High Taste.. - Cahaya Hayati

9 Okt 2012

High Taste..

Dah banyak hari tak update... Busy ngan internal audit... banyak benda nak kena tengok... buat... print... hafal... hehe last minute nyer pasal.

so, hari ni update citer weekend hari tu... Anak dara aku dah pandai demand... high taste lak tu... anak2 zaman la kot? Bukan aku orang ja yang alami.. jiran2 yang ada anak sebaya aku pun sama...  Oppps! dah melalut...

so, weekend hari tu merupakan hari malas aku... malas masak. Yang sebenar nak bawa anak2 jejalan. kesian kat depa.. asyik terperap kat rumah ja.. layan TV, main beskal... mandi kolam kecik... tgk tv balik. benda yang sama berulang setiap hari.

Brunch (breakfast & lunch) @ Tepian Permai Permatang Nibong. Customer ramai cam selalu. Rega pun maintain. Singgah Tesco jap....

malam lak, Anak dara ni start buat permintaan....

Aisya: Mummy, Daddy nak makan kat restoran.
Daddy: Ok. tapi kat restoran kecik la (warung).
Aisya: Takmau. Nak makan kat restoran besar...
Daddy: Ok... (dalam hati nak pi makan kat warung area pekan kulim ja)

Kami pun gerak ke foodcourt depan Exchange TM kulim. Sampai ja kat sana... Kakak tak nak makan kat sini.. kakak nak makan kat restoran besar... plus dah start buat perangai.

Hubby tak jadi parking... gerak ke restoran thai yang agak femes kat Kulim @ Nurha's. Kat sini baru dia kata ok... Hisk budak ni.. mummy piat telinga kang! kecik2 dah pandai demand.

Budak ni dah pandai demand..
Makan pun dah pandai demand. nak chicken chop ja... ayaq laici. 

Dia sorang ja makan western... her favorite Chicken Chop.. 
makan ngan penuh perasaan. Tak offer skitt kat adik dia... bertuah betui budak ni... 

Hari-hari nak makan kat restoran besar................ 
tengah2 dok makan tu siap boleh request nak makan kat sini hari-hari. hehehe... sambing jeling kat daddy dia. Daddy dah antara nak senyum ngan tak senyum... pastu geleng2 kepala... paham2 sendiri dah la kakak ooi.. maknanya tuh weekend ja makan kat luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan