February 2013 - Cahaya Hayati

23 Feb 2013

Weekend Face

February 23, 2013 0
Weekend Face
Happy weekend.
Have a lot things to do with my girl & boy.

Semalam dah planning apa nak buat hari ni.. siap minta izin ngan Mr. Hubby sebab nak window shopping kat shopping complex yang dekat dengan rumah.
Dah lama tak bawa kids jalan-jalan  kalau hubby takde. 
Sebab budak-budak ni suka ikut kaki sendiri.. tak terkawal & takut kena kidnap.
hehehe.. over. 
my girl & boy..
Pagi2 lagi adik dah ajak pi kedai buku.. tapi takmo mandi. Busuk punya budak.
no.. no.. no... go & take your bath first ..

Happy face but kakak still malu2..
 Kakak memang menyenangkan. Berdikari. Tak perlu di suruh sebab dia dah tahu apa yang perlu buat..
baju apa yang dia nak pakai.. bila nak makan.. Agaknya sebab dia dah ada adik masa umur setahun lebih...
but agak manja.

Naughty face... kakak don't know how to act..
Semoga weekend ni menjadi weekend yang di ingati.

Selamat Hari Minggu Semua.


19 Feb 2013

Sian anak-anakku

February 19, 2013 0
Sian anak-anakku
Semalam masa ambik anak- anak kat tadika, badan depa dah suam-suam.
Sampai rumah terus bagi ubat . Tak sangka pula nak melarat sehingga hari ni...  Sebab selepas makan ubat semalam depa dah sihat dan melompat-lompat.

Pagi tadi sebelum siap-siap nak pi kerja, rasa badan depa dulu... Aduh! panasnya. 
terus buat keputusan ambik urgent leave. Anak2 lagi penting dari kerja. Ya CH akui yang kerja yang bagi CH berada di tahap sekarang tapi anak2 adalah saham dunia & akhirat.
Tak dapat di nilai.

Call hubby & inform dia nak bawa anak2 pi klinik. Then, he said tunggu dia balik.
Bila hubby sampai terus pi klinik. Terima kasih abang sebab menjadi daddy yang prihatin dan bertanggungjawab. We love u so muchhh.

Doktor inform demam anak2 agak kuat. Aisya 38.8C dan Ammar 39C. Anak2 dah biasa ngan doktor ni.. so, doktor siap pesan ngan anak2 supaya jangan melompat-lompat (main-main) sangat... Sebab budak-budak kalau demam or sakit still nak main-main.

Petang ni pun masih belum kebah. Makan pun tak mau.
Risaunya... Harap2 my double A cepat baik dan sihat.
In Sha Allah.

Selamat Hari Ulang Tahun ke- 6

February 19, 2013 0
Selamat Hari Ulang Tahun ke- 6
11 februari yang lepas adalah ulang tahun perkahwinan kami yang ke -6.
Tak sangka dah 6 tahun... jap ja masa berlalu. Tak terasa....

Masih teringat lagi masa kawan CH (bestfriend hubby) nak match kan CH ngan Hubby.. bila teringat balik rasa kelakar... 
Cara hubby nak ngorat... datang kat tempat CH kerja ( masa tu kerja kat 7eleven). Buat2 tanya mana kawan dia... kawan dia plak buat2 pi call aweks dia guna public phone. Kelakarkan....

Kata orang kalau dah jodoh tu... segala urusan di permudahkan. Yang penting restu mak bapak.

masa muda2 dulu...  
Sempena  anniversary yang ke - 6 ini, my hubby nak buat surprise. Plan nak celebrate kat tempat yang luxury & romantic tapi masa dan situasi yang tidak mengizinkan.

Me & hubby just celebrate dengan romantic dinner di tepi pantai ... makan ikan bakar, sotong goreng tepung dan tomyam campur. Menu biasa tetapi masa berdua ngan hubby yang paling penting.. Bercerita dan meluahkan perasaan seperti masa cintan cintun ... Bercakap tentang impian dan harapan...  Boleh gediks2 skitt  sebab tak dak our Lilo & Stich... amboi gatainya hangpa...!hahhaha

Opps! Lupa nak bagitau yang our Lilo & Stich di tinggalkan dengan mak mertua. Petang tu dah bawa depa pi jalan2 & shopping.. yang akhirnya tidur lepas maghrib. Maknanya depa bagi chance kat mummy & daddy (macam tau2 jer kan...)

A happy family.

Walaupun biasa tapi berkualiti. Tak terasa dah jadi mummy and daddy... dan kami balik rumah pukul 1.00 pagi ( kalau time anak dara dulu, kompem kena berleter). Walaupun sambut anniversary berdua saja setiap tahun tapi ia memang terbaik. Semoga ianya menjadi tradisi kami..

14 Feb 2013

Adik nak sunat!

February 14, 2013 0
Adik nak sunat!
Ammar asyik request nak sunat.
Kecik lagi kott..  Terpengaruh ngan upin ipin la ni.

Berapa umur yang paling sesuai untuk sunatkan anak?
Kalau tanya mak & mak mertua.. depa kata tunggu anak sekolah dulu.

Rasanya hujung tahun ni CH sunatkan budak ni.
hahaha... bagi dia rasa sbb asyik minta nak sunat.

'mummy adik nak sunat'

Pakai kain pelekat sebab nak sunat...

8 Feb 2013

Aisya turn to 5

February 08, 2013 0
Aisya turn to 5
Takmo cerita panjang.
Just nak bagitau .. Aisya dah 5 tahun pada 23 Jan hari tuuuuu.
Dah besaq anak CH...
Birthday girl...
Semoga kakak menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.
Amin.
Mummy, daddy, adik dan semua sayang kakak sangat2.
Love u.