No Rice For Lunch? - Cahaya Hayati

3 Jul 2013

No Rice For Lunch?

Assalamualaikum wbt.

Diet.
Aku cuba untuk menurunkan berat badan. Macam-macam dah buat tapi still dok camtu gak.
Susah betui nak turun... Tak macam zaman bujang dulu. Diet skit jer dah nampak perbezaaan.

Sekarang ni, semperna nak sambut posa jugak... Aku telah mencabar diri ini tidak makan benda berat untuk lunch, breakfast & dinner. Yang ringan-ringan ja... 
Ringan ke? Cuba korang tengok... betui ka ringan?

Breakfrast
Tosai/ Roti telur/Bubur

Lunch
Bihun Sup/Tomyam
** Kekadang no lunch. Bergantung kepada breakfast.

Dinner
Roti/Pasta/steak/chops/bihun goreng/satay/charkoayteow
** bergantung kepada permintaan anak2. Kekadang tu makan buah jer...

Alhamdulillah. Minggu ni dah 3 hari tanpa nasi... and i'm still steady. Takdak la rasa pening, mual or craving for nasi. Chaiyokkk!

Selain tu jugak, aku masih mengekalkan diet tanpa supplement untuk kurus dan juga tanpa korset.
Menjadi ke tak? hahaha...
Tunggu yer.

Diet aku juga bergantung kepada hari dan event.
Kalau ada event tu ttp akan makan cuma dalam kuantiti yang skittt.
Berat badan sekarang 63kg. Target nak turun sehingga 57kg. Agak2 lepas posa dapat tak?

Oppps sebelum terlupa, esok opis aku buat kenduri sambut ramadhan. Satu bangunan gotong royong masak. Unit aku kena masak nasi.. Masak dalam econ. Best!
Ni yang di katakan diet bergantung pada hari.. Hehehe

Doakan aku berjaya turunkan berat badan sehingga 57kg yer. Kalau korang ada cara terbaik untuk turunkan berat badan, share la ... Kita sama-sama diet.
 :P


-xoxo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan