena  beli sorang 2 ketul baru kenyang. Hihi... kan i dah cakap satu mana cukup.
Tu lah takmo dengar...

Oklah, ini saja untuk hari ni. Selamat mencuba resepi yang simple & segera ni. 
:)

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers