March 2013 - Cahaya Hayati

13 Mar 2013

Baskin Robbin

March 13, 2013 0
Baskin Robbin
Nyumm.. Nyummm!
Serius sedappp. Dah lama tak pekena Aiskrim BR.

posing la anak-anak ooi!

One scoop sudah.. nanti tak abih.
Thanks to Mr. Hubby sebab belanja.

Opps! Buat pengetahuan kawan-kawan, BR sekarang tengah buat promosi: Wednesday is Pink Day.
Dapatkan maklumat promosi BR di SINI.

Busy

March 13, 2013 0
Busy
Salam. Lama gila tak update. 
Terima kasih kepada sesapa yang jengah blog CH ni.
Bukan takmo update tapi busy dengan tanggungjawab sebagi isteri, ibu dan pekerja... # alasan semata-mata.
Betul! CH bercakap benar.

Hari minggu (ahad), pagi2 kejutkan anak2 pergi tadika (bukan sekali tapi berkali-kali) tapi tak bangun2 jugak. Selalunya Aisha & Ammar senang ja bangun... Tak penah jadi lagi sepanjang tempoh tadika.
Disebabkan tak bangun, maka budak berdua tu ponteng tadika. Time tadika ni, aku tak strict sangat ngan anak-anak. Setakat ni alhamdulillah... walaupun asyik ponteng tapi pembelajaran mereka memberansangkan.

Aisya dah boleh membaca ayat-ayat dua suku kata. Dah boleh hafal doa ifftitah, tahiyat, doa shifa, bacaan ketika rukuk dan sujud, bacaan antara 2 sujud dan doa duha. Syukur sangat-sangat... Sebab CH tau, kalau CH yang ajar bukan dia nak ikut sangat.

Ammar pula masih main-main. Dah pandai tulis dan kenal huruf.
Yang lain-lain cikgu tak tekan sangat lagi kat dia sebab cikgu nak bagi dia ada minat belajar dulu.

Okey, berbalik kepada cerita busy... Lepas tu (rutin setiap minggu ni), pi market kulim pula. 
Stok untuk seminggu.

Lepas pi market, balik rumah dan siang-siang + cuci stok seminggu tu.

Dah selesai semua, Bagi mandi anak2 pula sebab nak bawa mak mertua pi klinik pakar kulit iaitu Klinik Arun @Kulim Town. Sampai kat klinik tu, hehehe ramai gila. Tak sanggup nak tunggu kat situ ngan budak berdua ni # tak reti dok diam.

Mak mertua cakap tak perlu tunggu dia. Dah habih nanti dia tepon. Memahami sungguh... Mak Mertua sapa la ni . :)

Lepas hantar MIL, bawa Aisya dan Ammar ke Sasa Salon @ Taman Keranji.
Salon ni best sebab dia mengikut kehendak pelanggan. Tunjuk je gambar rambut camna.. nanti dia gunting ikut gambar tu.

Potong rambut Aisya dulu. Tengah-tengah Amoi tu dok potong, MIL tepon bagitau dia dah selesai.
Minta tunggu jap. Abih potong rambut Aisya, pi ambik MIL dan patah balik ke salon.
MIL tumpang sekaki potong rambut.hehehe.
Kakak gunting dulu... Ammar si penyibuk.
 Lepas potong rambut 3 generasi , pi cari makan pula. Balik umah dalam kol 3.30 camtu la..
Rehat sat sebab ingat lepas asar nak start keja iron baju yang menimbun tu..
Dok diam-diam sebab nak rambut cantik.
Dalam kol 4.30 camtu tiba2 Ammar bagitau yang dia nak berry. Ok, uruskan dia dulu..
Dah duduk kat atas toilet bowl tu tetiba dia jerit cakap ' mummy burung (anu) adik bukak mulut dia. Sakit.. Sakit!'.

Cek takdak apa-apa pun tapi dia dah nangis tak berenti dah. Terus pakaikan seluar dan bersiap apa yang patut. Teringat plak klinik panel yang terdekat tutup... Maka pergi klinik panel husband. Serius kelam kabut .

Nasib baik la klinik tak ramai orang.
Doktor bagitau dia punya anu melecer/melecur sebab banyak berjalan/bermain.
Nasib tak dak apa - apa. Kalau tak kena sunat la...

Malam pula, sambung iron baju bajan yang tergendala petang tadi.
busy kan... busy kan?