Restoran Sinaran Hijau Kuning - Cahaya Hayati

12 Jun 2013

Restoran Sinaran Hijau Kuning

Assalamualaikum wbt.

Restoran Sinaran Hijau Kuning di Kulim memang menjadi pilihan kami sekeluarga.
Restoran yang bersih dan hidangan yang sedap ( Hampir ke semua hidangan yang kami order macam home cooks..)
Walaubagaimanapun... Echeh, macam tengah buat ulasan lak.
Setiap restoran yang baik tu ada kelemahan jugak.
Pendapat dari pelanggan perlu di ambil berat. Pendapat pelangganlah yang akan meningkatkan mutu restoran.
betuikan? hehehe

Saya bukanlah pakar dalam bidang masakan tapi melalui rasa kita dapat mengetahui hidangan tu bermutu atau tak? Sedap atau tak?
Yuppp. Tak di nafikan citarasa setiap orang berbeza.
Dan ini adalah pendapat aku.

Weekend tu pi makan. Late lunch.
So, orderlah Nasi Ayam BBQ. Gambar kat bawah ni. Nasi dan sup sedap. Yang tak berapa nak kena adalah ayam BBQ dan sos nasi ayam. Terus terang cakap... tak kena langsung.
Ayam lebih kepada western dan sos pula lebih kepada sos thai. Spoil...
Lagi satu yang aku tak puas hati.. adalah saiz ayam tu. Tak padan dengan harga.
Berapa harganya? Silalah datang dan lihat sendiri...

 Side order lak Pasembor. Amboi hang.. siap ada side order lagi. Biasa la kalau makan 4 orang. Camni ler ordernya. Pasembor sedap. Cucoq dia kalau panas-panas lagi sedap sebab bila sejuk dah liat skit.

Mr. Hubby lak order Nasi Goreng Ayam.
Sedap tapi kurang pedas. Rasanya kalau pedas skit memang ummph lah.
Minuman lak memang tak mengecewakan. Serius setiap kali datang memang sedap.

Bagi yang kurang, mungkin pemilik restoran hijau kuning boleh pertingkatkan lagi. Suka saya katakan makanan berkuah seperti sup dan mee rebus sedap. Memang memuaskan hati..
Restoran ini adalah antara restoran baru yang terbaik di Kulim.

Gambar kidnap dari blog Sinaran Hijau Kuning.
P/s: suka dengan nama restoran ni. Semangat Kedahan gitewww...

2 ulasan:

  1. Terima kasih di atas pujian dan komen yang diberikan... Semoga Sinaran Hijau Kuning akan lebih success di masa hadapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. saya hanya komen apa yang saya rasa... Semoga terus success. :)

      Padam