April 2013 - Cahaya Hayati

30 Apr 2013

Xtvt Penghujung April 2013 -Part 1

April 30, 2013 0
Xtvt Penghujung April 2013 -Part 1
Huh.. Serius April 2013 adalah bulan yang busy untuk quater pertama 2013.
Sapa setuju angkat tangan!

Busy ngan kerja-kerja opis. Busy ngan event. Busy ngan initiative untuk capai target.
Busy makan-makan sebab dapat duit initiative tahun lepas. Busy dengan aktiviti kelab..
Busy kan?

Bermula awal April hari tu, team management TM terlibat dengan bilik Gerakan TM untuk menghadapi PRU 13. Bilik gerakan ini beroperasi secara berjadual. CH ada lagi satu shift malam untuk bertugas di bilik gerakan ni. Tak tahu boleh berjaga malam atau tak... Dah lama tak berjaga. Paling lambat tidur pun jam 1.00 atau 2.00 pagi ja...
Harap-harap segalanya berjalan dengan lancar.

2 minggu lepas start busy dengan initiative. Meeting, briefing and action. Minggu ni pula start buat analysis initiative ini. Huh...

Dalam sibuk-sibuk pun, unit saya sempat lagi buat makan-makan sempena kejayaan mendapat permohonan autopay melebihi target ( tahun lepas nyer..). 

Pilihan di Nasi  Mandy Al- Arabi, Tesco Seberang Jaya.
Sedap.

Setakat ini saja yang dapat saya update. Part 2 akan menyusul nanti..

22 Apr 2013

Semakin Hari Semakin...

April 22, 2013 0
Semakin Hari Semakin...
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
 baik skitt hari ni.. In Shaa Allah untuk masa akan datang juga.

Saya semakin hari semakin:
1. jarang update blog. Banyak citer tetapi kekadang tu nak mulakan ayat mengambil masa yang agak lama.. macam ketandusan idea..

2. Semakin banyak kerja opis. kekadang tu tak terhandle.. bawa balik n study kat umah. Saya ambik benda ni sebagai positive... biasa ler adat keja.

3. Semakin bertambah keja di rumah... teringin nak guna khidmat maid. Tapi ( tetap ada tapi..) bila ada maid, akan hilang privasi... so, tak perlu la guna maid. Buat setakat yang terdaya... If pandai bahagikan masa .. kerja yang ada akan selesai.

4. Rasa diri ini semakin malas.. Malas nak bersenam. Badan pun dah naik lemau... tak fit langsung. Serius! Berat badan pun macam di pam-pam.hehehe.. saya tahu bila baju saya dah banyak yang tak muat... macam sarung nangka.

5. Semakin hilang privasi di hari cuti. Yang ini tak perlu la saya explain dengan panjang lebar.... Pemikiran saya tak sama ngan korang. So, jangan pikir macam- macam yer.

6. Banyak hasrat di hati yang saya nak capai.. Macam-macam dok dalam kepala ni. Tak tahu tercapai atau tak.. Semoga semua impian saya tercapai. In Shaa Allah.

7. ?

Setakat ini saja yang terluah... kan saya dah kata saya semakin hari semakin malas. Kenapa yer?
Terlalu banyak tekanan ke.. ke saya tension?
iskh... ishk... Kalau camtu, nak larikan  diri dan berehat sepuas-puasnya. Tapi, masih banyak benda yang saya nak uruskan.
Apa-apapun, kita kena redha dengan perjalanan hidup kita. In Shaa Allah semua akan selamat. Dunia dan akhirat.


note: sorry, hari ni entry tanpa gambar. kadang-kadang kata lebih bermakna dari gambar.

10 Apr 2013

Quote for today

April 10, 2013 0
Quote for today




“It's not hard to make decisions when you know what your values are.”


“You must never be fearful about what you are doing when it is right.”


9 Apr 2013

Bersedia

April 09, 2013 0
Bersedia
Salam. Hari ni entry tanpa gambaq.

Bersedia.
Bukan chek sorang ja bersedia. Rasanya semua rakyat Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi PRU - 13. Bahang kian hangat.

Chek plak 'bersedia' di bilik gerakan company untuk menerima sebarang aduan/ masalah yang berkaitan dengan company sebelum PRU -13.
Sedia berkhidmat!

Ini saja entry untuk hari ni dari bilik gerakan company yang chek kerja.
Siapa pilihan anda, undi adalah rahsia... hahaha
so, tak perlu la pong sana... pong sini.

TAPI 
Ingatlah pilihan hari ini penentu hari esok.

Okey CH sila hentikan tarian jari jemari hang sebelum taip lagi banyak.
bye.


5 Apr 2013

Superkids

April 05, 2013 0
Superkids
My supergirl & superhero. 

Wearing SUPERMAN shirt from pasar malam.

4 Apr 2013

Kulim - KL - Taiping with Love

April 04, 2013 0
Kulim - KL - Taiping with Love
Salammmmm...
Lama tak update kan? Busy sejak 2 menjak ni.. 
Tambah2 dekat ngan PRU.. kena standby. Adat keja makan gaji la kannn..

Dua minggu kena pi training kat Taiping dan keesokkannya pula training kat HQ.
Jadi from Taiping with love terus pi KL.
Angkut sekali hubby dan anak-anak. Kebetulan hubby cuti.. Anak2 ponteng tadika jawabnya..
Bukan selalu kannnn! 


Kat KL tak pi jalan mana-mana pun sebab training 2 hari penuh. Break pun just untuk lunch & solat.
So, untuk hiburkan anak-anak yang seharian di rumah abang ipar adalah dengan bawak pi jalan - jalan ke I- City. Dah banyak perubahan... Dah ada waterpark, ferrish wheel, dan macam-macam lagi.
Yang paling seronok anak-anak la. Macam-macam mainan nak di cubanya. Waterpark je tak masuk..
Tak berapa  rajin nak main ayaq malam-malam.


On the way balik Kulim pula, hubby ajak singgah Taiping.
Sebab tak penah pun bawak Aisya & Ammar ke Zoo. Bukan apa nak bagi depa kenal ngan binatang..
Lagi satu, nak tunjuk kat depa rupa B**i. Suka sangat sebut... sejak pandai mengeja BA, BI , BU... BU tu tak sebut... Ok taktik menjadi sebab B**i tak comel.. dan depa takut ngan rupa dia.
Mau tak, mummy depa tunjuk babi hutan... kiranya 'reverse psikologi'. ekekke..

Oklah ni antara gambaq binatang yang ada kat zoo taiping. Ada banyak sebenarnya ... tapi dah malas nak snap.  Letih berjalan naik keretapi zoo.. 

Yang paling CH suka kat taiping ni cuaca dia.. sejuk je. rasa cam nak bermastautin je kat sana..
hahaha.. suka suki hati CH jer nak duduk mana.. Melampau tul. Imaginasi tak hengat dunia.

Ini jer setelah sekian lama tak update.