Jun 2013 - Cahaya Hayati

28 Jun 2013

Hari ni hari Jumaat...

Jun 28, 2013 0
Hari ni hari Jumaat...
Assalamualaikum wbt.

Hari ni hari jumaat. Dan ini statement poyos dari aku ... 
HAHAHA.

Yang sebenarnya aku nak bagitau pepagi ni sampai opis terus call umah... Minta tolong MIL check iron dah tutup suisnya atau tak.. my bad sebab selalu terlupa nak tutup suis iron. Selalunya double check sebab takut terlupa nak tutup. Hari ni terlupa nak double check....

Settle satu bab. Pastu sibuk dok balut hadiah RM5++ sepertimana yang telah di tetapkan oleh AJK kelab. 
Hari ni kelab buat Hi-Tea dan salah satu agenda dia adalah tukar-tukar hadiah. Jadi setiap orang akan balik dengan hadiah masing.

Begambar dulu dengan hadiah yang dah balut cantik-cantik.
Siapa punya? Tunggu petang nantilah yer....

Menggunakan cymera aplication. Gebu tak kak ton?

-xoxo-

27 Jun 2013

Kalau jadi bos, mestilah....

Jun 27, 2013 0
Kalau jadi bos, mestilah....
Assalamualaikum wbt.

Hari ni sedikit tension... keja pun separuh ikhlas. Ntah berkat atau tak gaji aku hari ni...
Macam nilah bila jadi orang bawahan... Serba tak kena. Tak penuhi permintaan pun kena tegur, penuhi pun kena tegur... Adat makan gaji  kannnnnn!

Tahun bila pun tak tau impian aku akan terlaksana... tak berani nak ambik risiko lagi buat masa sekarang..
Takut yang di kejar tak dapat, yang di kendong berciciran..

Kalaulah aku atau korang ka yang  jadi bos,  jadilah bos yang .....

1. Boleh memberi motivasi kepada orang bawahan.
2. Pandai nak agihkan kerja.
3. Ambil tahu dan serba tahu
4. Membenarkan kesilapan sebagai pengajaran kearah pembaikan
5.Belajar dari kesilapan sendiri
6. Layanan adalah sama rata kepada semua kakitangan
7. Kerja bersama, turun padang
8. Knowledge Sharing
9. Pantas memberi maklumbalas
10. Jangan Moody.

10 ciri-ciri ni pun dah cukup untuk jadi bos yang baik. Sapa yang ada 6/10 dari ciri-ciri pun dah baik..
Masih dok belajar nak bagi cukup 10 ciri ni.
Doakan saya yer!
:)


-xoxo-

Sunyi jer hari ni...

Jun 27, 2013 0
Sunyi jer hari ni...
Assalamualaikum wbt.

Sunyi jer hari ni. Mana semua orang pi nih?
Pagi tadi pun sama time beli breakfast... macam aku sorang jer tak posa.
Tetiba rasa cam buat salah ...
Korang semua posa ke?

Hari sepatutnya aku posa tapi sebab tak bangun sahur terus cancel nak posa hari ni. 
Bangun jer perut dah buat konsert rock. Mana boleh tahan...

Kat opis ni dah start order kuih raya.
Macam-macam sample kuih yang depa bawak.
Selalunya order 3 jenis ja. Yang femes jer.. cam almond london, cunky almond dan tart nenas.
Kalau yang lain tu, berzaman baru nak abis... tu pun bawa mai opis.
Kalau tak jadi masuk tong sampah la.

 Oklah break dah abih.  Keja masih banyak yang menanti.
Nanti kita update lagi yer..

-xoxo-

24 Jun 2013

Awards Night

Jun 24, 2013 2
Awards Night
Assalamualaikum wbt.

Hello everybody! I'm back...
hahaha.. Back la sangat kannnn! Miss my blog... Miss my readers too ( ada ker?).
Adaaa... Aku tau. :)

Seminggu tu tak update blog.. Aku sibuk pi berlatih menari boria untuk Awards Night company aku. 
Kiranya wakil state lahhh...

Terima kasih kepada company aku sebab bagi peluang pi awards night ni. Sepanjang keja ni first time...
Selalunya team HR akan memilih staff untuk pergi ke awards night ni...
Kiranya setiap staff akan berpeluang untuk pergi. Terlupa lak nak inform yang event ni event HQ untuk apreciate the best among the best.

Award night ni bermula dengan pembarisan setiap team ( states & LoBs).
Setiap kontigen membawa tema yang tersendiri. Untuk kali ini, pihak HQ telah menetapkan tema 'Team Marvel'. 
Me as a Lady of Zorro.
 Terpulanglah kepada setiap team untuk menafsirkan tema ' Team Marvel' sepertimana. Team aku telah memilih tema Zorro of Penang. 

Antara custom yang di peragakan.
Awards night ni di hangatkan lagi dengan persembahan dari Sam & Dato' M. Nasir.
Aku teruja giler sebab ni first time tengok Dato' M. Nasir perform live... Selalunya dengar kat radio jer.
Serius memang meriah malam tu sebab semua yang hadir ikut menyanyi ngan Dato M. Nasir.
Sedapppnya sora dia... 

Dah habih lagu berbayar... semua pakat jerit " nak lagi... nak lagi..'
Dan dia layan permintaan peminat dia... Ahaks! Otai la katakan...

Macam-macam hero dok ada...
Awards night ni di tamatkan dengan grand lucky draw. Sorry tak ingat staff state mana yang dapat tapi hadiahnya adalah pakej perlancongan ke Disneyland Hongkong. Best giler..
Tahniah kepada pemenang.

Bye. Nanti nak update lagi.

-xoxo-

21 Jun 2013

Down

Jun 21, 2013 0
Down
Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya rasa down sangat. Terbawa-bawa kes pelanggan semalam kot!
Pelanggan yang terlampau mengada-ngada. Nak original. Memang la tak boleh dapat segera.. 
Minta kerjasama supaya terima salinan yang di akui SAH.. Pun tak nak jugak.
Wahai En. Customer, SALINAN YANG DI AKUI SAH boleh di terima oleh mahkamah.
Tu citer petang semalam.

Tup tup  pagi ni ko datang minta pula salinan yang di akui SAH.
Hailah, macam-macam betui perangai customer ni.

Saya selalu rasa down kalau melibatkan pelanggan. Masih tak dapat nak kawalkan hati...
Pastu keja plak melambak-lambak. 
Keja hakiki dan keja NGO. Dah bercampur aduk...
huhuhu.

Rasa cam nak pi shopping jer bagi naik semangat keja skitt...

15 Jun 2013

Kenapa Melencong?

Jun 15, 2013 0
Kenapa Melencong?
Assalamualaikum wbt.

Melencong. Apa tu?
Melencong dalam entry ni bermaksud menipu dalam penyampaian atau perbuatan dengan sengaja atau tidak sengaja. Kiranya macam tipu sunat laa.
Kekadang kita terpaksa melencong dari menyampaikan perkara sebenar kerana di khuatiri akan menyebabkan hati seseorang terluka. Takut kena marah pun ya jugak... 
Di khuatiri akan menyebabkan banyak pihak bermasam muka.
Di khuatiri sesuatu silathurrahim akan terputus.
Sesungguhnya melencong di sini bukan niat untuk menipu tapi adalah untuk kepentingan semua.
Untuk kebaikan di maafkan .

Tetapi tiada maaf kepada yang betui-betui menipu. 
Atau menipu untuk kepentingan diri sendiri  atau sebelah pihak saja.

Jadi kepada yang pernah dengar sesuatu perkara jauh dari perkara sebenar... fikirlah dengan positif.
Kemungkinan perkara tersebut akan menyebabkan kita marah dan akan dendam dengan seseorang.
Jadi penyampai tersebut melencong sedikit dari perkara sebenar.
Agar pendengar tidak melakukan sesuatu yang tidak waras, tidak marah dan tidak dendam.

Kekadang kita rasa diri kita sempurna ttp yang berada di sekeliling nampak kelemahan kita.
Kelemahan yang dapat di perbetulkan.. dapat di baiki.

Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif. 
Anggap sesuatu teguran atau cerita yang di sampaikan sebagai titik perubahan
 dari yang tidak elok kepada yang elok.
Dari yang negatif kepada yang positif.


-xoxo-

12 Jun 2013

Akibat Cuai

Jun 12, 2013 0
Akibat Cuai
Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi jammed lepas tol Kubang Semang.
Tak penah-penah jam sepanjang keja kat butterworth ni.

Dah la jammed, terlanggar lak bontot Viva PJJ. Salah sendiri. 
Nak hantar msg kat member tempat keja. Nak inform lambat sampai...
Dah break. Ntah camna boleh terlanggar lak.
Huhuhu.

Kemek skitt ja. 
Berenti kat stesen minyak & deal nak settle.
Owner( sama bangsa) keta ok. But dia punya penumpang pulak banyak songeh.
tu la, ni la.
Last-last aku sound la ' ni sapa yang owner kereta?'
Hello nyonya! Ini kemek skit saja.. 
Buat apa mau bising. I sudah mau bayar ....  lagi mau bising ka?
U dah lambat nak pi keja... I lambat nak pi keja. Lagi mau lambat ka?
Huh! Hilang kesabaran bila ada orang jadi batu api.
Nasib baik the owner setuju dengan deal.

Melayang skitt bulan ni... Terbang duit shopping.
Inilah akibat tercuai skitt.
HUHUHU

Restoran Sinaran Hijau Kuning

Jun 12, 2013 2
Restoran Sinaran Hijau Kuning
Assalamualaikum wbt.

Restoran Sinaran Hijau Kuning di Kulim memang menjadi pilihan kami sekeluarga.
Restoran yang bersih dan hidangan yang sedap ( Hampir ke semua hidangan yang kami order macam home cooks..)
Walaubagaimanapun... Echeh, macam tengah buat ulasan lak.
Setiap restoran yang baik tu ada kelemahan jugak.
Pendapat dari pelanggan perlu di ambil berat. Pendapat pelangganlah yang akan meningkatkan mutu restoran.
betuikan? hehehe

Saya bukanlah pakar dalam bidang masakan tapi melalui rasa kita dapat mengetahui hidangan tu bermutu atau tak? Sedap atau tak?
Yuppp. Tak di nafikan citarasa setiap orang berbeza.
Dan ini adalah pendapat aku.

Weekend tu pi makan. Late lunch.
So, orderlah Nasi Ayam BBQ. Gambar kat bawah ni. Nasi dan sup sedap. Yang tak berapa nak kena adalah ayam BBQ dan sos nasi ayam. Terus terang cakap... tak kena langsung.
Ayam lebih kepada western dan sos pula lebih kepada sos thai. Spoil...
Lagi satu yang aku tak puas hati.. adalah saiz ayam tu. Tak padan dengan harga.
Berapa harganya? Silalah datang dan lihat sendiri...

 Side order lak Pasembor. Amboi hang.. siap ada side order lagi. Biasa la kalau makan 4 orang. Camni ler ordernya. Pasembor sedap. Cucoq dia kalau panas-panas lagi sedap sebab bila sejuk dah liat skit.

Mr. Hubby lak order Nasi Goreng Ayam.
Sedap tapi kurang pedas. Rasanya kalau pedas skit memang ummph lah.
Minuman lak memang tak mengecewakan. Serius setiap kali datang memang sedap.

Bagi yang kurang, mungkin pemilik restoran hijau kuning boleh pertingkatkan lagi. Suka saya katakan makanan berkuah seperti sup dan mee rebus sedap. Memang memuaskan hati..
Restoran ini adalah antara restoran baru yang terbaik di Kulim.

Gambar kidnap dari blog Sinaran Hijau Kuning.
P/s: suka dengan nama restoran ni. Semangat Kedahan gitewww...

11 Jun 2013

Jangan Suka Tangguh

Jun 11, 2013 0
Jangan Suka Tangguh
Assalamualaikum wbt.

Tangguh dululah..
Esok boleh buat... Ada banyak masa lagi..
Takpe bos tak minta lagi..

Suka menangguh kerja atau perbuatan akan menjadi tabiat.
Yuppp.. Tak dapat di nafikan tangguh ni dah jadi tabiat. Termasuklah diri ini.
Perlu di ubah. Jangan di amalkan.
Tak elok untuk diri, minda dan hati.

Contohnya, jika kita tangguh sesuatu kerja di pejabat untuk di lakukan pada esok hari.
Esok pula, kita di beri tugasan baru... Kita akan rasa terbeban sebab kerja semalam belum siap, sudah ada tugasan baru untuk di buat.
Hati dan perasaan akan rasa tertekan dan melahirkan seribu rasa.
Tak baguskan untuk diri..

Jadi, jangan suka bertangguh.
Jadilah seorang yang efektif dan energetic.
Majukan diri sendiri. Bebaskan diri dari seribu rasa.
In Shaa Allah kita akan menjadi seorang yang sangat bahagia.

Sebagai blogger pula, kita jangan tangguh untuk update bila ada idea kerana idea tersebut akan hilang.
Bukan senang tau idea nak muncul dalam kepala otak...
hehhe.. Menulis berdasarkan pengalaman. 
Bila ada idea, tak update blog sebab ingat nanti/ bila-bila boleh buat.. 
Tapi bila ada masa, idea pula hilang....
Camna tu?

HAPUSKAN TABIAT SUKA TANGGUH.

'Rileks brother rileks...'
Jangan dengar lagu ni kalau tengah buat keja.

Mummy Tolong Jaga...

Jun 11, 2013 0
Mummy Tolong Jaga...
Assalammualaikum wbt.


Pou!
Sapa main game nih? Aku? Aku tak main game-game yang kena bela bagai ni...
Tak dak masa nak layan..

Tapi
Aku dah terjebak dengan game ni. Gara-gara Aismar install game ni kat phone aku.
huhu.. 

Aisya: mummy, kakak dah install game POU! kat phone mummy.
me: Kan kat tablet dah ada..
Aisya: Yang tu adik punya..
Me: Main sama-sama la...
Aisya: Takpa la.. ni kakak punya.
Me: Yelah. Nanti kalau mummy pi keja.. sapa nak jaga? Pastu pou mati
Aisya: Mummy tolong jaga pou kakak yer..
Me: ?!xoxo 

Macamtu ler ceritanya. 

Game Pou! ni sama macam game digimon zaman aku sekolah dulu-dulu. Dulu kecik cam jam ja..
Tapi zaman makin canggih dan terhasillah pou!.

Pou yang kotor...
Camner nak main pou! ni? 
1. kena bagi makan ( segala jenis mak nenek & Pou! ni pandai pilih makanan yang dia nak. Kelass kau Pou!)
2. kena cuci najis dotdot. Sabun + bagi makan ubat.
3. Kena bagi tidor. huhu  dah macam anak sendiri plak..
4. kena main games untuk dapatkan duit nak beli segala jenis mak nenek. makan. baju. ubat. dll.

Main game pou!

Yang best tantang game pou! ni, dia ada banyak games yang anak-anak boleh cuba. 
Terutamanya yang melibatkan memory.

Bagi aku, game pou! ni seperti melatih anak-anak untuk buat kerja dengan mengikut aturan/ jadual.
Setakat ni, takda lagi yang pelik-pelik tentang game ni.
Selamat untuk anak-anak.

-xoxo-

10 Jun 2013

HOMECOOKS: SPAGHETTI MUDAH

Jun 10, 2013 0
HOMECOOKS: SPAGHETTI MUDAH
Assalammualaikum wbt.

Memasak bukan kepakaran. Gitu-gitu ja.
Tambah-tambah lagi menu western. Sebab kat rumah, saya sorang ja yang tekak western.
Yang lain semua tekak Melayu + Mamak. 

Menu western ni jarang-jarang di di masak. Kalau teringin sangat makan kat restoran ja.
Paling senang kat Pizza Hut.

Semalam nak di jadikan cerita, masing-masing malas nak keluar sebab hujan + cuaca sejuk.
Macam ni:

Husband: Sayang rajin tak? ( mukadimah kalau nak minta apa-apa ler tu. Dah tahu dah...)
Me: 50-50 ja. Nak aper?
Husband: Masak untuk makan malam. Malas nak keluar pi beli... 
Me:  Masak pa? Nasi ka? Kalau nasi lambat la sebab  ayam, ikan, daging semua dok dalam peti (freezer) lagi ( Malas sebenarnya). Kalau nak cepat maggi la... 
Husband: Selain maggi? 
Me: Spaghetti ada la. 
Husband: Ok.

HAH! Sungguh  tak percaya.
Tekak Melayu + Mamak request nak makan western. Besar sat bijik mata aku.
Pejam celik pejam celik pastu tengok mr. hubby skali lagi. 
Betui la tu.

Dan inilah hasilnya. Spaghetti bersama bahan-bahan yang di google dalam peti ais.
Masakan semalam.. bekal untuk hari ini.

Resepi: 
1 labu bawang holland (potong dadu)
1 botol pes spaghetti jenama kimball
1 peket daging cincang jenama ramli ( basuh dulu yer..)
5-6 ketui sosej. (Potong bulat-bulat)
3 sudu minyak masak( minyak zaitun takdak stok kat umah).
3 sudu besar sos cili
1 botol air ( guna botol pes spaghetti)
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Tumiskan bawang holand sehingga wangi. 
Masukkan daging cincang. Masak sehingga separuh masak. Masakan daging ni sekejap ja dah masak.
Masukkan sosej. Biar sekejap.
Selepas tu, masukkan pes spaghetti jenama kimball + air.
Masukkan sos cili.
Biarkan sehingga mendidih.

Setelah agak pekat. Angkat dan hidangkan.

Silalah cuba. 

-xoxo-

Banyak CPUV Semakin Bertambahlah Pendapatan

Jun 10, 2013 2
Banyak CPUV Semakin Bertambahlah Pendapatan
Assalammualaikum wbt.

Apa itu CPUV?
CPUV adalah cost per unique visit.
Atau  dengan bahasa mudah adalah jumlah pendapatan yang di terima oleh blogger bagi setiap pengunjung yang mengunjungi blog ketika iklan CPUV di siarkan.

Iklan ini hanya di siarkan pada masa-masa tertentu.
Jadi, blogger perlu pandai masukkan entry baru pada masa tersebut.
Entry baru akan menarik minat pengikut, pembaca blog  untuk mengunjungi blog tersebut.

Jadi, bagi blogger yang dah ramai pengikut,pembaca dan peminat memang akan menerima pendapatan CPUV yang tinggi berbanding blogger baru.
Sebagai blogger baru, kena pandai untuk menarik minat pembaca untuk membaca blog.
Bukan senang tau!

Berbalik kepada CPUV, semakan banyak iklan CPUV yang di siarkan di blog, semakin banyak pendapatan yang akan di terima oleh blogger.

Jadi, rajin-rajinlah update blog kalau nak income riban-riban.

Terlupa plak. Thank you Mr. Nuffnang!
Love u more if u give me more income. Boleh gitewww? HAHAHA

p/s: sedikit info ttg menjana penadapatan dari blog dan tetiba jer ayat jadi skema cam buat assignment masa kat uni. HAHAAHA
-xoxo-



7 Jun 2013

Siapa patut lebih?

Jun 07, 2013 0
Siapa patut lebih?
Assalamualaikum wbt.

Siapa yang patut lebih?
Aku atau dia? Siapa dia? Dia adalah....

Cuba untuk menjadi diri sendiri.. Cuba untuk tidak melukakan hati  sesiapa..
Tapi masih ada yang terasa.
kerana  aku tak pandai nak ambik hati orang...
Lenggok bicara juga tak tersusun indah.
Tak pandai nak beli jiwa seseorang..
Tak pandai nak puji seseorang...
Berkata bila perlu saja.

Hmmm..
Adakah ini ujian untuk aku?
Apa-apapun aku redho dengan ujian-MU.
Semoga aku menjadi lebih tabah.
Amin!


P/s: entry tengah mood tak ok sebab dengar sesuatu yang menyebabkan hati kecik ni terasa. Rasa cam nak jerit kuat-kuat nak bagitau satu dunia. HAHAHA. Berani jerit dalam hati jer...

-xoxo-

AKU TAK KESAH

Jun 07, 2013 0
AKU TAK KESAH
Jadi blogger ni kena ada entry selalu... 
Paling kurangpun seminggu skali ..
Kena ada entry yang best... Gambar yang menarik pun takpe..
Semua kat atas aku yang kata.
ekekke

Tapi aku,
Susah nak update... Selalu kekeringan idea. Kalau ada pun gitu-gitu aje.Ado sapo nak sumbang idea?
Gambar tak berapa nak menarik.. 
Ayat tak kebaboomm... Tak dak ayat bombastik..
Susahkan ?

Pastu, 
Bila buat entry terpikir lak ada ke idak orang nak baca...
Bahasa aku kasar ke?
Orang sakit hati tak baca ayat aku?
Boleh buat pahala tak entry aku? 

ishhhh... Macam-macam dok main kat kepala ni.

TAPI

Ada aku kesah dengan semua di atas? Jawapannya adalah TAK.
AKU TAK KESAH.

Peduli apa. Ini blog aku... suka ati aku nak update apa pun.
Kalau setuju sila like, kalau tak setuju lak.. sila share.
HAHAHA

bekpes pagi tadi..

-XoXo-

3 Jun 2013

Main Sampai Tidoq

Jun 03, 2013 0
Main Sampai Tidoq
Assalamualaikum wbt.

Ammar oo Ammar..
Nak tergelak pun ada. Main sampai tidoq... Kira tu dah tak boleh tahan dah la tew...
Sanggup sengkang mata sebab nak main..

Last-last terlena dengan kapal terbang kertas & torchlight di tangan.

Sweet Dream Anakku.. Semoga menjadi anak yang soleh.