Model Dora The Explorer

11:48 PG Cahaya Hayati 0 Comments

model ke? hahahha... Saja ja layan Aisya tayang kasut Dora dia.
Peminat Dora dan segala princess keluaran Disney serta Hello Kitty.

Kadang2 je layan. Takmau dia menjadi terlalu fantasi wanna be princess.
Girl kids selalu macam ni ke?  

Kasut Dora ni aku beli kat Sogo. Sayang kecil skit dari saiz kaki dia. Ketat.
Aisya asyik komplen mummy beli saiz 4 tahun, Kakak dah 5 tahun...
Hehehe.. Nanti mummy gantikan dengan yang baru.


So, kasut Dora ni will be let go ... Anyone interested?
sila angkat tangan!

Opps sorry yer. Dah plan nak bagi cousin Aisya. Peace!

So, pengajaran kepada CH... lenkali kalau nak beli kasut anak2 kena bawak dan ukur kat kedai kasut tu.
kalau tak memang jadi macam ni la. Kenapa? Kaki anak2 CH semua panjang plus lebar. Susah nak cari kasut yang sesuai. 
Kadang tu tension sampai rasa cam nak tempah ja. Tak sabar betul mummy korang ni.
kui kui.


0 comments:

Double A

2:04 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Salam semua.
Seminggu tak update blog.. serius rinduuuu.
Ada banyak benda nak update kat blog ni .. tapi busy nyer pasal terpaksa lah tangguh dulu.

Semangat nak belajar...

so, kita mulakan dengan cerita double A.
Double A dah start tadika. 
Alhamdulillah sehingga hari ni double A masih bersemangat nak ke tadika...  happy jer.
Kalau hantar kat tadika pagi2, macam tak sabar nak masuk. sampai tak terlupa nak salam mummy or daddy. 

Hari pertama tadika, dua2 tak menangis.. Cuma Ammar yang macam nak nangis (sebek)sebab ada budak menangis tak berenti.. Nasib baik ada kakak Aisya yang tolong pujuk..
Takdak sesi tunggu menunggu... CH terus balik bila anak2 dah start masuk kelas.

Cikgu2 pun baik... belum ada komplen dari anak2. 

Baju sukan tadika..

 Kalau bab bangun pagi, Aisya yang paling senang kejutkan. Ammar pula, banyak akal dan ambil masa nak bangun. Kalau dah bangun dia akan masuk bilik 1 lagi dan sambung tidur.. gerak lagi, dia bangun pi hall pula.. sedangkan kakak Aisya dah siap pakai tudung.. 

Kadang2 tu ambil masa 30 minit nak suruh mandi jer.
Bila dah masuk bilik air dia main air pula... Adushhh! Memang boleh hilang sabar.
Jadi, pagi2 memang riuh 1 rumah nak suruh mandi. Malu ngan jiran tepi dan belakang...
hehehe. Sapa yang jadi jiran CH, sila abaikan suara2 yang berkumandang di pagi hari...

Double A..

Just nak share lagu yang double A selalu nyanyi bila balik sekolah..

Abu ada ayam.. A,A,A
Itik ikut ibu... I,I,I
Ular usik ulat... U,U,U
Fifi naik Feri... Fe, Fe, Fe

Ada banyak lagi tapi mummy depa ni yang tak ingat... 

Berkenaan pelajaran pula, kaedah mengeja bukan seperti zaman aku.. lebih kepada kaedah menyebut bunyi ( macam iqra tu). nasib baik pengetua tadika ni dah briefing masa pendaftaran.. kalau tak confirm CH akan ingat anak2 CH tak boleh membaca or mengeja. Zaman dah berubah...

Ini jer cerita tentang double A.

0 comments:

Tiba-tiba jer..

12:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Tiba-tiba jer ada perasan macam ni..
Perasaan apa? 
Perasaan sedih, malas, kesian dan rindu..
Tiba-tiba jer rasa macam nak jadik fulltime housewife..
Tiba-tiba jer rasa kan?

CH sedih sebab terpaksa tinggaikan hubby ngan anak2. 
Lama tau ( 5 hari jer ! over la CH ni...)

CH kesian kat anak-anak. Sejak depa start tadika ni la first time nak tinggalkan depa.
huhuu..

-
-
-

Tak sabarrrr nak balik.
Rindu my kids..
Rindu my bed & bantal buchuk..
Rindu nak masak macam2 menu...
Rindu nak marah kids yang suka sepahkan mainan dan mandi lama-lama (main air)...
Rindu nak dengar Mr. Hubby baca hadith sambil baring kat riba Mr. Hubby..
Rindu itu... Rindu ini... Macam2 rindu. :(

Kalaulah ada poket doraemon, CH nak keluarkan jam masa..
Cepatkan ke tarikh 23hb. 
Aci (boleh )tak?

0 comments:

Laksa Penang

3:09 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Menu hari minggu dan juga permintaan dari hubby.
Tak puas makan kat luar katanya. Yelah, kalau kat kedai tak berasa ikannya.
Macam takdak ikan jer. Adat orang meniaga la kannnn..

laksa penang sedap

Nak ke? Nah resepi..

Resepi Laksa Penang

Bahan2 :

2 kilo laksa basah/segera (boleh di dapati di Giant or pasar) or laksa kering ( kena rebus dulu). Kalau kat kulim
boleh dapatkan di market Kulim stall sayur yang bertentangan Pak Haji yang jual santan.
Ikan Sardin - 1 kilo
Ikan tongkol - 1 ekor ( menambah isi ikan dalam kuah laksa)
Salad - 1 pokok
Bunga Kantan - 4 kuntum ( 2 di masukkan dalam kuah laksa, 2 lagi di hiris halus untuk hiasan.
Daun kesum - 1 ikat
Daun selom - 1 ikat
Timun - 2 biji
Bawang besar- 2 biji
Belacan - 2 cm
Otak udang (prawn paste) - 1 sudu besar.
Serai - 4 batang.
Cili - 6 sudu besar ( ikut citarasa)
Garam - secukup rasa.
Asam keping - secukup rasa.
Cili Besar - untuk hiasan

Caranya :
1. Rebuskan ikan sardin & ikan tongkol bersama garam dan asam keping (asam gelugor).
2. Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan CH tumbuk ngan alu lesung batu. pelan2 jer. Tulang ikan lak, di blend sehingga halus dan di ambil air yang ditapis.
3. Masukkan isi ikan + air tulang ikan ke dalam periuk sederhana besar. Tambahkan air dalam 3 or 4 liter (ikut kesesuaian).
4. Masukkan cili, garam, asam keping, serai, belacan, prawn paste, daun kesom dan bunga kantan ke dalam periuk.
4. Masak sehingga mendidih dan biarkan kuah menjadi pekat sedikit. Rasa kuah tersebut... kalau ada bahan yag tidak cukup boleh di tambah sikit demi sikit sehingga kuah menjadi perfect.
5. Laksa di celur dengan air panas.
6. Potong halus timun, salad, daun selom, bawang besar, cili dan bunga kantan.

Selamat mencuba.

0 comments:

Jeles punya pasal

2:11 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Kenyang! Ada apa kaitan kenyang ngan tajuk ..

Sebab semalam ada kawan2 opis jeles ngan department sebelah.
Hari ni kami kenyang dengan macam2 menu.

Lauk yang dah tinggai setengah...
Jeles untuk kebaikan. Merapatkan ukhwah.
Terima kasih kepada yang memasak dan membawa.
serius sedapppp.

Lain kali buat lagi  tapi jangan selalu yer. Kalau selalu karang kena sound plak.
HAHHAHA

0 comments:

Pengumuman!

2:06 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Salam. 
Mesti ramai tercari-cari blog CH (ader ke?). Sorry yer..
CH tukar address blog dari yatizul ke latitude292.
Kenapa tukar?
Tetiba rasa nak  brand kan blog CH. Dah lama tercari-cari nama yang sesuai.. So, baru jumpa..

Kenapa latitude? Penerangan adalah seperti di bawah yer.. Malas nak translate :)

When looking at a map, latitude lines run horizontally. Latitude lines are also known as parallels since they are parallel and are an equal distant from each other. Each degree of latitude is approximately 69 miles (111 km) apart; there is a variation due to the fact that the earth is not a perfect sphere but an oblate ellipsoid (slightly egg-shaped). To remember latitude, imagine them as the horizontal rungs of a ladder ("ladder-tude"). Degrees latitude are numbered from 0° to 90° north and south. Zero degrees is the equator, the imaginary line which divides our planet into the northern and southern hemispheres. 90° north is the North Pole and 90° south is the South Pole


So bagi CH latitude 292 adalah nama tempat untuk CH menulis, bercerita, memberi pendapat dan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Blog CH suka hati CH la kannnnn.......

Harap kawan2 juga suka address baru ni.
Kalau suka follow la blog ni.

:) 

0 comments:

Ingatkan malaysia jer...

10:52 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Serius tak sangka.
Ingatkan readers blog CH dari Malaysia jer..
Ye lah entry dalam bahasa melayu ( yang serba serbi kurang ni :(  )

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada pembaca blog ini.

Semakin bersemangat untuk berbelog.
HHAHAHA..

Who are you?
Kepada my readers sila-silalah click button 'follow' yang terdapat dalam blog CH tu...
Bukan apa untuk CH tau sapa readers CH & Maybe akan jadi reader CH yang bertuah ..
Maybe CH akan review blog reader...
Maybe... maybe...

Yang pasti semua positive.
hahhaha...

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers