Demi Masa Depan - Cahaya Hayati

21 Ogo 2013

Demi Masa Depan

Alhamdulillah. Duit raya anak-anak dah selamat dalam akaun ASB. Semua ini untuk masa depan depa jugak. Sikit -sikit semoga menjadi 'hartawan'.

Zaman aku dulu duit raya simpan dalam tabung ayam ja. Nak pi bank jauh... kat alor setar nun. Simpan dalam tabung ayam biasa la. Buka tabung bila nak beli barang yang berkenan di hati. Last-last duit raya tu habih. Tak tau apa yang aku beli....

Perancangan kewangan untuk anak-anak aku mulakan dari mereka kecil lagi.
# Supaya mereka tak susah pada masa akan datang.
# Supaya depa dapat capai cita-cita mereka. 
# Supaya depa tak jadi cam mommy depa. Dah keja baru terhegeh-hegeh nak ada simpanan. Loan PTPTN pun tak habih bayar lagi... 
In Sha Allah.

Duit raya Aismar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan