Dapat Bunga Pagi ni.. - Cahaya Hayati

24 Sep 2012

Dapat Bunga Pagi ni..


Pagi ni aku dapat bunga. Bunga? Bunga Kantan ja... mak cik kat opis sedekah kat semua yang nak... Dia bawak mai dari kampung dia  nun di Baling. Jauhkan?

Sementara nak bawak balik umah, Bunga Kantan ni jadi hiasan ataih meja aku.. 

Letak dulu kat bekas stationery.. Jadi hiasan jap!
 So, minggu ni boleh la aku buat laksa - request by Mr. Hubby. Mengidam ke cik Abang? Aku pun teringin gak nak makan laksa yang buat sendiri. Memang boleh beli, tapi rasa dia tak sama ngan yang buat sendiri.. Ayaq tangan la katakan!
Lagi satu, kalau buat sendiri boleh makan berulang...

Cantik di pandang , makan pun sodapp...
Macih banyak2 kepada mak cik yang baik hati. Lain kali bawak lagi... Jimat duit cheq nak beli bunga kantan ni.. mahai oooo.   :)
Kalau kat Kulim, bunga kantan ni RM 1.00 ++ sekuntum. Paling murah pun rasanya dalam RM 0.80. Kenapa bunga ni mahai yer?

1. Susah nak tanam/jaga? - tak juga. Kalau kampung tu, bercambah ja...
2. Kena baja ke? -tak perlu di baja. dia membiak sendiri ( pengalaman sendiri)
3. Perlukan tanah yang sesuai ke? - Rasanya ini kot sebabnya. Pokok ni hidup di tempat yang ada ayaq, lembab dan sejuk (panas pun boleh tp perlukan ayaq) - minta perbetuikan kalau salah. Cheq tak pandai bercucuk tanam ni.
4. Pemborong tolak kepada penjual dengan rega mahai. Sebab aku penah tanya kat mak cik kat kampung yang depa juai RM0.30 kepada pemborong (tak kira saiz).

pikir2lah kenapa rega barang sekarang makin mahai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan