Mummy Tolong Jaga...

12:01 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalammualaikum wbt.


Pou!
Sapa main game nih? Aku? Aku tak main game-game yang kena bela bagai ni...
Tak dak masa nak layan..

Tapi
Aku dah terjebak dengan game ni. Gara-gara Aismar install game ni kat phone aku.
huhu.. 

Aisya: mummy, kakak dah install game POU! kat phone mummy.
me: Kan kat tablet dah ada..
Aisya: Yang tu adik punya..
Me: Main sama-sama la...
Aisya: Takpa la.. ni kakak punya.
Me: Yelah. Nanti kalau mummy pi keja.. sapa nak jaga? Pastu pou mati
Aisya: Mummy tolong jaga pou kakak yer..
Me: ?!xoxo 

Macamtu ler ceritanya. 

Game Pou! ni sama macam game digimon zaman aku sekolah dulu-dulu. Dulu kecik cam jam ja..
Tapi zaman makin canggih dan terhasillah pou!.

Pou yang kotor...
Camner nak main pou! ni? 
1. kena bagi makan ( segala jenis mak nenek & Pou! ni pandai pilih makanan yang dia nak. Kelass kau Pou!)
2. kena cuci najis dotdot. Sabun + bagi makan ubat.
3. Kena bagi tidor. huhu  dah macam anak sendiri plak..
4. kena main games untuk dapatkan duit nak beli segala jenis mak nenek. makan. baju. ubat. dll.

Main game pou!

Yang best tantang game pou! ni, dia ada banyak games yang anak-anak boleh cuba. 
Terutamanya yang melibatkan memory.

Bagi aku, game pou! ni seperti melatih anak-anak untuk buat kerja dengan mengikut aturan/ jadual.
Setakat ni, takda lagi yang pelik-pelik tentang game ni.
Selamat untuk anak-anak.

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers