HOMECOOKS: SPAGHETTI MUDAH

4:01 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalammualaikum wbt.

Memasak bukan kepakaran. Gitu-gitu ja.
Tambah-tambah lagi menu western. Sebab kat rumah, saya sorang ja yang tekak western.
Yang lain semua tekak Melayu + Mamak. 

Menu western ni jarang-jarang di di masak. Kalau teringin sangat makan kat restoran ja.
Paling senang kat Pizza Hut.

Semalam nak di jadikan cerita, masing-masing malas nak keluar sebab hujan + cuaca sejuk.
Macam ni:

Husband: Sayang rajin tak? ( mukadimah kalau nak minta apa-apa ler tu. Dah tahu dah...)
Me: 50-50 ja. Nak aper?
Husband: Masak untuk makan malam. Malas nak keluar pi beli... 
Me:  Masak pa? Nasi ka? Kalau nasi lambat la sebab  ayam, ikan, daging semua dok dalam peti (freezer) lagi ( Malas sebenarnya). Kalau nak cepat maggi la... 
Husband: Selain maggi? 
Me: Spaghetti ada la. 
Husband: Ok.

HAH! Sungguh  tak percaya.
Tekak Melayu + Mamak request nak makan western. Besar sat bijik mata aku.
Pejam celik pejam celik pastu tengok mr. hubby skali lagi. 
Betui la tu.

Dan inilah hasilnya. Spaghetti bersama bahan-bahan yang di google dalam peti ais.
Masakan semalam.. bekal untuk hari ini.

Resepi: 
1 labu bawang holland (potong dadu)
1 botol pes spaghetti jenama kimball
1 peket daging cincang jenama ramli ( basuh dulu yer..)
5-6 ketui sosej. (Potong bulat-bulat)
3 sudu minyak masak( minyak zaitun takdak stok kat umah).
3 sudu besar sos cili
1 botol air ( guna botol pes spaghetti)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Tumiskan bawang holand sehingga wangi. 
Masukkan daging cincang. Masak sehingga separuh masak. Masakan daging ni sekejap ja dah masak.
Masukkan sosej. Biar sekejap.
Selepas tu, masukkan pes spaghetti jenama kimball + air.
Masukkan sos cili.
Biarkan sehingga mendidih.

Setelah agak pekat. Angkat dan hidangkan.

Silalah cuba. 

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers