Cerita Jumaat Update Senin.. - Cahaya Hayati

1 Jul 2013

Cerita Jumaat Update Senin..

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang di janjikan. Update cerita jumaat hari tu....  Cerita hi-tea & tukar-tukar hadiah.

Kami hi- tea kat Restoran Pen Mutiara Curry House, Butterworth. Nampak tak gambar kat bawah tu?
Berada di kedudukan yang strategik sebab di belakang restoran ni adalah rope walk ( macam bazar niaga giteww.).


Kepada yang berminat nak cuba makan di sini, kat bawah ni hah alamat dia. Ada 2 cawangan, satu kat pulau dan satu lagi kat Butterworth ( orang utara kata Bagan).


Menu yang di tempah oleh kelab kami hari tu... tajuk hi- tea tapi menu lunch.
Hentam sajalahhh kannnn!


Sorong goreng tepung, siakap sweet sour, buah-buahan, telur dadar dan yang paling best kari kepala ikan. 
Berasap-asap lagi you all! Kansel diet hari tu...... 
Buat pengetahuan semua, hidangan ni adalah untuk 10 orang makan. Berapa RM tak dapat nak share sebab semua di uruskan oleh kelab. Aku jadi tukang makan jer... hehehe


Pas makan baru acara tukar-tukar hadiah. Sorry tak sempat nak snap pertukaran hadiah sesama ahli kelab sebab terlampau sibuk dok tengok sapa kena tukar dengan sapa. Pastu ada penghangat majlis dok usik mengusik anak dara ngan anak teruna...
Mana tau dari usik-mengusik boleh makan nasi minyak...
:D

Oklah sambung tengok kes pelanggan lak. Ni update 2 in 1... Sambil buat keja sambil update..
Thinks outside of the box kannnn!
-xoxo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan