Yeay! Baju raya dah siap...

11:03 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Yeay! Baju raya dah siap...
Pengalaman 2 tahun berturut-turut baju raya yang di tempah tak siap. Suruh datang ambik malam raya ... Bila nak ambil, masih belum siap. Huhu... Nak nangis jer rasa. pfff. Serik.
Kat tailor yang lambat ni satu ja untung sebab upah dia paling murah kat pasaran dan jahitan dia kemas. Sedap pakai juga. Sebab upah yang murah, kemas dan selasa... ramai juga yang menempah dekat tailor ni. Disebabkan terlampau banyak tempahan, dia tidak dapat manage untuk siapkan tempahan tersebut.

Aku lepas kejadian baju tak siap memang dah tak hantar baju kat tailor tu..Terus cari tailor lain. Tailor sekarang bangsa cina tapi tempahan akan di siapkan dalam tempoh yang di janjikan atau sebelum tempoh yang di janjikan. Customer care & service dia bagus. Kadar upah pun mengikut harga pasaran. RM 35 untuk baju kurung. 

Bukan nak puji, tapi kepada tailor yang selalu tempahan dia tak siap, berpada-pada la terima tempahan. Ambik mengikut kemampuan. Supaya tiada yang kecewa bila baju tak siap. Terutamanya yang nak raya sedondon dengan suami dan anak-anak. Huhu.. 

Oklah, nak tayang baju raya yang dah siap. Ni versi black & white dululah...
Silalah jeles....
HAHAHAHA

Baju raya me & my doter...
Baju raya korang dah siap ke belum? Cepat pi tanya tailor... kalau belum siap, cepat-cepat beli yang ready made.Kalau tak sempat nak shopping, shopping online pun sempat lagi ni... zalora ada, Fashion Valet ada, poplooks pun ada..  

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers