November 2010 - Cahaya Hayati

11 Nov 2010

JELAJAH BLOG~FARAH FARHAN@SARAKIDS

November 11, 2010 0
JELAJAH BLOG~FARAH FARHAN@SARAKIDS
Hari nie aku blogkan pasal blogger yang femes ngan dunia anak2 , breastfeeding, motivasi to moms... dan dalam blog nie farah farhan banyak menceritakan tentang breastfeeding, cara2 menyimpan stok susu... nak travel...berpantang ... memberi anak susu mll cawan atau sudu....
Banyak yang Farah Farhan ceritakan dalam blognya. so, bagi ibu muda, bakal ibu dan bakal bapa boleh la dapatkan useful tips dari Farah farhan ngan membaca blognya...
Selain dari blogkan tentang breastfeeding, Farah farhan@ sarakids juga menjual kelengkapan lengkap untuk ibu2 yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya...
Selain itu, farah farhan juga menganjurkan kelas kepada bakal ibu dan bapa...
walaupun aku dah tak memberi brestfeeding kpd ammar (my son)... ttp dengan maklumat yang ada, Insya-Allah sekiranya ada rezeki pada masa akan datang, anak lelaki/perempuan aku... akan diberi breastfeeding sepenuhnya. TQ Farah Farhan!!
ooopss! jangan lupa lawat blog Farah farhan ni kat http://www.sarakids.com/

9 Nov 2010

~bukan saya yg wat tuan~

November 09, 2010 0
~bukan saya yg wat tuan~
lucu, tapi kadang-kadang perkara inilah yang selalu jadi kat kita... perception...
di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..

 kendian, benda tu bergerak ke badan
 rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?
 bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm
 saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni
 tapi dia xmau, and masih patuk2 saya
 pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni
 tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya
 saya pun jerit "Oi! rosak nanti, tuan marah lah".
 dia melawan lak tu
 masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak
 akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri
oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~

4 Nov 2010

KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK TERIMA PERUBAHAN???

November 04, 2010 0
KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK TERIMA PERUBAHAN???
Rasanya ramai yang dok tanya... Pasai apa aku dok buat statement camni? Ada sebab aku buat statement camni.. Lama dah aku dok perati... baru hari nie terluah kat blog ni.. Bukan aku sengaja peram buat pekasam tapi disebabkan kesibukan yang dibuat2... Ahak.. Ahak!
Mak aku sendiri pun susah nak terima perubahan! Bila aku ngan adik beradik cadang buat sesuatu perkara yang dah jadi kebiasaan dia... pasti ada saja yang keluar dari mulut dia... membazir la, tak sedap la, boleh ka? Tapi itu dulu la... Bila dah tunjuk kat dia cara mudah... Terus dia buat cara yang kami tunjukkan... he.. he.. Zaman dah berubah mak!
Statement yang aku buat kat atas bukan pasai mak aku... tapi pasai segelintir orang melayu yang dah berumur yang dekat ngan aku.. Bila sesuatu organisasi nak  buat perubahan .. tak setuju. Nak ubah cara kerja pun tak setuju... Kononnya, depa ada pengalaman dan lebih lama makan garam... But, we all yang muda ni ada lebih pengetahuan walaupun tak banyak makan garam...
So, pada makcik n pak cik yang masih bekerja... terimalah perubahan ngan hati yang terbuka... ingatlah, menuntut ilmu bukan ketika muda saja tetapi sehingga akhir hayat.. Setiap transformasi yang dibuat bukanlah untuk menambah beban tetapi untuk kesenangan dan kejayaan bersama...
Berubahlah orang melayu... Untuk kebaikan diri sendiri.. dan juga organisasi...HIDUP MELAYU!... chiaow!