Selesakah kita? - Cahaya Hayati

26 Dec 2012

Selesakah kita?

Semalam Sembang-sembang ngan En. Hubby.
Takde apa yang di sembangkan sangat. Just isu semasa..

En. Hubby voice out tentang sikap dan peranan orang islam di Malaysia berbanding dengan orang islam di negara luar. Pendapat En. Hubby, kalau kat luar negara... orang islam berlumba-lumba untuk menimba ilmu agama.. mempertahankan kesucian agama.. mengamalkan sepenuhnya perkara wajib dan meninggalkan perkara yang di larang.
Selain dari itu, mereka juga menyebarkan fahaman islam kepada semua ( something like Usrah).
HEBATKAN?

Tetapi di Malaysia, kita masih selesa dengan apa yang kita ada. Kita tak berusaha untuk sebarkan Islam. Kita tak mencontohi dan mengambil semangat orang islam di luar negara terutamanya negara-negara maju. Mereka mengambil kesempatan dengan perkembangan teknologi untu sebarkan islam.

Kita sebaliknya;
Menjatuhkan saudara sesama islam. Kita pandang remeh tentang isu sesuatu perkara. Kita tidak membantu... sebaliknya kita mengutuk, mengeji dan melemparkan kata-kata negative. Kita juga sering menunding jari kepada pesalah atau penyebab sesuatu perkara.

Sepatutnya kita membantu, memahami dan mengkaji serta hasilkan  ideas untuk menyelesaikan sesuatu isu.
In Shaa Allah umat islam akan kuat.

Allahu Akbar!

Note: Terima kasih En. Hubby kerana ingatkan diri ini supaya tidak terlalai, tidak tersimpang dari landasan dan juga supaya diri ini berusaha untuk tambahkan ilmu dan meningkatkan amal.
Amin!

No comments:

Post a Comment