October 2012 - Cahaya Hayati

25 Oct 2012

Dah abih...!

October 25, 2012 0
Dah abih...!
Sat ja masa berlalu... Dah abih tempoh praktikal. 
Terima kasih di ucapkan kepada mereka kerana banyak membantu ...
Semoga kita berjumpa lagi di lain kali.

Kepada Zatie, Ieka & Shima...
Semoga semua berjaya dunia dan akhirat!

yang di raikan....
P/s: yang tudung pink tu bukan praktikal...

Macam-macam

October 25, 2012 0
Macam-macam
 Semalam pi makan satay kat Mutiara Satay @ Kulim...
Anak perempuan dah buat muka tak puas hati sebab tak belikan bag yang dia nak... Bukan tak nak belikan untuk dia sbb dia dah ada ...
Perasaan merajuk tu dia bawa sampai ke tempat makan...


Tersilap set mood video... sebenarnya nak tangkap gambar dia tengah merajuk... serius aku nak tergelak... kecik2 dah pandai merajuk... 

otomen..
Ni plak  adiknya... tak abih2 ngan ultraman. style bergambar pun style ultraman... hehehe. Pi mana-mana pun siap di angkut ultraman / gadget ultraman (macam kat tangan dia tuu...). kalau kat umah lak, siap tidur ngan ultraman lagi... Hari2 buka Ceria tengok ultraman..


Daddy nyer...
Daddy plak asyik dok gelak tengok perangai anak2... Daddy kata kakak merajuk cam mummy.. oit mummy plak? hehehe
Kena akui gak... anak mummy kan!

19 Oct 2012

Penipu Besaqqq..

October 19, 2012 0
Penipu Besaqqq..
Tajuk cam tengah geram ja... hehehe
Memang tengah geram kat penipu yang hantar email ni.
Dalam kerajaan dok banteras, bagi peringatan dengan pelbagai kempen, ada lagi penipuan cam ni.
Cara senang bagi orang yang malas keja tapi nak senang dan nak kaya cepat.
oppps.. entah-entah sendikit nak tawarkan  jawatan 'keldai dadah'. 
Nauzubillah minta di jauhkan..
aku kongsikan memo/ notis yang agak canggih untuk menipu (konon-kononnya ada letterhead).

Hati- hati ngan notis camni...
Kalau di perhatikan betul-betul, company address beralamat di UK tetapi agent di South Afrika...
 Nampak sangat menipu.
Pastu yang buat aku nak tergelak lagi... pemenang boleh claim hadiah dalam masa setahun.. Mana ada lucky draw boleh claim hadiah dalam masa setahun.. selalunya dalam masa sebulan ja.
Taktik supaya orang yang tertipu dapat kumpul dan bagi duit duti kepada penipu ni ..
fikir-fikirlah sebelum kena tipuuuuuuuuuuu.

18 Oct 2012

Baru tapi nampak lama..

October 18, 2012 0
Baru tapi nampak lama..
Sejak dua menjak pandai guna photoscape nie, boleh katakan semua entry aku ada gambar... hihihi
Dah pandai edit meng'edit' gambar la katakan. Macam2 baleh buat. Contohnya cam gambar kat bawah ni...
gambaq baru...

V
V
V
V
V

dah lama sangat dok dalam album...
Menarikkan? Kalau nak cuba-cuba ngan photoscape ni download dari link ni http://www.filehorse.com/download-photoscape/5002/

selamat mencuba!

17 Oct 2012

yang baik..

October 17, 2012 0
yang baik..

Ammar dah 3 tahun..

October 17, 2012 2
Ammar dah 3 tahun..
 Semalam besday Ammar.
Ammar dah 3 tahun.. makin pandai cakap (cakap tak berenti)... dah banyak kelaku... but manja. 
Nak di panggil baby... tak nak panggil abang. hehe..
Tapi dok request nak adik boy. Camne tue?

Semoga Ammar menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat... 
Daddy & Ammar berkongsi bulan Besday ( october)..
 Ammar & Hubby berkongsi bulan besday yang sama... selang 2 hari ja.
Birthday celebration kat anak ja.. daddynyer nak hadiah ja... 
lambat skit yer daddy!

dua-dua besday boy... kak nyelit gak.
Sorry gambar tak cantik sebab camerawoman tak pandai guna Hp en. hubby ( dah kena berletiaq dengan en. hubby sbb gambar tak cantik).

Kakak yang teruja... 
Menu kami semalam. Alhamdulillah kerana hidangan yang menarik dan sedap. 
Sambutan besday ni kat restoran baru iaitu Reez Kopitiam @ Lembah Impiana Kulim ( kedai baru uolls).
harga pun berpatutan.

15 Oct 2012

Global Handwashing Day

October 15, 2012 0
Global Handwashing Day
Today is Global Handwashing Day.
Lofebuoy telah melancarkan kempen 'Pledge' di FB bagi menyelamatkan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang meninggal akibat Diarrhea dan  pneumonia.

Untuk menyokong kempen ini, sila click gambar di bawah.
Sila Click 'LIKE' untuk pledge.
Click di butang 'Pledge Now' bagi menyokong kempen ini.

Current Statistic...
Lifebuoy memerlukan sejuta 'LIKE' bagi memastikan kempen ini berjaya.

Aku pun telah 'Pledge'..
Selamat Menyokong kempen ini. 

14 Oct 2012

Mamee Slurrp Xtra Pedas Ditengah Malam..

October 14, 2012 0
Mamee Slurrp Xtra Pedas Ditengah Malam..
Malam ni dalam sejarah... Lapaq punya pasai, aku pecah tradisi tak makan tengah malam...
So, bersilat 5 minit masak mee segera yang sempoi... 

Jemput tengok...

Cara aku masak:
1. Panaskan 2 cawan air dalam kuali sehingga mendidih.
2. Bila dah mendidih, pecahkan telur (jangan hancurkan).
3. Bila telur dah masak, masukkan mee segera bersama rempah  yang ada skali tu.. plus sayur mayur
4. Bila dah masak, angkat dan hidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun bawang. Hiaskan dengan cili... supaya mee segera korang nampak menarik.

hahaa... senangkan cara aku. aku tak suka tumis... kepada yang suka tumis, sila tumis dulu sebelum masukkan air.

12 Oct 2012

'Terbeli...'

October 12, 2012 0
'Terbeli...'
Sejak dua menjak nih mood memasak dah kurang..
Mungkin sebab dalam mind dah set nak diet (diet yang hancuss sebenarnya). hehehe...
so, sebagai sumber inspirasi untuk kembalikan mood memasak, aku 'terbeli' buku Senangnya Memasak by Chef Hanieliza... 
Dulu selalu bukak blog/Fotopages dia... tengok resepi... pastu masak.... La susah skitt sebab asyik berebut Notebook ngan anak2 . Akukan mummy yang baik...

Recipe from Chef Hanieliza.. 
InsyaAllah minggu ni akan ada resepi dari koleksi ni.. Terhutang Birthday celebration for my MIL @ 10/10/2012. Nak Masak apa yer esok? Hmmm...  Hadiah?  Adalaaa...
Lusa lak Birthday En. Hubby...  Next week lak besday Ammar... Ni belum masuk list untuk adik beradik hubby. boleh di katakan selang 2 hari ... 
Huhuhu... 
Banyaknya besday on October... 
Takpa yang penting boleh makan pelbagai kek bulan ni.. 
aku suka. :)

Kisah Kehidupan: Empat Isteri

October 12, 2012 0
Kisah Kehidupan: Empat Isteri
Sekadar berkongsi email dari Kelab... 




Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.

Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!...

11 Oct 2012

Nor Athiya..

October 11, 2012 0
Nor Athiya..
Ammar: Nor Athiya!
Mummy: sapa Nor Athiya tue?
Ammar: Mummy laa Nor Athiya...
Mummy: Mummy Nor Hayati laa...
Ammar: Nor Athiya.. (Sambil tersengih nakal)

Hmm! Tak tau nak kata apa... Nama mummy pun di ubah2 but sedap plak.. 
Tukar nama boleh?

Ni la Nor Athiya tu...


9 Oct 2012

Sikit Tapi Terharu

October 09, 2012 0
Sikit Tapi Terharu
Ada gak yang sudi jenguk blog aku nih...

Malu sebenarnya...
Dah setahun setengah baru 5 riban. Aku sedar aku bukanlah blogger yang femes untuk korang hari-hari baca blog aku. Aku terharu ada gak peminat rahsia yang sudi baca.. 
Terima kasih semua.. Tanpa anda semua siapalah saya ( Ayat menang anugerah ni).
 Love u all .

2012 ChurpOut!

October 09, 2012 0
2012 ChurpOut!
Syioknya! 
2012 ChurpOut semakin dekat. Tak sabar nak pi... 
Dengar gossip2 blog yang FV akan buka booth kat sana... di saaanaaa! Boleh beli baju raya Aidiladha kat sana...

Banyak lagi... 
Antaranya makanan, NGOs,Band,Games. 
Teruja tak? Kalau teruja, jom pakat ramai-ramai kita pi ChurpOut kat Publika Boulevard.
Details...
Jommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm! 
Boleh kenal2 ngan blogger yang femes kat sana. 

Teringin nak jumpa ka Jemah virus padu ngan lyssa faizureen.

High Taste..

October 09, 2012 0
High Taste..
Dah banyak hari tak update... Busy ngan internal audit... banyak benda nak kena tengok... buat... print... hafal... hehe last minute nyer pasal.

so, hari ni update citer weekend hari tu... Anak dara aku dah pandai demand... high taste lak tu... anak2 zaman la kot? Bukan aku orang ja yang alami.. jiran2 yang ada anak sebaya aku pun sama...  Oppps! dah melalut...

so, weekend hari tu merupakan hari malas aku... malas masak. Yang sebenar nak bawa anak2 jejalan. kesian kat depa.. asyik terperap kat rumah ja.. layan TV, main beskal... mandi kolam kecik... tgk tv balik. benda yang sama berulang setiap hari.

Brunch (breakfast & lunch) @ Tepian Permai Permatang Nibong. Customer ramai cam selalu. Rega pun maintain. Singgah Tesco jap....

malam lak, Anak dara ni start buat permintaan....

Aisya: Mummy, Daddy nak makan kat restoran.
Daddy: Ok. tapi kat restoran kecik la (warung).
Aisya: Takmau. Nak makan kat restoran besar...
Daddy: Ok... (dalam hati nak pi makan kat warung area pekan kulim ja)

Kami pun gerak ke foodcourt depan Exchange TM kulim. Sampai ja kat sana... Kakak tak nak makan kat sini.. kakak nak makan kat restoran besar... plus dah start buat perangai.

Hubby tak jadi parking... gerak ke restoran thai yang agak femes kat Kulim @ Nurha's. Kat sini baru dia kata ok... Hisk budak ni.. mummy piat telinga kang! kecik2 dah pandai demand.

Budak ni dah pandai demand..
Makan pun dah pandai demand. nak chicken chop ja... ayaq laici. 

Dia sorang ja makan western... her favorite Chicken Chop.. 
makan ngan penuh perasaan. Tak offer skitt kat adik dia... bertuah betui budak ni... 

Hari-hari nak makan kat restoran besar................ 
tengah2 dok makan tu siap boleh request nak makan kat sini hari-hari. hehehe... sambing jeling kat daddy dia. Daddy dah antara nak senyum ngan tak senyum... pastu geleng2 kepala... paham2 sendiri dah la kakak ooi.. maknanya tuh weekend ja makan kat luar.

3 Oct 2012

Mood Rajin En. Hubby Chubby

October 03, 2012 1
Mood Rajin En. Hubby Chubby
Ini semalam punya cerita.

Semalam adalah hari rajin en. hubby, bukan selalu pun.... Pepagi dah start membasuh baju bajan yang menimbun sebab weekend hari tu kami balik kampung. Dari baju sampailah ke cadar dia basuh.

Lepas tu siapkan anak2 dan mai ambik aku pi lunch... Lunch kat area opis ja @ Restoran Nelayan. Lepas lunch, en. hubby bawak anak2 pi beli cendol kat Maklom, Sg. Dua ( cendol terbaik) - penah jumpa artis 80/90an kat situ, naseer wahab kau tak silap.


sempat lagi posing...

mood rajin en. hubby sampai ke  malam. so, Dinner semalam en. hubby yang memasak.Burger aje tapi anak2 puji sedap. siap cakap lagi ' mummy masak tak sedap, daddy masak sedapppp!'. Anak2 ni kan sengaja nak bagi aku terasa. ' suruh daddy masak hari2 la. mummy nak resign jadi tukang masak. ' mood merajuk tapi tak dak sapa pujuk.
Sentap hati mummy tau... mummy selalu masak, hangpa(anak2 )tak puji pun - ayat jauh hati. kalau daddy masak sekali sekala, hangpa puji kemain. Rasa2nya depa nak suruh daddy depa masak selalu kot? :)


Taadaa! ini yang En. Hubby dok masak...

En. Hubby masak guna magic pan. kenapa magic pan ? tak perlu guna minyak & tak perlu di alih. senang memasak untuk resepi bakar2. selain dari itu, magic pan ni boleh di guna di kedua belah. kalau untuk burger,  yang flat untuk bakar roti ngan telur... yang lagi satu tu, boleh guna untuk bakar daging, sosej dan yang seangkatan dengannya.

Gambar burger sedia untuk di makan tak sempat nak snap sebab anak aku yang canggih tu telah basuh hp mummy dia sehingga terpadam screen. nasib baik pagi ni dah ok...  

sorry la kalau ayat tunggang terbalik... cheq biasa2 ja!

note: gambar klasik - kredit kepada blogger http://kasihaleeya.blogspot.com/ sebab blogging about PhotoScape. memang mudah dan gambar pun cantik.