Saya Suka Awak Suka

9:31 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum wbt.

Weekend hari tu anak dara aku request aiskrim malaysia kaler pink.
Ini adalah salah satu aktiviti ngan anak dara di dapur. Secara tak langsung mengajar dia cara-cara memasak, membuat aiskrim dan paling penting membantu mummy di dapur. Zaman sekarang bukan senang tau anak dara nak dok dapur... Masing-masing lebih senang dengan laptop, ipad dan handphone yang canggih manggih.

So, untuk memenuhi permintaan anak dara, aku bancuh bandung satu jag kecik. Boleh dapat dalam 15 batang aiskrim. Cukup untuk stok seminggu sebab sehari hanya sebatang aiskrim saja boleh makan (syarat oleh daddy dia). Bukan apa, cuaca tak menentu.... Dan nak mengekalkan kesihatan anak-anak.

Bila dah siap tu, anak dara ni angkut sebatang...sebatang ..masukkan dalam fridge sambil nyanyi dan menari  lagu kat bawah.

Saya suka, awak suka...
Aiskrim pink... pink.. pink

*** sila nyanyi ikut rentak lagu iklan Nespray penaja rancangan Ceria PopStar.

Aiskrim malaysia namanya...
-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers