Kenyangnya!!!! - Cahaya Hayati

15 Jul 2012

Kenyangnya!!!!

Pagi tadi lepas sembahyang subuh, aku ngan hubby pi breakfast kat Cinonie @ Kulim. Banyak pilihan kat situ. Antara kegemaran aku, koay teow th'ng, char koay teow nasi lemak kukus dan lempeng kelapa. 

Tengahari lak, aku pi jemputan kenduri opis mate @ Bertam Perdana. Sedap makanan dia. Zaman sekarang bukan senang nak dapatkan caterer yang dapat menyediakan lauk pauk yang memenuhi selera. Aku bagi A++ kat katerer ni. Lupa lak nak tanya caterer mana.. Al maklumlah faktor umur..Thanks to Nurul Mazreen (tuan umah kenduri). Lain kali jemput lagikk. hikhik...

Lepas kenduri, kami terus ke Penang umah mak sedara hubby. Lepak + sembang2 sambil menikmati cendol maklom bersama cucoq udang. tak terasa masa berlalu.. 

Malam pulak, kami pi pekena burger bakar kat Stadium Bandaraya. Sedap!. Aku bagi A sebab sedap dan presentation yang menarik.

hero Baked Burger @ Stadium Bandaraya...
Burrrrp... Kenyangnya! Satu hari ni asyik makan ja sampai tak ingat niat di hati nak berdiet. hehhehe... esok masih ada.  :)
Esok kena rajinkan diri... lemak semakin tepu... Kemalasan semakin menjadi2. hehehehe...
chaiyokkkk!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan