Tak puas hati dengan diri

10:32 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Yupp.
Tak dapat nak nafikan perasaan tersebut.
Lumrah hidup manusia di mana berkeinginan untuk menjadi menarik, cantik atau yang lebih tepat lagi kesempurnaan.

Sapa tak nak kesempurnaan kan?
Semua nak.. Sebab tu la ada yang sanggup labur wang untuk pembedahan plastik..
Sanggup tahan sakit demi nak cantik..

Tu yang nak cantik, bagi yang nak kelihatan menarik pula, sanggup habiskan wang dengan membeli barangan berjenama or limited edition.
Tak kira lelaki atau wanita. Sama saja..

Menurut sumber dari Harian Metro bertarikh 26 Mei 2013:

Lumrah manusia inginkan penampilan menarik dan kecantikan rupa paras. Pasti ada walaupun sekelumit perasaan cemburu melihat rakan-rakan yang memiliki kelebihan itu, kemudian mula memandang diri sendiri yang kelihatan jauh berbeza.

Kalau ketika muda tidak menjaga penampilan, bagaimana pula apabila sudah menjengah di usia senja? Dengan keadaan kulit yang makin berkedut, gigi yang sudah banyak luruh dan rambut yang beruban, pastinya penampilan tidak lagi seperti dulu. Itu juga lumrah.

Masalah ini yang kerap membelenggu diri golongan muda tidak kira lelaki atau perempuan, sehingga ada kisah yang penulis baca, sanggup membunuh diri kerana tidak cantik dan ada juga yang sanggup melakukan pembedahan plastik untuk menukar bentuk wajah atau badan menjadi kurus. Apakah kepentingan rupa paras dan penampilan ini? 

Secara keseluruhannya, rupa paras memang daya penarik seseorang untuk memiliki apa yang mereka suka, kemudian orang di sekeliling akan mudah untuk berkawan dengan mereka yang memiliki kecantikan ini.


Memang benar secara semula jadi manusia suka kepada kecantikan dan keindahan, tidak kira berkaitan dengan apa saja, kita pasti akan memilih yang cantik berbanding yang buruk dan lusuh. Ada yang pilih buruk baru melihat yang cantik? Memang pelik kalau ada yang dalam kategori itu.


Terutama apabila ingin memilih seseorang sebagai teman hidup. Kita sendiri dapat lihat, sebelum membawa pasangan masing-masing berjumpa ibu bapa, pasti seseorang itu akan meminta pasangan untuk berpakaian sopan dan menarik kerana bimbang jika ditolak dan dikatakan tidak sepadan. 

Namun apabila sudah mempunyai rupa yang menawan bak bidadari, janganlah pula sombong dan angkuh kerana semua itu sekadar pinjaman sementara Maha Esa.

Bagaimana pula bagi mereka yang tidak secantik orang lain? Apakah mereka perlu berasa rendah diri sehingga berjauh hati?

Segelintir kelompok masyarakat sendiri memandang serong mereka yang rupa paras tidak seberapa ini. Terutama yang berbadan besar, tidak ada yang mahu menjadikan mereka pasangan hidup dan teman. Kalau melihat kulit pula, yang putih akan dipilih dulu berbanding gelap. 

Apabila berasa diri tidak cantik, mereka akan mula mengasingkan diri dari dunia luar dan ada yang memakai produk kecantikan yang melampau, sehingga tidak kisah dengan tahap keupayaan badan, sama ada boleh menerima ubat-ubatan itu atau tidak. 

Kalau seseorang isteri pula, tentulah akan berlumba untuk membeli produk kecantikan yang terbaik, demi menarik perhatian suami, bimbang andai suami lari dan jatuh cinta dengan perempuan lain.

Ramai orang mengatakan, kalau jadi suri rumah sekalipun, orang perempuan perlu memastikan diri tidak berbau bawang. Bimbang suami hilang selera dan mudah berasa jemu.

Hakikatnya, cantik itu subjektif kerana penilaian dan pandangan setiap individu berbeza-beza. Mungkin kita melihat sesuatu pakaian itu cantik, tetapi orang lain yang memandang memberi komen yang berbeza.

Graduan yang ingin mendapatkan pekerjaan juga bimbang andai tidak dapat kerja hanya kerana tidak memiliki rupa paras menawan dan berasa diri tidak berkeyakinan untuk bergaya seperti orang lain. 

Rakan sebaya juga perlulah memberikan dorongan dan motivasi kepada mereka, jangan hanya tahu nak ketawakan mereka saja! Remaja jenis ini juga lebih cepat berasa hati, sensitif dan mudah menangis. 

Kita harus percaya kepada diri walaupun tidak mempunyai kelebihan dari segi paras rupa, barangkali ada kelebihan dan kesempurnaan lain yang kita sendiri tidak nampak. 


Secara kesimpulannya, kepercayaan dan keyakinan yang memainkan peranan kerana setiap manusia mempunyai kelebihannya tersendiri. 

CH bersyukur dengan apa adanya CH hari ini.

-xoxo-

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers