July 2012 - Cahaya Hayati

15 Jul 2012

Kenyangnya!!!!

July 15, 2012 0
Kenyangnya!!!!
Pagi tadi lepas sembahyang subuh, aku ngan hubby pi breakfast kat Cinonie @ Kulim. Banyak pilihan kat situ. Antara kegemaran aku, koay teow th'ng, char koay teow nasi lemak kukus dan lempeng kelapa. 

Tengahari lak, aku pi jemputan kenduri opis mate @ Bertam Perdana. Sedap makanan dia. Zaman sekarang bukan senang nak dapatkan caterer yang dapat menyediakan lauk pauk yang memenuhi selera. Aku bagi A++ kat katerer ni. Lupa lak nak tanya caterer mana.. Al maklumlah faktor umur..Thanks to Nurul Mazreen (tuan umah kenduri). Lain kali jemput lagikk. hikhik...

Lepas kenduri, kami terus ke Penang umah mak sedara hubby. Lepak + sembang2 sambil menikmati cendol maklom bersama cucoq udang. tak terasa masa berlalu.. 

Malam pulak, kami pi pekena burger bakar kat Stadium Bandaraya. Sedap!. Aku bagi A sebab sedap dan presentation yang menarik.

hero Baked Burger @ Stadium Bandaraya...
Burrrrp... Kenyangnya! Satu hari ni asyik makan ja sampai tak ingat niat di hati nak berdiet. hehhehe... esok masih ada.  :)
Esok kena rajinkan diri... lemak semakin tepu... Kemalasan semakin menjadi2. hehehehe...
chaiyokkkk!

8 Jul 2012

Nestle 100 Years...

July 08, 2012 0
Nestle 100 Years...
Malam Ni tak mengantuk pulak. Mungkin sebab petang tadi pekena Nescafe... Nescafe terbaik sebab aku dapat submit 2 Incredible Story berkenaan Maggi dan Milo. Harap2 Menang..  Hangpa  tak nak hantar cerita kenangan hangpa ngan product nestle ka? Jangan jeles kalau aku menang. Kalau nak join click SINI.

Selamat mencuba. Ramai dah yang berjaya. :)

Note: Doakan aku menang gak yer.. nak buat beli baju raya!

Berlaku Depan Mata...

July 08, 2012 0
Berlaku Depan Mata...
Hari ini satu perkara ngeri telah berlaku depan mata ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampung aku. Innalillah...

Kejadian ini berlaku ketika hujan renyai2, kenderaan berbaris untuk melepasi traffic light Simpang Keladi, Kulim yang terletak lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian. Kejadian ini adalah kemalangan di antara motorsikal dengan kereta dimana penunggang motorsikal tersebut melambung dan jatuh ke tar. Ya Allah memang aku tak dapat lupakan kejadian ini kerana sikap pemandu kereta yang tidak sabar untuk keluar dari simpang. Semoga Allah panjangkan usia penunggang motorsikal tersebut.

Kejadian ini juga peringatan kepada aku untuk berhati-hati ketika memandu dan prihatin dengan pengguna jalanraya yang lain.

Ya Allah, Engkau jauhkanlah aku dan keluargaku dari kecelakaan dan kebinasaan. Amin.