Mencari Ariba-Ariba - Cahaya Hayati

15 Dis 2012

Mencari Ariba-Ariba

Hari ni buat 5s kat rumah.. Ngan misi mencari Ariba-ariba aka CikTikus.
Dah seminggu dok dengar dia gerit (gigit) barang atas almari. 
Dah la banyak barang baby kat ataih tu..

Hehehe... tak sempat nak tangkap Arina tu,... dia lari keluar laju sangat.
Tak sempat nak pukul ngan penyapu. Tahu pun takuttttt.
Harap2 dia tak masuk dah dalam rumah.
Suhhh... Suhhh.. pi main jauh2.

So, malam ni CH nak jadi iron woman sebab nak iron baju kerja, baju jejalan, baju kenduri yang menimbun dalam 3 bakul tu.
Hasil kerja Aisya & Ammar..

Tapi...
Semangat nak iron baju hilang bila tengok bilik sepah balik...
Ni yang CH nak jadi HULK  ni.

Huhu..... korang tak sian kat mummy ker?
Kan mummy dah explain yang umah kena sentiasa bersih & kemas.
or ...
Adakah aku yang terlalu ingin menjadi perfect?

Kiraan sehingga 1-8 dan tarik nafas dan tenangkan diri. Tanamkan sifat positive dalam diri.
'biarlah rumah berselerak janji anak2 berasa rumah ini syurga mereka'

Sampai sini saja celoteh hari ni. Nak pi iron baju sementara mood rajin masih ada.
tatatta.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan