Kenapa Melencong? - Cahaya Hayati

15 Jun 2013

Kenapa Melencong?

Assalamualaikum wbt.

Melencong. Apa tu?
Melencong dalam entry ni bermaksud menipu dalam penyampaian atau perbuatan dengan sengaja atau tidak sengaja. Kiranya macam tipu sunat laa.
Kekadang kita terpaksa melencong dari menyampaikan perkara sebenar kerana di khuatiri akan menyebabkan hati seseorang terluka. Takut kena marah pun ya jugak... 
Di khuatiri akan menyebabkan banyak pihak bermasam muka.
Di khuatiri sesuatu silathurrahim akan terputus.
Sesungguhnya melencong di sini bukan niat untuk menipu tapi adalah untuk kepentingan semua.
Untuk kebaikan di maafkan .

Tetapi tiada maaf kepada yang betui-betui menipu. 
Atau menipu untuk kepentingan diri sendiri  atau sebelah pihak saja.

Jadi kepada yang pernah dengar sesuatu perkara jauh dari perkara sebenar... fikirlah dengan positif.
Kemungkinan perkara tersebut akan menyebabkan kita marah dan akan dendam dengan seseorang.
Jadi penyampai tersebut melencong sedikit dari perkara sebenar.
Agar pendengar tidak melakukan sesuatu yang tidak waras, tidak marah dan tidak dendam.

Kekadang kita rasa diri kita sempurna ttp yang berada di sekeliling nampak kelemahan kita.
Kelemahan yang dapat di perbetulkan.. dapat di baiki.

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. 
Anggap sesuatu teguran atau cerita yang di sampaikan sebagai titik perubahan
 dari yang tidak elok kepada yang elok.
Dari yang negatif kepada yang positif.


-xoxo-

No comments:

Post a Comment