Resepi Steamboat - Cahaya Hayati

11 Mei 2015

Resepi Steamboat

Mood monday blues.. 
ni sebab semalam kena kerja... badan tak cukup rehat.. letih! 
Adooyai..sampai bila nak macam ni? 
Aku impikan untuk menjadi fullhousewife yang ada income setiap bulan.. Macam duit turun dari langit giteww.. Hahha. Mimpilah sangat kan.
 Tak tau nak cerita apa.. just nak kongsi resepi steamboat. Rasanya ramai yang suka makan steambot kan... 
Cost untuk streamboat agak mahal ... bagi yang makan bedua memang berbaloi. Camna lak dengan famili yang ada ramai ahli keluarganya. Tak merasa la nak makan steamboat....

Steamboat ni menu dinner hari jumaat hari tu. Makan time hujan2 atau cuaca sejuk memang mengancam..

sup steamboat
sedia di makan..
 Bahan2 untuk sup steamboat:
1. 2 inci halia
2. seketul gula batu (ikut selera korang)
3. 2 inci halia ( di ketuk)
4. 1 sudu teh serbuk lada hitam
5. garam (secukup rasa)
6. air ( 1.5 liter)
7. Bawang putih (untuk tumis)

resepi sup steamboat
steamboat aku...
Bahan2 utama untuk mengenyangkan perut:
1. mee/ bihun/koay teow (tepuk perut tanya selera)
2. Pick & mix ( cap tesco/giant - sukati korang)
3. Sayur Mayur ( ikut selera korang)

Sos cili kicap (blend semua sekali):
20 biji cili padi
4 biji bawang putih
5 sudu besar kicap
1 sudu besar cuka
garam (secukup rasa)

Sos Cicah ( blend semua sekali gak):
2 biji Cili padi
5 biji cili besar
4 biji bawang putih
sedikit gula/madu
sedikit garam


Untuk dua sos di atas, setelah blend semua bahan di atas,masak sekejap sehingga mendidih (ini adalah untuk mengelak perut sakit bagi sesapa yang tak tahan makan cili)

selamat mencuba !

2 ulasan:

  1. ada alat steamboat electronic tu senang..utk penggemar steamboat

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni pun elektrik saja.. cuma takdak yang grill saja.

      Padam