Mari memasak bubur Asyura - Cahaya Hayati

7 Dis 2012

Mari memasak bubur Asyura

Dok state memang banyak xtvt..
kekadang tu tak larat nak join... kalau join banyak keja yang pending..
huhu... yang mana rasa boleh join akak join ler... yang mana tak join tu tandanya akak tengah busy giler ( ni baru pas meeting ngan GM. Panjang tul dia punya mission and action... )

sesi posing mosing ...
 Ni cerita semalam... ni aktiviti kelab & zone.
Pertandingan memasak bubur Asyura. Antara xtvt wajib setiap tahun. 
serius seronok.. sebab kat sini la tercipta bubur lambuk lain dari yang lain...  ada yang tambah milo, collagen,  halia, rempah.. 
breakfast dulu... 
Yang pasti setiap zone akan ada kelebihan tersendiri. Resepi kumpulan akak adalah ' Asyura Butterscotch Dessert'. Canggih tak? 
Antara bahan2 bubur Asyura...
 Yang sebenarnya akak tak penah masak pun bubur asyura ni... kat kampung dulu2 mak ngan makcik2 kat kampung jer... akak makan jer tau.. semalam tu la first time akak tengok step by step orang masak bubur asyura. Bila lagi nak belajar kan? 

Masak santan, tepung ngan gula dulu..
Masa yang di ambil untuk masak bubur asyura ni pun lama.. dua jam setengah atau lama lagi,, terpulang kepada bahan yang di masukkan dan kepekatan bubur tersebut.

Tukang kacau...
 Memasak bubur ni hendakllah di kacau tanpa henti untuk memastikan tepung dan santan betul2 masak . nasib baikla ramai peserta lelaki yang gagah perkasa dalam zone akak.. Selamat semua peserta wanita yang ayuuu.. hahaha

Dah nak masak... 
Selepas dah masak, xtvt hias menghias lak..
Kalau tak menang tak tau lah... dah habih kreatif dah ni.

Untuk para juri..

boleh join master chef tak next year?
Wakil Zon 3
Keputusan dah di umum..  nombor berapa?
hehehe.. malu nak cakap. No. 5.... 
Kalah pun dapat hadiah gak... tak kesah pun. Janji enjoy!

Akak buat keja kan? bukti ni...
Last sekali, nak selit gak gambar akak yang semakin memboolattt ni.
Tension... asyik lapar je. camna nak kuruih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan