Posa Yangyok, Tengahari Buka Periuk - Cahaya Hayati

15 Jul 2013

Posa Yangyok, Tengahari Buka Periuk

Assalamualaikum wbt.

Korang posa tak hari ni? hihi...
Kalau orang perempuan tak posa tu aku paham sangat. Kalau orang lelaki apa sebabnya? 
Mai bulan jugak ka? Silalah jawab... :P

Penah dengar tak posa yangyok. Kalau kat utara ni, posa yangyok adalah istilah kepada bebudak yang baru nak belajar posa cam anak dara aku.

Dulu-dulu ada lagu untuk posa yangyok ni. lebih kurang camni la.. sambungan dia tak ingat. dah lama tak dengaq.

'posa yangyok, tengahari buka periuk'

kakak Lapaq..huhuhu

Anak dara ni baru umur 5 tahun. Nak posa cam upin ipin katanya. Bertahan sehingga pukul 12 ja sebab adik minum susu. Takleh tahan dah.. lapaq katanya... Yang sebenarnya tak tahan tengok adik minum guna botol.
kakak... kakak! Macam nilah agaknya kalau anak belum tinggal botol susu...

Itu cerita hari pertama. Cerita hari kedua sehingga kelima, dah takmo bangun sahur. Alahai kakak...

Semalam balik dari sekolah bagitau yang cikgu tanya posa atau tak. Sebelum tidoq pula, pesan nak bangun sahur... kakak nak posa. Hmmm... mesti sebab cikgu tanya siang tadi. 
pagi tadi dah sahur. Takmo nasi... Sahur biskut cicah teh o ja. Boleh tahan ka?

Tadi sebelum pergi keja siap pesan suruh buka kalau tak tahan... 
Apa cer kena tunggu balik keja petang satgi. Harap-harap tak menangis.... Biasalah budak-budak dengan cikgu ni takut skitt walaupun cikgu tu tak garang. Nak minta apa-apapun tak berani. Cikgu suruh tidur, depa tidur.. Kat sekolah disiplin, balik rumah hampeh. Dah train tapi still taknak ikut.

Kepada kakak-kakak yang anak dah besar-besar, camna korang train anak-anak posa?
cer kongsi skit.. cheq ni takdak pengalaman lagi. Anak baru nak membesar la katakan!

-xoxo-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan