Kulim - KL - Taiping with Love

Salammmmm...
Lama tak update kan? Busy sejak 2 menjak ni.. 
Tambah2 dekat ngan PRU.. kena standby. Adat keja makan gaji la kannn..

Dua minggu kena pi training kat Taiping dan keesokkannya pula training kat HQ.
Jadi from Taiping with love terus pi KL.
Angkut sekali hubby dan anak-anak. Kebetulan hubby cuti.. Anak2 ponteng tadika jawabnya..
Bukan selalu kannnn! 


Kat KL tak pi jalan mana-mana pun sebab training 2 hari penuh. Break pun just untuk lunch & solat.
So, untuk hiburkan anak-anak yang seharian di rumah abang ipar adalah dengan bawak pi jalan - jalan ke I- City. Dah banyak perubahan... Dah ada waterpark, ferrish wheel, dan macam-macam lagi.
Yang paling seronok anak-anak la. Macam-macam mainan nak di cubanya. Waterpark je tak masuk..
Tak berapa  rajin nak main ayaq malam-malam.


On the way balik Kulim pula, hubby ajak singgah Taiping.
Sebab tak penah pun bawak Aisya & Ammar ke Zoo. Bukan apa nak bagi depa kenal ngan binatang..
Lagi satu, nak tunjuk kat depa rupa B**i. Suka sangat sebut... sejak pandai mengeja BA, BI , BU... BU tu tak sebut... Ok taktik menjadi sebab B**i tak comel.. dan depa takut ngan rupa dia.
Mau tak, mummy depa tunjuk babi hutan... kiranya 'reverse psikologi'. ekekke..

Oklah ni antara gambaq binatang yang ada kat zoo taiping. Ada banyak sebenarnya ... tapi dah malas nak snap.  Letih berjalan naik keretapi zoo.. 

Yang paling CH suka kat taiping ni cuaca dia.. sejuk je. rasa cam nak bermastautin je kat sana..
hahaha.. suka suki hati CH jer nak duduk mana.. Melampau tul. Imaginasi tak hengat dunia.

Ini jer setelah sekian lama tak update.

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers