2013

12:15 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

pejam celik pejam celik..
keja cuti keja cuti..
Dah sampai ujung tahun. 
Macam tak terasa... sekejap ja masa tu berlalu.
Anak-anak pun semakin membesar dan bijak berkata-kata.
Rezeki pun semakin bertambah.
Alhamdulillah Syukur pada Ilahi!

Ada apa ngan 2013?
Tahun baru, azam baru jer kot.. hmmm. Yer la tue.
Azam apa yer? Ntah la... tak buat list lagi.
 Macam banyak jer.
hikhik...

My wishlist for 2013:
1. To be a good muslimah, wife, mom and employee . In Shaa Allah. Wajib nie..
2. Nak khatam Al - Quran. Tahun ni tak sempat nak habiskan.. So, tahun depan kena kuatkan lagi semangat untuk habiskan.
3. Tingkatkan ilmu pengetahuan. Subject apa yer? Agama (wajib), kewangan, rumahtangga dan kemahiran. Kena join class.. cake or sewing skills. hehehe.. tengok seru mana yang mai dulu.
4. Saving - at least 30% from net income. tak banyak mana pun tp tetap ada peruntukan.
5. Baby ? 
6. Umah baru, keta baru... masukkan juga walaupun bukan priority. Kalau ada rezeki lebih, In Shaa Allah.

ni jer kot wishlist CH untuk 2013 dan boleh di gunakan untuk tahun2 akan datang.
Harap2 berjaya melaksanakan semua di atas. 
Amin!

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA.
Semoga 2013 menjadi tahun yang anda kenangkan, menjadi tahun yang paling bahagia, menajadi tahun yang paling bermakna, menjadi tahun yang paling rahmat, menjadi tahun kejayaan anda, menjadi tahun terbaik anda.

0 comments:

Darul Muhajirin

7:16 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Hari ni nak cerita sikit berkenaan tempat Aisya belajar mengaji or kelas Iqra'.
Nama tempat tu Darul Muhajirin ( kat belakang umah je ... )
Aisya baru 3 bulan balajar iqra.. tu pun kekadang pi seminggu dua kali or 3 kali. Bukan sengaja tuang tapi tak dak sapa nak antar ( kena pusing okey sbb kawasan perumahan kami tak dak lorong belakang).

Alhamdulillah ... 
walaupun baru 3 bulan, Aisya dah masuk Iqra 3 dan boleh baca huruf yang bersambung.
Dekat sini setiap pelajar ada buku rekod sendiri.. dimana setiap hari mak bapak perlu tandatangan buku rekod ni...
so, mak bapak boleh tau performance anak2. Kat mana yang lemah.. 
dan yang paling penting, anak2 tak boleh ponteng.

buku rekod
Kelas kat Darul Muhajirin ni start pukul 4.00 petang dan tamat pukul 5.30 petang. Sekejap jer kan..
Selepas habih mengaji pelajar-pelajar akan solat solat asar berjemaah dahulu.. 

L = Lancar, S= Sedang
Kalau berminat untuk hantar anak ke sini (Kulim area jer), boleh hubungi:

Ustazah Fadzillah - 0194625679
Taman Jelutong 2, Kulim.

0 comments:

Friday Words

2:09 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Assalamualaikum..
Baik sikit hari ni... 

Just nak share mutiara kata. Tak aci la kan kalau hari ni tak dak entry..

Racun & ubatnya..

0 comments:

Payahnya..

5:37 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Dulu aku selalu dengar abang ngan kakak ipar aku selalu merungut. Lebih kurang macam ni la..
'Ajar anak orang lagi senang dari ajar anak sendiri'

Sekarang aku dah rasa. Perghhh...
Memang payah nak ngajar anak sendiri. Boleh hilang sabar..


Macam-macam alasan dia.
Kakak penat la... Nanti kakak belajar la kat sekolah..
Kakak tak suka buku ni, banyak sangat kena tulis..
Tulis (type) dalam laptop boleh?
Alasan yang boleh bagi CH hilang sabar adalah 'Malas laa.'


Hishhh!
Nasib baik mummy tak jadi Cikgu.
Dapat 10 anak murid camni boleh hari2 migraine.


Setelah puas pujuk ...

Sebenarnya aku saja train dia buat homework sebelum start tadika.
Nak biasakan dia menulis.

So, kepada  cikgu cikgi ... saya memang respect anda sebab boleh ngajar anak-anak kecil dari tak kenal huruf sehingga boleh membaca... dari tidak tahu menulis sehingga  boleh buat karangan ...
hehhe... boleh tulis surat cinta jugak.
:)

0 comments:

Selesakah kita?

5:33 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Semalam Sembang-sembang ngan En. Hubby.
Takde apa yang di sembangkan sangat. Just isu semasa..

En. Hubby voice out tentang sikap dan peranan orang islam di Malaysia berbanding dengan orang islam di negara luar. Pendapat En. Hubby, kalau kat luar negara... orang islam berlumba-lumba untuk menimba ilmu agama.. mempertahankan kesucian agama.. mengamalkan sepenuhnya perkara wajib dan meninggalkan perkara yang di larang.
Selain dari itu, mereka juga menyebarkan fahaman islam kepada semua ( something like Usrah).
HEBATKAN?

Tetapi di Malaysia, kita masih selesa dengan apa yang kita ada. Kita tak berusaha untuk sebarkan Islam. Kita tak mencontohi dan mengambil semangat orang islam di luar negara terutamanya negara-negara maju. Mereka mengambil kesempatan dengan perkembangan teknologi untu sebarkan islam.

Kita sebaliknya;
Menjatuhkan saudara sesama islam. Kita pandang remeh tentang isu sesuatu perkara. Kita tidak membantu... sebaliknya kita mengutuk, mengeji dan melemparkan kata-kata negative. Kita juga sering menunding jari kepada pesalah atau penyebab sesuatu perkara.

Sepatutnya kita membantu, memahami dan mengkaji serta hasilkan  ideas untuk menyelesaikan sesuatu isu.
In Shaa Allah umat islam akan kuat.

Allahu Akbar!

Note: Terima kasih En. Hubby kerana ingatkan diri ini supaya tidak terlalai, tidak tersimpang dari landasan dan juga supaya diri ini berusaha untuk tambahkan ilmu dan meningkatkan amal.
Amin!

0 comments:

Tolong sattt..

5:06 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Tadi nak  update blog tapi kat ruang menu post ada iklan perempuan gemuk kurus..
Ada sapa2 boleh tolong habaq camna nak buang benda alah ni...
Susah nak edit bila ada gambar ni..
Kena tenung lelama baru jumpa button yang nakkk...
Nanti bertambah rabun CH ni..

Tolong yer.
Iklan yang tidak  berada di tempat sepatutnya..

0 comments:

Churprise

5:54 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Salam petang kawan-kawan.
Just nak share 'CHURPRISE!' contest. Churprise tu apa?
hahahaha... Hangpa pikiaq la sendiri...


Oklah sebab dahi korang dah berlapis... tak nak la korang nampak lagi tua.
meh baca lagi..

Churprise ni adalah contest yang di adakan oleh Churp Churp. Di mana hadiah yang di tawarkan mencecah RM 10,000. Setiap hadiah yang di berikan mempunyai nilai dari RM 200 sehingga RM 3000.
Menarik  & tertarik tak? Menarik tu confirm la kan. Tertarik tu hanya korang yang tau...

Kena buat apa untuk dapat hadiah ni?
Senang jer

pertama: 
kalau belum jadi ahli churp churp, korang register la kat SINI. Pastu korang share or invite kekawan untuk jadi ahli churp-churp.

Kedua:
Pastikan hangpa isi maklumat diri selengkapnya. Karang churp-churp tak dapat contact korang lak kalau korang menang.

Ketiga:
Dah ada akaun churp-churp, korang click kat tab 'REWARD'.
Pastu share la kempen churp churp. Contoh kempen tu seperti kat bawah ni:


or



Kempen yang dapat menarik banyak ahli akan di iktiraf sebagai pemenang. Ada syarat2 lagi tau untuk menang.. So baca la kat SINI.

Semoga berjaya.

0 comments:

Tahap nak blahhhh...

2:57 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Tarik nafas... lepaskan pelan2.
Ulang langkah tu 3, 4 kali.

hehehe..
Itu adalah langkah-langkah untuk tenangkan diri. Otak aku ni dah serabut ngan  police report.
Dah macam keja kat pejabat lawyer lak...
fening... fening...
Macam2 kes.

Ada banyak lagi..
Kepada team yang banyak membantu, ribuan terima kasih di ucapkan.

0 comments:

CIMB Saving Circle

4:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Sponsored post.
36 hrs sticky post.

CIMB telah menganjurkan satu contest yang di namakan saving circle.
Contest ni sangat mudah dengan hanya 4 step di bawah.

mudahkan?

Syarat dia pun mudah gak.
1. Mesti ada akaun dengan CIMB
2. berumur 18 tahun ke atas.
3. Mesti ada akaun FB.

Camna nak dapatkan menang or dapatkan point? Baca kat bawah ni yer .. ( mood dah ke laut).

klik SINI untuk ke link CIMB Saving Circles.

CH dah register dan memerlukan sokongan anda semua untuk menjadi melengkapkan bulatan simpanan.
 Nama Saving Circles CH adalah Ultra Violet.
 Jom join Ultra Violet untuk kita menang sama2.

my circle...
Jom simpan untuk masa depan.

0 comments:

A perfect combination

11:31 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Wordless Monday.
Kebizian yang teramat untuk menyiapkan adjustment paper.

So, a perfect combination breakfast for busy mom + monday blues is
REDBULL - to energize
GARDENIA - my favorite 
hahaha.. 
perfect la sangatkannnnnnnnnn!

Redbull & Gardenia Delicia Corn..
Dua tiga ari ni selera macam beralih arah plak..
Dah tak berminat dengan nasi lemak, bihun koay teow & roti canai pepagi.
camna tue?

0 comments:

15 Diet Cara Rasulullah SAW

1:00 PTG Cahaya Hayati 0 Comments


Sejak dua menjak ni kerajinan meng 'update' blog semakin bertambah (bersemangat ler tuuuu)
hehehe... semua ini belajar dari blogger yang berpengalaman. :)

Entry kali ni juat nak share cara Rasulullah SAW yang wajib kita amalkan. 
seperti kata orang, sharing is caring.


1. Rasulullah memulakan makan dengan menyebut 'bismillah'
2. Baca doa sebelum makan
3. Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
4. Makan garam secubit sebelum makan
5. Mula makan dari tepi (pinggir)
6. Ambil makanan yang berhampiran.
7. Gunakan tiga jari.
8. Kunyah makanan banyak kali
9. Larangan mencela makanan dan sunat memuji makanan
10. Makruh bersandar ketika makan
11. Kutip makanan yang terjatuh.
12. Jilat jari setelah selesai
13. Membaca doa selepas makan
14. Meramaikan orang untuk makan bersama
15. Galakan bercakap

Selamat beramal!

0 comments:

Mencari Ariba-Ariba

10:55 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Hari ni buat 5s kat rumah.. Ngan misi mencari Ariba-ariba aka CikTikus.
Dah seminggu dok dengar dia gerit (gigit) barang atas almari. 
Dah la banyak barang baby kat ataih tu..

Hehehe... tak sempat nak tangkap Arina tu,... dia lari keluar laju sangat.
Tak sempat nak pukul ngan penyapu. Tahu pun takuttttt.
Harap2 dia tak masuk dah dalam rumah.
Suhhh... Suhhh.. pi main jauh2.

So, malam ni CH nak jadi iron woman sebab nak iron baju kerja, baju jejalan, baju kenduri yang menimbun dalam 3 bakul tu.
Hasil kerja Aisya & Ammar..

Tapi...
Semangat nak iron baju hilang bila tengok bilik sepah balik...
Ni yang CH nak jadi HULK  ni.

Huhu..... korang tak sian kat mummy ker?
Kan mummy dah explain yang umah kena sentiasa bersih & kemas.
or ...
Adakah aku yang terlalu ingin menjadi perfect?

Kiraan sehingga 1-8 dan tarik nafas dan tenangkan diri. Tanamkan sifat positive dalam diri.
'biarlah rumah berselerak janji anak2 berasa rumah ini syurga mereka'

Sampai sini saja celoteh hari ni. Nak pi iron baju sementara mood rajin masih ada.
tatatta.


0 comments:

Jemputan

5:28 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Disember bulan cuti sekolah bermakna bulan makan kenduri.
Aktiviti setiap weekend adalah makan kenduri.
Sedapppnya!... (dah terbayang beraneka lauk pauk depan  mata.)
hisshhh... kuat betul nafsu makan.
camna nak kuruih. :)

antara jemputan..
In Shaa Allah semua jemputan akan di penuhi.

0 comments:

Hak Peribadi

2:21 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Ada jugak orang jenis suka kelebek aka sentuh or baca hak orang lain tanpa izin.
Tak kisah la letak atas meja pun... 
kalau dah nama hak orang lain, tolong la hormat hak orang lain walaupun benda tu bukan peribadi.
sebab cik Ti ni bukan jenis jenis macam tu...

Apa yang korang rasa kalau benda or barang korang di usik sewenang2nya.
tak suka kannnnnnn!


ini yang terjadi kat Cik Ti bila keluar buat keja kat luar opisss.

Oppss. sekadar luahan. :|

0 comments:

the perfector

1:47 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Am i the perfector? 
macam tak kena ja... sebab aku rasa aku ni jenis yang sempoi ja.
hehehe,...
seronok plak bila di labelkan sebagai seorang yang perfect. so, boleh la berangan-angan semua kerja perfect, tak perlu di perbetul di mana2 dah.
gender..
 As usual, pilih gender dulu... jangan menipu tau!
my dream house..
 3 barang jer untuk rumah impian korang...

jalan2..
dah ada rumah n duit yang banyak, bawak family n kekawan jalan2 kat KL. tunjukkan kepada diaorang kemajuan dan pembangunan bandaraya KL. Walaupun membangun dengan pesat, kehijauan dan keindahan alam semulajadi di kekalkan. Go Green!

the result..
Dah jalan2, dapat la tau anda tu jenis yang macam mana. hehhehe...
and i think i'm prefer to be top ranking secret agent..
 hahaha

kalau nak cuba, masuk link http://etp.pemandu.gov.my/citizen2020 or 
klik SINI.

Selamat mencuba!

0 comments:

mesti positif :)

4:31 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

wordless Tuesday.

'Learn on each other's strengths, forgive each other's weaknesses'

0 comments:

Mari memasak bubur Asyura

2:55 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Dok state memang banyak xtvt..
kekadang tu tak larat nak join... kalau join banyak keja yang pending..
huhu... yang mana rasa boleh join akak join ler... yang mana tak join tu tandanya akak tengah busy giler ( ni baru pas meeting ngan GM. Panjang tul dia punya mission and action... )

sesi posing mosing ...
 Ni cerita semalam... ni aktiviti kelab & zone.
Pertandingan memasak bubur Asyura. Antara xtvt wajib setiap tahun. 
serius seronok.. sebab kat sini la tercipta bubur lambuk lain dari yang lain...  ada yang tambah milo, collagen,  halia, rempah.. 
breakfast dulu... 
Yang pasti setiap zone akan ada kelebihan tersendiri. Resepi kumpulan akak adalah ' Asyura Butterscotch Dessert'. Canggih tak? 
Antara bahan2 bubur Asyura...
 Yang sebenarnya akak tak penah masak pun bubur asyura ni... kat kampung dulu2 mak ngan makcik2 kat kampung jer... akak makan jer tau.. semalam tu la first time akak tengok step by step orang masak bubur asyura. Bila lagi nak belajar kan? 

Masak santan, tepung ngan gula dulu..
Masa yang di ambil untuk masak bubur asyura ni pun lama.. dua jam setengah atau lama lagi,, terpulang kepada bahan yang di masukkan dan kepekatan bubur tersebut.

Tukang kacau...
 Memasak bubur ni hendakllah di kacau tanpa henti untuk memastikan tepung dan santan betul2 masak . nasib baikla ramai peserta lelaki yang gagah perkasa dalam zone akak.. Selamat semua peserta wanita yang ayuuu.. hahaha

Dah nak masak... 
Selepas dah masak, xtvt hias menghias lak..
Kalau tak menang tak tau lah... dah habih kreatif dah ni.

Untuk para juri..

boleh join master chef tak next year?
Wakil Zon 3
Keputusan dah di umum..  nombor berapa?
hehehe.. malu nak cakap. No. 5.... 
Kalah pun dapat hadiah gak... tak kesah pun. Janji enjoy!

Akak buat keja kan? bukti ni...
Last sekali, nak selit gak gambar akak yang semakin memboolattt ni.
Tension... asyik lapar je. camna nak kuruih.

0 comments:

Alhamdulillah...

7:59 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Hari ni aku di khabarkan adik Amir telah boleh discharge.
Syukur ke hadrat Ilahi.
Lega rasa hati ini.
Semoga semuanya selamat dan adik amir sembuh sepenuhnya dari kesan sampingan penyakit kencing tikus.

Amin.

0 comments:

Khabar duka...

Semalam adik aku telefon bagitau adik Amir (adik no. 4) telah di sahkan di jangkiti penyakit kencing tikus.
hmmm.. Tak tau nak cakap apa.
First time ahli keluarga di jangkiti penyakit seserius camni.
Hari jumaat lepas aku dah pi tengok dia.. macam dah sihat ( dia warded sejak malam rabu - 26hb November). Demam & sakit kepala asyik on & off je. Masa tu doktor still tak boleh bagitau sakit apa..
Result ujian darah tak dapat lagi.
Semalam baru doktor confirm & beritahu mereka akan buat beberapa ujian lagi sebab demam adik aku masih belum kebah. Maybe lama lagi dia akan berada di hospital. 

Ya Allah, Kau sembuhkanlah penyakit adikku! 
Hanya pada Mu tempat kami bermohon.

Sedikit info tentang penyakit kencing tikus.

Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.
Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway. 

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.
Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.  

Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.   

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?
Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit  yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut. 

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis. 

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain. 

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti. 

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.  

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira. 

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?
Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini 

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira. 

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?
Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

0 comments:

Minat atau pengaruh?

5:42 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Otomen!
serius cheq tak tau nak kata apa... Asyik layan ultraman ja.. 
Minat or pengaruh? 
Tak dapat nak klafikasikan.. 
hehehe.. takpe dik. Tahun ni aja mummy bagi can... tahun depan kena dok tadika dari kol 8.00 - 6.00. Sama time mummy pi keja ngan balik keja.
so, layan ultraman tu puas2. muaaahhaaa...

0 comments:

Layan mulut tekak & perut

9:49 PG Cahaya Hayati 0 Comments

Weekend hari tu, En. Hubby sudi melayan mulut tekak & perut chek...
chek teringin nak makan donut ja... Ingatkan chek ja yang teringin... En. Hubby pun teringin gak.. Dia teringin nak minum A&W Rootbeer float (double scoop).
Root beer float... 

Ni semua sebab dah lama tak jalan-jalan cari makan.. chek kan tak berapa nak sihat. la pun tak baik2 lagi.
klinik dah dua tiga kali pi... Float tu tgk ja ka? Dak Aihhh.. chek minum gak..

Teringin...
Pastu kami pi beli donut... yang ni memang layan tekak chek... sebenarnya, chek nak cari dunkin donut.. tapi ngak ada ... so, layan big apple je la...
asalkan donut!
hhehehe...

0 comments:

Nasihat-Nasihat Ringkas - Artikel Mufti

3:52 PTG Cahaya Hayati 0 Comments

Dah nak berhabuk dah blog Cahaya Hayati.. 

 walaupun tak ber 'update' tapi still blog walking (membaca blog orang lain terutama yang femes cam PD, Hanis Zalikha, mat gebu, Ben.. )

 ini berkesempatan untuk membaca artikel dari mufti Perlis ( muhasabah diri sebenarnya plus tambah ilmu...). la tahzan!
 sila baca artikel mufti ni... aku suruh baca sebab aku sayang korang semua (ada ke?).
sharing is caring, caring is sharing!


Artikel Mufti: Nasihat-Nasihat Ringkas

Khamis, 09 Februari 2012 16:06  

maksa Informasi - Artikel Pilihan   

Oleh : Dr Juanda Jaya ( Mufti Perlis)


1. “Apabila tubuh seseorang menggigil kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya sebagaimana dedaunan berguguran dari pohon.”(Hadits)

2. “Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri.” (Al-Hasyr: 19)

3. “Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah tidak suka berjumpa dengannya.” (Hadits)

4. ”Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk menundukkan hati mereka mengingati Allah.” (Al-Hadiid: 16)

5. ”Satu tanda taubat kamu diterima Allah adalah kamu melihat dirimu terpelihara dari segala maksiat.” (Kata-kata Ulama)

6. ”Barangsiapa menghidupkan sunnahku sama ertinya mencintaiku, barangsiapa mencintaiku di hari kiamat kelak akan bersamaku di syurga.” (Hadits)

7. ”Berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kamu kepada-Nya pagi dan petang.” (Al-Ahzab: 41-42)

8. ”Tanda-tanda munafik ada tiga, kalau berkata ia berdusta, kalau berjanji tidak menepati, kalau diamanat ia khianat.” (Hadits)

9. ”Sungguh beruntunglah orang mukmin. Iaitu orang-orang yang sembahyangnya dikerjakan dengan penuh khusyuk.” (Al-Mukmin: 1-2)

10. ”Dua rakaat yang dikerjakan dengan penuh khusyuk jauh lebih baik berbanding ibadah semalaman sementara hatinya melupakan Allah.” (Ibnu Abbas)

11. ”Kamu semua adalah umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang munkar.” (Al-Imran: 110)

12. ”Sebaik-baik kamu adalah yang bermanfaat bagi orang lain dan seburuk-buruk kamu adalah orang yang membahayakan orang lain.” (Hadits)

13. ”Dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa janganlah kamu tolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

14. ”Diantara jalan-jalan masuk syaithan dalam diri manusia adalah: marah, syahwat, rakus, cinta perhiasan, dengki dan berburuk sangka.” (Imam Al-Ghazali)

15. ”Berkasih sayanglah kamu kepada makhluk yang dibumi, nescaya kamu akan dikasihi makhluk yang di langit (malaikat).” (Hadits)

16. ”Tidak ada perhitungan bagi sembahyang seseorang kecuali pada bahagian yang dikerjakannya dengan khusyuk.” (Hadits)

17. ”Janganlah kamu saling mengumpat. Apakah kamu suka memakan bangkai saudaranya? Tentunya kamu tidak suka.” (Al-Hujurat: 62)

18. ”Dan bertakwalah kepada Allah, yang dengan nama-Nya kamu meminta dan peliharalah hubungan silaturrahim.” (Al-Nisa: 1)

19. ”Tidak masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silarurrahim.” (Hadits)

20. ”Berkata nabi Daud as: Pokok ketakwaan itu ada tiga: tawakkal, redha dan sabar.”

21. Seorang wanita mengadu tentang kekerasan hatinya kepada Aisyah RA, lalu beliau berkata: ”Siapa yang banyak mengingati mati akan lembut hatinya.”

22. ”Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku mereka masuk neraka dalam keadaan hina.” (Al-Mukminun: 60)

23. ”Janganlah membiasakan anak-anakmu dengan kesenangan yang akan menggemukkan nafsunya.” (Imam Al-Ghazali)

24. ”Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanyalah yang mencorakkannya menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadits Bukhari Muslim)

25. ”Sebaik-baik orang di kalangan kamu ialah orang yang baik akhlaknya.” (Hadits Bukhari Muslim)

26. ”Tidak ada pemberian yang sebaiknya daripada seorang ayah kepada anaknya, melainkan adab yang baik.” (Hadits Tirmidzi)

27. ”Dan perkataan yang baik itu juga adalah sedekah.” (Hadits Bukhari)

28. ”Jangan memperkecil sesuatupun dari perbuatan kebaikan, walaupun sekadar menyambut kawan dengan muka yang manis.” (Hadits Muslim)

29. ”Tidak masuk syurga siapa yang ada di hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong.” (Hadits Muslim)

30. ”Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia sesungguhnya ia tidak berterima kasih kepada Allah.” (Hadits Al-Tirmidzi)

31. ”Bukanlah dari golongan kami siapa yang tidak menghormati orang tua dan tidak mengasihi anak kecil.” (Hadits Ahmad)

32. ”Sesungguhnya Allah suka kepada lembut belas kasihan dalam semua perkara.” (Hadits Bukhari)

33. ”Dan katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku supaya mereka berkata dengan kata-kata yang paling elok.” (AL-Israa: 53)

34. ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu rugi, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih.” (Al-’Ashr: 1-3)

35. ”Orang mukmin tidak disengat dalam satu lubang dua kali.” (Hadits Bukhari)

36. ”Berilah kepada kaum keluarga haknya, kepada fakir miskin dan ibnu sabil dan janganlah kamu membazir.” (Hadits Ahmad)

37. ”Dan jika kamu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik, nescaya Allah akan melipat gandakan balasannya kepada kamu.” (Al-Taghabun: 17)

38. ”Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanyadengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riya’) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah.” (Al-Nisa: 38)

39. ”Sesungguhnya setiap perbuatan itu (pahalanya) bergantung kepada niatnya.” (Hadits Bukhari)

40. ”Dan sempurnakanlah perjanjian dengan Allah dan dengan manusia, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.” (Al-Israa: 34)

41. ”Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu memakan riba’ dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya.” (Ali-Imran: 130)

42. ”Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.” (Al-Syuara: 183)

43. ”Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang selalu melakukan khianat lagi sentiasa berdosa.” (Al-Nisa: 107)

44. ”Rasulullah telah melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam memerintah.” (Hadits al-Tirmizi)

45. ”Hindarilah doa orang yang terkena zalim, maka sesungguhnya tidak ada diantara doanya dan Allah sebarang benda yang mendindingnya.” (Hadits Tirmidzi)

46. ”Sesungguhnya Allah itu indah dan suka keindahan. Sesungguhnya takabbur itu menolak kebenaran dan menghina orang lain.” (Hadits Muslim)

47. Hasan al-Basri mengatakan: ”Setiap sembahyang yang tidak hadir khusyuk di dalamnya lebih hampir kepada siksa.”

48. ”Janganlah memperbanyak percakapan kecuali berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap menjadikan hati seseorang keras.” (Hadits Tirmizi)

49. ”Dua nikmat yang selalu dipersiakan manusia, nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa.” (Hadits Bukhari)

50. ”Perbanyaklah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan iaitu mati.” (Hadits Tirmidzi)

51. ”Apabila mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakannya.” (Hadits Muslim)

52. ”Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang paling berakhlak dan lemah lembut kepada isterinya.” (Hadits Tirmidzi)

53. ”Wanita yang salihah ialah yang taat kepada suami, menjaga kehormatan pada waktu ketiadaannya sebagaimana Allah telah memelohara dirinya.” (Al-Nisa: 34)

54. ”Wanita itu dinikahi kerana empat perkara, hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah yang beragama supaya kamu beruntung.” (Hadits Bukhari Muslim)

55. ”Wahai manusia bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah sesungguhnya aku bertaubat seratus kali setiap hari.” (Hadits Muslim)

56. ”Sembahyang lima waktu, dari Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan menjadi penebus dosa antara keduanya jika ditinggalkan dosa-dosa besar.” (Hadits Muslim)

57. ”Sesungguhnya pasti dikembalikan hak itu pada yang berhak, hingga kambing yang tidak bertanduk diberi hak membalas pada kambing yang bertanduk.” (Hadits Muslim)

58. ”Seorang muslim ialah yang dapat selamat sekalian manusia dari gangguan lidah dan tangannya.” (Hadits Bukhari Muslim)

59. ”Tiada sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia kasih kepada saudaranya sesama muslim seperti ia mengasihi dirinya sendiri.” (Bukhari Muslim)

60. ”Aku dan orang yang menjaga anak yatim dengan baik, disyurga bagaikan dekatnya jari telunjuk dengan jari tengah.” (Hadits Bukhari)

61. Sa’ad bin Abi Waqqash berasa seolah-olah dirinya lebih utama dari bawahannya, lalu Rasulullah saw bersabda: ”Tiadalah kamu mencapai kemenangan dan rezeki kecuali kerana bantuan orang-orang bawahan kamu.” (Hadits Bukhari Muslim)

62. ”Apabila seseorang memberi nafkah isteri dengan mengharapkan pahala, maka tercatat pahala sedekah untuknya.” (Hadits Bukhari Muslim)

63. ”Ajarkanlah anakmu bersembahyang ketika berumur tujuh tahun dan pukullah jika meninggalkan sembahyang pada usia sepuluh tahun.”(Hadits Abu Daud dan Tirmidzi)

64. ”Demi Allah tidak beriman, tidak beriman, tidak beriman. Siapakah ya Rasulullah? Jawab baginda ialah orang yang tidak aman jirannya dari gangguannya.” (Hadits Bukhari Muslim)

65. ”Apakah amal perbuatan yang lebih disukai oleh Allah? Jawab Rasulullah saw: berbakti kepada ibu bapa. Kemudian apalagi? Jawabnya: ”Jihad fisabilillah.” (Hadits Bukhari Muslim)

66. ”Barangsiapa suka dilapangkan rezekinya, dan ditunda ajalnya hendaklah ia menyambungkan silaturrahim.” (Hadits Bukhari Muslim)

67. ”Dosa-dosa besar ialah: menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua orang tua, membunuh manusia dan sumpah palsu.” (Hadits Bukhari)

68. ”Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah maka dipanggil ia dengan seruan: ”Selamat engkau, selamat perjalananmu dan selamat menjadi penghuni syurga.” (Hadits Tirmidzi)

69. ”Seseorang akan bersama dengan orang yang dikasihinya (di akhirat).” (Hadits Bukhari Muslim)

70. ”Takutlah kamu dengan api neraka walaupun dengan sedekah separuh dari biji kurma.” (Hadits Bukhari Muslim)

71. ”Sesungguhnya sifat malu itu cabang iman.” (Hadits Bukhari Muslim)

72. (Al-Shaaf: 3-4)

73. (Al-Nahl: 125)

74. Aisyah RA berkata: ”Belum pernah saya melihat Rasulullah tertawa gelak sehingga terlihat langit-langit mulutnya, tetapi beliau selalu tersenyum.” (Hadits Bukhari Muslim)

75. ”Tiga jenis doa yang tidak diragukan pasti dimakbulkan, doa orang yang teraniaya, doa orang yang bermusafir dan doa ayah terhadap anaknya.” (Hadits Abu Daud, Tirmidzi)

76. ”Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadits Bukhari)

77. ”Orang yang mahir al-Quran bersama para malaikat yang mulia, orang yang gagap (kesusahan) tidak lancar membacanya mendapat pahala dua kali ganda.” (Hadits Bukhari Muslim)

78. ”Sesungguhnya seseorang yang di dalam hatinya tidak ada al-Quran bagaikan rumah buruk yang kosong.” (Hadits Tirmidzi)

79. ”Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah baginya pahala sepuluh kali ganda.” (Hadits Tirmidzi)

80. ”Rasulullah SAW bersabda tentang Qulhuwallahu Ahad, sesungguhnya ia menyamai sepertiga dari al-Quran.” (Hadits Muslim)

81. ”Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna maka keluarlah semua dosa-dosanya dari badannya hingga keluar dari bawah kukunya.” (Hadits Muslim)

82. ”Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna kemudian membaca doa wudhu, pasti dibukakan untuknya 8 pintu syurga yang ia boleh memilihnya.” (Hadits Muslim)

83. ”Tidak akan ditolak doa antara azan dan iqamat.” (Hadits Abu Daud, Tirmidzi)

84. ”Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Asar maka telah gugur semua amalannya.” (Hadits Bukhari)

85. ”Barangsiapa yang pergi ke masjid pada pagi atau petang hari maka Allah menyediakan untuknya hidangan disyurga setiap pagi dan petang.” (hadits Bukhari Muslim)

86. ”Barangsiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan ke masjid untuk sembahyang fardhu maka semua langkahnya di hitung, satu untuk menghapus dosa dan satu untuk menaikkan derajat.” (Hadits Muslim)

87. ”Sesungguhnya batas yang memisahkan seseorang dengan kufur hanya sembahyang, maka sesiapa yang meninggalkan sembahyang bererti telah kafir.” (Hadits Muslim)

88. ”Tidaklah seorang mukmin sembahyang sunnat kerana Allah pada setiap hari 12 rakaat melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” (Hadits Muslim)

89. ”Dua rakaat sembahyang sunnat sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya.” (Hadits Muslim)

90. ”Rasulullah SAW sembahyang sunnat sebelum zohor empat rakaat, baginda bersabda: Sesungguhnya ini saat terbuka pintu langit dan aku suka bila naik amal kebaikanku.” (Hadits Tirmidzi)

91. ”Abu Hurairah berkata: Kekasihku Rasulullah SAW berwasiat kepadaku, berpuasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat sembahyang dhuha dan witir sebelum tidur.” (Hadits Bukhari Muslim)

92. ”Barangsiapa yang bangun sembahyang pada malam ramadhan kerana iman dan harapkan keredhaan Allah, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Bukhari Muslim)

93. (Al-Bayyinah: 5)

94. ”Tidaklah seseorang yang berpuasa sehari saja kerana Allah melainkan Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh tujuh puluh tahun.” (Hadits Bukhari Muslim)

95. ”Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadits Bukhari Muslim)

96. ”Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu semua syaitan.” (Hadits Bukhari Muslim)

97. ”Bersahurlah kamu kerana sahur itu membawa berkat.” (Hadits Bukhari Muslim)

98. ”Sentiasa manusia itu dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka.” (Hadits Bukhari Muslim)

99. ”Jika kamu sedang berpuasa jangan berkata keji, jangan marah dan jika ada orang memaki dan melawan katakanlah: Sesungguhnya aku ini berpuasa.” (Hadits Bukhari Muslim)

100. ””Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan menipu

0 comments:

Pengikut

Google+ Followers