Puasa Ramadhan: Sunat, makruh dan batal - Cahaya Hayati

10 Jul 2013

Puasa Ramadhan: Sunat, makruh dan batal

Assalamualaikum wbt.

Sedikit info sharing berkenaan puasa ramadhan. Perkara-perkara yang menjadi sunat untuk di amalkan sepanjang ramadhan, makruh dan yang membatalkan puasa. Update diri, update minda ... In Shaa Allah berjaya dunia dan akhirat.

Sunat-sunat Puasa:
  1. Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
  2. Makan sahur walaupun sedikit.
  3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”. Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
  4. Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
  5. Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
  6. Memperbanyakkan sedekah.
  7. Beriktikaf siang hari dalam masjid.
  8. Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  9. Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
  10. Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
Pantang-larang puasa:
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
  1. Berdusta, berbohong.
  2. Mengumpat, mengata orang.
  3. Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
  4. Melihat benda-benda yang mendatangkan keinginan.
  5. Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)
Membatalkan Puasa sekiranya
  1. Memasukkan benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
  2. Muntah dengan sengaja.
  3. Mengeluarkan mani dengan sengaja.
  4. Haid atau nifas.
  5. Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kifarah).
  6. Murtad (keluar dari Islam).
  7. Gila (hilang akal).

No comments:

Post a Comment