Raya Sebelah Suami atau Isteri? - Cahaya Hayati

23 Jul 2013

Raya Sebelah Suami atau Isteri?

Assalamualaikum wbt.

Raya sebelah suami atau isteri? Soalan yang paling hot dekat-dekat dengan raya. Ada yang boleh bermasam muka. Terutamanya husband & wife. Melihat kepada sekeliling, ramai yang dah bekerjasama. Sistem giliran di praktikkan. Tak kira duduk jauh atau dekat.... Bukan apa tidak berbaloi bermasam muka di sebabkan dok gaduh nak balik mana... Hati pun tak tenang... Last2 hang balik kampung hang, aku balik umah mak aku atau kita raya kat umah sendiri jelahhh... Nak ka jadi camtu?

Mesti tak nak kan....  Sepakat mencari kata putus. Sekiranya tahun lepas dah beraya di rumah sebelah suami, tahun ni para suami bagilah peluang kepada isteri untuk beraya di kampung halaman dia pula. Isteri pun ada sanak saudara yang dia nak jumpa... nak tanya khabaq... Nak gossip-gossip. Begitu juga dengan isteri... Kalau tahun lepas kita, tahun ni bagi peluang kat suami, Tak rugi pun kan? Rumah tangga pun tak berantakan....

Aku tahun ni beraya kat kampung sendiri. Nak buat camna... sebab aku dok ngan mak mertua. Dulu  masa tahun pertama dan kedua kahwin, buat system giliran. Masa tu arwah ayah ada lagi....  Selepas arwah ayah meninggal raya posa kat umah aku dan raya haji kat umah suami. Selalunya aku suruh hubby decide nak raya mana dulu.... Bukan apa takut orang kata, asyik raya kampung aku ja....  ikut cakap bini la.... 
Pilihan di tangan suami......... Sebab aku tahu dia bertimbangrasa.... 

Oklah... raya lambat lagi tapi asyik dok cerita raya mana dulu...

Eh, korang raya mana dulu? :P

-xoxo-

No comments:

Post a Comment