Double A - Cahaya Hayati

28 Jan 2013

Double A

Salam semua.
Seminggu tak update blog.. serius rinduuuu.
Ada banyak benda nak update kat blog ni .. tapi busy nyer pasal terpaksa lah tangguh dulu.

Semangat nak belajar...

so, kita mulakan dengan cerita double A.
Double A dah start tadika. 
Alhamdulillah sehingga hari ni double A masih bersemangat nak ke tadika...  happy jer.
Kalau hantar kat tadika pagi2, macam tak sabar nak masuk. sampai tak terlupa nak salam mummy or daddy. 

Hari pertama tadika, dua2 tak menangis.. Cuma Ammar yang macam nak nangis (sebek)sebab ada budak menangis tak berenti.. Nasib baik ada kakak Aisya yang tolong pujuk..
Takdak sesi tunggu menunggu... CH terus balik bila anak2 dah start masuk kelas.

Cikgu2 pun baik... belum ada komplen dari anak2. 

Baju sukan tadika..

 Kalau bab bangun pagi, Aisya yang paling senang kejutkan. Ammar pula, banyak akal dan ambil masa nak bangun. Kalau dah bangun dia akan masuk bilik 1 lagi dan sambung tidur.. gerak lagi, dia bangun pi hall pula.. sedangkan kakak Aisya dah siap pakai tudung.. 

Kadang2 tu ambil masa 30 minit nak suruh mandi jer.
Bila dah masuk bilik air dia main air pula... Adushhh! Memang boleh hilang sabar.
Jadi, pagi2 memang riuh 1 rumah nak suruh mandi. Malu ngan jiran tepi dan belakang...
hehehe. Sapa yang jadi jiran CH, sila abaikan suara2 yang berkumandang di pagi hari...

Double A..

Just nak share lagu yang double A selalu nyanyi bila balik sekolah..

Abu ada ayam.. A,A,A
Itik ikut ibu... I,I,I
Ular usik ulat... U,U,U
Fifi naik Feri... Fe, Fe, Fe

Ada banyak lagi tapi mummy depa ni yang tak ingat... 

Berkenaan pelajaran pula, kaedah mengeja bukan seperti zaman aku.. lebih kepada kaedah menyebut bunyi ( macam iqra tu). nasib baik pengetua tadika ni dah briefing masa pendaftaran.. kalau tak confirm CH akan ingat anak2 CH tak boleh membaca or mengeja. Zaman dah berubah...

Ini jer cerita tentang double A.

No comments:

Post a Comment