Bihun Goreng 'Sempoi' - Cahaya Hayati

1 Nov 2012

Bihun Goreng 'Sempoi'

Menu semalam... Bihun goreng singapore my style.

Jemput makan...
Bahan2:
1/2 peket bihun ( untuk 4/5 orang makan)
Sawi  1 pokok besar
carrot 1/2 batang ( di potong panjang kecil)
isi ayam (dada - yang hubby & anak2 tak suka makan)
Ayamas chicken ball (10 biji)
Lada hitam 1 sudu besar (serbuk)
garam secukup rasa
1 ketui chicken stock
1 sudu cuka makan
2 sudu besar sos tiram
1 ulas  bawang besar- di hiris
3 ulas bawang putih - di hiris
2 biji telur - di goreng dadar untuk hiasan
Air - 1 cawan 

Cara-cara aku masak bihun singapore :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga masak. Selepas itu masukkan chicken ball. goreng sekejap.
3. Masukkan air, carrot, batang sawi, lada hitam, sos tiram, chicken stock, cuka dan garam. Tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan bihun dan gaul sehingga rata. selepas itu masukkan sawi (daun). Tunggu sehingga bihun masak .5. Angkat dan hiaskan dengan telur, bawang goreng, daun bawang dan cili besar.


Bihun aku tak cukup  bahan hiasan kerana aku masak apa yang ada kat rumah. Hujan2 ni malas nak pi kedai beli satu dua benda yang tak cukup.

1 comment:

  1. Suka..memang sempoi.. nampak tempting.. tambah lagi kopok keping teganu , lagi sedapp

    ReplyDelete