Ogos 2013 - Cahaya Hayati

30 Ogo 2013

Raptai Perbarisan Merdeka

Ogos 30, 2013 0
Raptai Perbarisan Merdeka
Update raptai perbarisan merdeka. Gambar team my company jer.
Yang lain tak ambil... 

Hope my team menjuarai lagi kawad merdeka tahun ni dan menjadikan juara 5 tahun berturut-turut.
Ngaummmm! Harimau akan sentiasa mengaum.

Teringin nak tengok perbarisan esok pagi... Bagi yang nak tengok, nak bawak anak-anak tengok perbarisan boleh la datang ke Jalan Bagan Luar ( Padang MPSP)
my team dengan jersi pantera. Ngaummm!

Macam-Macam hari ni..

Ogos 30, 2013 0
Macam-Macam hari ni..
Salam Jumaat semua. Semoga baik-baik yer..
Hari ni macam-macam berlaku kat akak ni... Start nak mai keja, lalu jalan yang selalu guna... sampai pertengahan jalan pula, jalan jam... ntah apa yang berlaku kat depan. Kawasan kona-kona dan berbukit.... Tunggu dalam 10 minit tapi still tak bergerak... Patah balik dan ikut jalan jauh. 3 tol kena hari ni..... huhu
Sampai kat jalan opis lak, jalan di tutup bagi tujuan raptai pembarisan Merdeka Negeri Pulau Pinang. Kena ikut jalan jauh jugak... Last-last kol 9.00 baru sampai opis. Macam-macam kan!

Ko tu yati... Kalau dah lambat, macam-macam alasan ko. Betui. Tarak tipu punya...
Percayalah.

Jap lagi update lagi. Nak turun tengok raptai perbarisan my company. Kitakan supporter company kita.... Walaupun tak join, tapi i support dari jauh .. hihihi.



Selamat Hari Merdeka

Ogos 30, 2013 0
Selamat Hari Merdeka
Selamat Hari Merdeka semua.


28 Ogo 2013

Jobdirumah.com - Komisyen Pertama

Ogos 28, 2013 0
Jobdirumah.com - Komisyen Pertama
Emmm... Camner nak mula yer..
Tak percaya... Pastu join sebab nak tengok betul atau tak.
Bila dah join.... Senyum dulu. Selebar-lebarnya. 
:D

Senyum sebab dah dapat komisen pertama. Tak buat apa-apa pun.
RM 20 jer... Sabar. Baru jualan yang pertama kan.... Bayaran dari jobdirumah pun cepat. Jual semalam hari dah dapat hasilnya. Bayaran adalah terus ke akaun bank.
 Chaiyok yati...



Kalau  berminat untuk side income  boleh click link ini - jobdirumah.

'Compiler' kerja yang aku tak suka

Ogos 28, 2013 0
'Compiler' kerja yang aku tak suka
Compiler kerja yang buat aku pening. Macam-macam feedback yang aku dapat.
Dah bagi table & drop down button.. bila dapat balik macam-macam rupa feedback. Naik pening dok edit report. Sebab tu la kerja compiler ni aku tak suka.... 
Huhu

Walaupun tak suka, aku kena buat juga. Arahan bos mana boleh ingkar.... Karang dapat performance cap ayam.  Aku jugak yang susah.

Oh kerja!

Opps. Next week nak buat training credit refreshment kat staff pulak..... In house training. Takde elaun kepada trainer. Sian kat aku...
Slide pun tak abih study lagi... Takpelah, aku anggap jer kerja lebih untuk dapat better performance.

i support u ( my company).
Heheh feeling terlebih sudah!



27 Ogo 2013

Melangkah Setapak ke Dunia Cyber...

Ogos 27, 2013 0
Melangkah Setapak ke Dunia Cyber...
Dari rasa tak percaya, akhirnya aku melangkah setapak dengan erti kata lain mengambil risiko dengan menyertai Jobdirumah atau JDR.
Wish me luck...


Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lah clik banner JDR di sidebar. Yang baik kita kena kongsikan dan semoga success sama-sama. 
In Sha Allah.

Nanti aku update lagi pasai JDR ni. Sekarang tengah kerja & kerja pun tengah melambak. Tak boleh nak karang panjang-panjang. Karang aku kemana, keja kemana... huhu lap air mata.

Jom sambung keja, rehat dah habih.



26 Ogo 2013

Di Manakah Iklan Sidebar Nuffnang???

Ogos 26, 2013 0
Di Manakah Iklan Sidebar Nuffnang???
Hairan bin ajaib. Rasanya dah hampir 2  minggu iklan sidebar nuffnang tak muncul.
Kenapa ek? Cheq ada buat salah ke?

Bercakap tentang nuffnang ni, takde ke pemilihan untk review product ke,food fiest ke, blogger meet blogger ke kat belah utara ni... Asyik kat KL. Tahulah KL tu bandar di antara bandar. Sesekali kat belah utara kan syiok. Baru la teruja/ meletops blogger kat belah utara... 
hehehe. Kami menunggu nuffnang kat utara.... 

Ini sekadar luahan hati cheq. tak dak kaitan pun dengan blogger lain.
Peace Nuffnang!

Iklan nuffnang kat sidebar tu  tu nanti letak balik yer..



25 Ogo 2013

Lunch Hari Ini... Ketam Masak Lemak Cili Padi

Ogos 25, 2013 0
Lunch Hari Ini... Ketam Masak Lemak Cili Padi
Permintaan anak dara. Nak makan ketam katanya.
Mummy dia pun tunaikan. Masak lemak cili padi biasa jer... My style tak terlalu pedas.

Makan bertambah. Seronok tengok dua beradik ni makan. Bahagia. Hujung-hujung minggu jer dapat makan tengahari bersama. Masa terhad tetapi amat bermakna.


Seperti biasa aku share kan resepi di blog. Semoga jadi panduan bersama... Simple tapi cukup rasa.

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan
1 kilo ketam
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
3 batang serai
5cm halia
5cm lengkuas
1 helai daun kunyit
5cm kunyit 
RM 2 santan
garam secukup rasa
asam keping - secukup rasa

Cara-caranya:
1. Blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lengkuas dan kunyit.
2. Masak bahan yang di blend sehingga mendidih. Masukkan santan, asam keping & garam. Setelah mendidih masukkan ketam. 
3. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Masukkan daun kunyit.
4. Dah siap.

Selamat mencuba.


24 Ogo 2013

Big Plate From My Kitchen

Ogos 24, 2013 0
Big Plate From My Kitchen
Dinner malam ini. Saja update... Pastu letak entry 'Big Plate From My Kitchen'
Hihihi. Dah lama tak buat tajuk poyo kannnn?
Memang pinggan besar pun sebab semua jenis makanan segera ada. Sausage, nugget, fries & scallop.
Tak caya tengok gambar kat bawah.


HAHAHA.

Pastu layan drama. Jangan tak tau, ahkak ni hantu drama gak. Tambah-tambah drama time raya ni. Meleleh air mata....
Tapikan bertambah best kalau kunyah keropok twisties kan. kan! Esoklah pi cari Twisties yang baru tu.. Yo Chicken & Honey BBQ Wing (kalau tak silap aku la).


Uii besarnya selera.... 
Stop. 
Tak nak imaginasi lagi. Karang diet tak jadi......  sapa nak tolong????

23 Ogo 2013

Berjayakah dengan Job dirumah? Pendapat please.....

Ogos 23, 2013 0
Berjayakah dengan Job dirumah? Pendapat please.....

Job dirumah! Macam menarik...
Ramaikah yang telah berjaya dengan job di rumah? Pendapat please...

Kalau berjaya, aku pun nak join. Mana tau boleh buat bungalow kat mak aku sebijik kat kampung nun. Baru terbeliak biji mata orang kampung kan kan..

hmmm.
Kakak-kakak, Abang-abang, adik-adik yang baca, tolong beri pendapat.
Bukan apa, tak nak tertipu...
Kang jadi Tipah tertipu pulak... Menangis tak berlagu la nanti.


Kalau berjaya, boleh la aku join. Pastu promote kerja-kerja yang di beri dengan menggunakan DIGI Unlimited. 

Jangan lupa bagi pendapat yer.

22 Ogo 2013

Lamb Chop Super Simple

Ogos 22, 2013 0
Lamb Chop Super Simple
Dah Lunch? Akak lunch kat TH Hotel tadi. Company buat jamuan raya kat sana tadi...

2 hari lepas buat lamb chop yang super simple. Tak ler sejibik cam restoran. Hubby request.  Lambat bebeno nak update. Cerita dah basi baru aku nak update.

Resepi hasil google. Tengok mana yang menarik dan ada bahan kat rumah. 

Kambing tu beli kambing Australia beku kat Giant Landmarks Kulim. Marinate dengan Life sos BBQ ( smoke apa ntah) dan di tambah dengan Life Sos Lada Hitam.

Untuk sos pula, aku gunakan perencah Maggi Lada Hitam. Bancuh dan masak. Kalau kurang pekat tambah tepung jagung. Tak perlu pening-pening camna nak buat sos lada hitam. Untuk 4 orang makan akau guna setengah peket + 2 cawan air sedikit garam dan tepung jagung  untuk pekatkan kuah. 
gambar hasil carian pakcik google.

Untuk side dish pula, aku just buat salad kentang, garlic bread dan mushroom soup. Mushroom soup guna yang tin saja.  Jenama Campbell's. 

Nilah rupa lamb chop super simple tu..
 tak cantik. Takde kaler hijau... 
Side dish ...
Hubby cuma complaint sos black pepper tu kurang lada. Rasa dah ok. Hiasan kurang menarik. Ingat ni masak untuk MasterChef ke???
 Maybe terlebih air. Lidah aku rasa pun dah ok. Kalau terlebih pepper karang anak-anak tak boleh makan pula.... Kang ada yang buat mulut itik. 

Next time hubby cakap kena  beli sorang 2 ketul baru kenyang. Hihi... kan i dah cakap satu mana cukup.
Tu lah takmo dengar...

Oklah, ini saja untuk hari ni. Selamat mencuba resepi yang simple & segera ni. 
:)

21 Ogo 2013

Flight Delay

Ogos 21, 2013 0
Flight Delay
Hari isnin hari tu, pi training kat KL. Naik Air Asia... Claim ngan company nanti. Ni yang best keja ngan company aku ni.... 
Masa pi ok. takdak masalah. Smooth jer...  Masa balik flight delay  sejam pula... tension sebab hati dok ingat kat anak2. Announcement flight delay pun lambat....  last-last sampai umah kol 11.30 malam. 

Agak-agak korang naper Air Asia selalu delay...
1. Cuaca ke?
2. Sebab tambang dia murah ?
3. kondisi flight ker?
4. Sukahati dia la nak delay atau tak? 
-
-
-
SubhanaAllah cantiknya pemandangan di waktu pagi.

Demi Masa Depan

Ogos 21, 2013 0
Demi Masa Depan
Alhamdulillah. Duit raya anak-anak dah selamat dalam akaun ASB. Semua ini untuk masa depan depa jugak. Sikit -sikit semoga menjadi 'hartawan'.

Zaman aku dulu duit raya simpan dalam tabung ayam ja. Nak pi bank jauh... kat alor setar nun. Simpan dalam tabung ayam biasa la. Buka tabung bila nak beli barang yang berkenan di hati. Last-last duit raya tu habih. Tak tau apa yang aku beli....

Perancangan kewangan untuk anak-anak aku mulakan dari mereka kecil lagi.
# Supaya mereka tak susah pada masa akan datang.
# Supaya depa dapat capai cita-cita mereka. 
# Supaya depa tak jadi cam mommy depa. Dah keja baru terhegeh-hegeh nak ada simpanan. Loan PTPTN pun tak habih bayar lagi... 
In Sha Allah.

Duit raya Aismar..

16 Ogo 2013

Sedapnyer Chocodate YUTA

Ogos 16, 2013 0
Sedapnyer Chocodate YUTA
Petang-petang camni, mulut terasa nak mengunyah jer. Cari - cari dalam laci opis terjumpa la chocodate pemberian 'Financial Advisor' aku.  Baikkan diaaaa
 :P 

Baik ada makna tue... Tiap2 tiga bulan dia mai minta sign untuk keluarkan duit KWSP aku... Dan dia semestinya akan dapat komisen. Sebab tu la aku kata baik ada makna... Akukan sumber pendapatan dia, so kena jaga dengan baik laa kannn! Kalau tak, aku lari............

Dapat masa bulan pose hari tu dan terus masukkan dalam laci. Takut tergoda.... Serius sedap. Mmmmmm.... Sehingga menjilat jari :P 
Chocodate ni di luar chocolate, dalam dia kurma berintikan kacang badam.

Nilah rupanya chocodate tu....

15 Ogo 2013

Budget Raya: Melampau atau Sekadar Mampu?

Ogos 15, 2013 0
Budget Raya: Melampau atau Sekadar Mampu?
Assalamualaikum wbt.

Dah raya. Dah buat open house. Dah beli langsir, perabot baru.
Dah beli baju bajan baru. Semuanya baru....

Sedar tak sedar kita sudah terlebih belanja untuk raya. Pokai selepas raya... Bagi yang makan gaji cam saya, takkan nak asyik buka beg duit kosong. Nak makan pun kena pikiaq sebab takut tak cukup.. Gaji lambat lagi nak dapat. 2 minggu lagi kot.

Adakah kita begitu? Saya harap tak la kan.... Kita semua kan  dah pandai  buat budget. Beringat sebelum terjadi. Raya memang setahun sekali tetapi biarlah pada kemampuan kita. Usah berlebihan....

pesanan khidmat masyarakat ini di taja oleh Cik Yati Sdn. Bhd.
Mihmih....



14 Ogo 2013

Gempaq Satu Taman...

Ogos 14, 2013 0
Gempaq Satu Taman...
Semalam kan... Dalam kol 11 lebih camtu... selang 3 pintu dari umah ahkak telah berlaku kebakaran. 
Panik tau... Takut merebak sampai umah akak. Nasib baik jiran sebelah umah tu sedar...Tuan umah yang terbakar pula takde. 2 biji bomba mai... Hasil siasatan pihak bomba dapati tuan rumah terlupa matikan gas memasak. 
Bahayakan penyakit lupa ni. Aku pun selalu camni. 2 tiga kali keluar masuk umah untuk pastikan semua di tutup. # mybad.

Kepada readers sekalian, hati-hati dan sila pastikan rumah berada dalam keadaan selamat.

Pili bomba ni depan umah aku...
Kletung kletang bomba dok buka pili bomba yang tak penah di gunakan...
2 biji keta bomba...
Note: Fobia ngan kebakaran sebab hari sabtu hari tu (raya ke-3) berlaku kebakaran di Sungai Nibong Kecil ( rumah setinggan bertentangan dengan kompleks bukit jambul) dan rumah mak biras (kak ipar husband) terbakar sekali. Nasib baik bukan semua.. suku jer. Masa kejadian diaorang semua pergi beraya di Alor Setar). Takziah kepada kak Nor & family. Semoga tabah menghadapi dugaan ini.

Raya Kami...

Ogos 14, 2013 0
Raya Kami...
Assalammualaikum wbt.

Selamat Hari Raye Aidilfitri. Mohon ampun dan maap yer.. 

Korang dah masuk keja ka? Ahkak baru start hari ni. Dah lama tak cuti lelama camni...
Pastu dah timbul rasa di hati malas nak mai keja. Ingat nak sambung cuti... Agak2 korang bos akak bagi cuti tak? hikhik..  confirm tak kan! Sapa nak jawab email -email akak yang dok beratur tu..

Apa cer raya korang? Mesti best kan....
Dah masuk keja baru akak nak update. Korang layan je lah kan... 
Tak banyak gambar raya. Maklum lah ai kan sibuk di dapur... Anak perempuan sorang la katakan...
Nak harapkan abang ngan adik-adik lelaki yang lain... hmmm buat penat mulut jer suruh diaorang. Malas kemain. Tension tau.  

Raya ni memang meriah sebab aku pi beraya dari pagi sampai kemalam. Tinggai umah kat kak ipar...
sekali sekala kan... Selalunya aku yang tunggu umah...

Anak-anak yang paling seronok. Main bunga api  dan mercun tak henggat diri. Macam dah besar. Nak marah tak boleh sebab daddy nyer tukang ajar dan layan anak-anak main bunge api & mercun.

Menu biasa jer. Soto, ketupat pulut daun palas bersama rendang daging, nasi himpit kuah kacang dan kuih muih. Gambar takde....

Lupa nak habaq. Kami beraya kat kampung aku... 
posing di hari raya.... Yang baju merah tu sepupu depa (anak abang)
takdan nak ready daddy nak snap...
Gaya otomen dari Ammar...
Mummy & kids...
Ceriakan raya anda dengan hubungi yang tersayang mll maxis worry free roaming
Jauh di mata dekat di hati.

-xoxo-

2 Ogo 2013

Kembali Berbawal

Ogos 02, 2013 0
Kembali Berbawal
Assalamualaikum wbt.

Raya dah dekatkan.Lagi 5 hari lagi jer kan.....
Dah habih shopping baju raya? Alhamdulillah. Dah settle baju raya untuk diri sendiri, suami, anak-anak, mak & mak mertua. Tinggal untuk adik masih sekolah jer belum lagi. In Sha Allah hari senin ni bawa depa pi shopping.

Untuk diri sendiri, aku just shopping tudung & sandal. Baju pula, just baju kurung yang di tempah. Kain beli sebelum raya lagi. Beraya ala kadar ja... 

Tahun ni tetiba raya nak pakai bawal. Ini tudung pilihan pertama.. BAWAL Aidijuma. First time beli Aidijuma. Sembilan helai... Design campur-campur. Nak try dulu. Try ke? Hehehe.

Aidijuma@ Sunway Carnival
Ok. Hari start pakai yang plain. Serius selesa. Senang nak pakai. Kain dia lembut jer... Berbeza dengan bawal yang jual kat tesco Seberang Jaya. Harga pun berpatutan... tambah-tambah dekat raya ni. Aidijuma tawarkan diskaun 50% untuk design yang terpilih. Tu yang borong sampai sembilan helai tu.

 Pilihan kedua ada tapi belum beli lagi sebab outlet dia kat Sungai Petani. Akan beli masa on the way nak balik kampung nanti. Yang ni cik abang nak belanja....#sayang abang.

Hari ni hari jumaat terakhir di bulan ramadhan. Sedih. Cepatnya masa berlalu.

Apa-apapun aku nak ucapkan selamat hari raya. Mohon ampun & maaf andai terkasar bahasa secara tidak sengaja. Aku hanya insan biasa.

Feeling raya awal sebab hari ni last keja untuk sambut raya. Pastu tak tau sempat update atau tak.... Kat kampung takdak internet. Kalau rajin, aku update guna phone jer nanti. Tu kalau rajin...

Hishhh! Malas betul ahkak ni kan.

-xoxo-