loading...

16 Dis 2010

15 Dis 2010

susah hati, sedih dan geram...

9:53 PG 0 Comments
ni cerita petang semalam... susah hati dan sedih bila sampai di rumah pengasuh tengok aisya terbaring/ tidak aktif cam biasa.. selalunya berlari mendapatkan aku bila nampak kereta aku sampai di perkarangan rumah pengasuhnya...
Pengasuhnya cerita yang aisya tiba2 sakit kaki apabila mahu bangun dari makan... aku tanya lagi.. aisya ada jatuh tak masa bermain.. mereka beritahu tak... aku tanya lagi.. sama ada aisya terjatuh ketika bermain ... jawapannya tetap tak!
Geramnya aku ngan pengasuh ni sebab dia tak inform kat aku awal2... bagitau yang anak aku sakit... aku boleh balik n bawa aisya jumpa doktor... ini tak, di biarnya anak aku kesakitan... aku yang dah tua ni pun tak tahan sakit... apatah lagi si kecil.. hishh! geramnya aku....
lepas ambil mereka, aku n suami terus bawa aisya ke doktor... doktor beritahu aisya terseliuh tetapi doktor nasihatkan kami supaya tidak memandang ringan ke atas perkara ini kerana di zaman sekarang terdapat banyak case dan pelbagai cara untuk child abuse. Lega sedikit hati aku bila doktor beritahu seliuh di pangkal peha boleh baik dalam masa 1 hari... if aisya tidak boleh jalan ke esokkan hari... kami perlu bawa aisya jumpa pakar n scan bg melihat kecederaan dalaman..
Alhamdulillah... pagi ini aisya sudah boleh berjalan walaupun bertatih..

13 Dis 2010

8 Dis 2010

Selamat pengantin baru buat Pak Teh n Mak Teh...

2:46 PTG 0 Comments
Pengantin Baru bagikan pinang di belah dua..
Dah lama rasanya tak update blog ngan gambar2 yang kaler maler.. Hari ni baru berkesempatan update blog ngan gambar disamping cerita tentang keluarga.. so, hari ahad (5/12/2010) telah berlangsungnya majlis perkahwinan bapa saudara sebelah suami (pak teh)... Pak teh telah bertemu jodoh dengan sepupunya...
 keluarga besar sebelah suami...
Ini gambar keluarga sebelah suami... tema silver pada hari tu... meriah kan!
 anak dara aku n hasil kretiviti tangan aku...
Untuk majlis ini, aku hanya menyumbang kreativiti aku mengubah sireh junjung... cantik tak?
 si dara Mama berposing... tak lama lagi la ni
Di sini aku nak promote dara2 yang masih single... Kalau berkenan, silalah jumpa orang tua si dara...
 kakak ipar aku dan si dara mama...
 Tak lama lagi giliran 2 dara ni la....
 dara n mama...
Terima kasih kepada mama yang telah menjadi orang kuat dalam menguruskan majlis ini sehingga majlis ini sempurna dan berjalan dengan lancarnya...

Calon sapa ni?
aikk! sapa lak ni? calon kakak ka adik?... Jangan mare... gurau ja!
To pak teh n mak teh:" SELAMAT PENGANTIN BARU N SEMOGA BAHAGIA SELALU SEHINGGA KE ANAK CUCU"

AL-FATIHAH...

12:32 PTG 0 Comments
Pagi ahad(5/12/2010) yang ceria n meriah kerana menyambut majlis perkahwinan bapa saudara sebelah suami telah bertukar menjadi sedih dan pilu apabila aku menerima khabar daripada rakan sekerja bahawa ex-leader aku En. Ismail bin Hussain telah meninggal dunia... Salam Takziah kpd Pn. Badariah dan keluarga..
Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

2 Dis 2010

AKU DAH GEMUK??

3:02 PTG 0 Comments
Hari nie pakai baju bunga2 kecik warna merah, cantik(perasan skit) plus tudung lilit...
walaupun cantik tapi ramai lak yang tegur aku nampak berisi... hu.. hu... Tapi aku kena akui yang aku memang dah berisi... berat badan naik mmg tak perasan.. Adakah sebab aku makan nasi di waktu malam? Adakah kerana perancang keluarga yang aku ambil? Adakah kerana aku malas nak exercise?
Semua persoalan kat atas adalah penyebab kepada pertambahan berat badan aku...

So, Disebabkan ramai yang dah tegur aku debab.. maka misi diet harus bermula...
misi pertama: no more nasi @ dinner
misi kedua: kurangkan kuantiti nasi @ lunch. Better if dapat elakkan nasi...
misi ketiga: cereal breakfast or biscuit. no more nasi lemak or roti canai..
misi keempat: lebihkan buah2an n sayur2an + sup
misi kelima: pakai balik korset yang terperam dalam lemari.

Bila dah ada mission maka harus buat target plak.. kalo tak mission ni tak menjadi... this is my way, lantak la hangpa nak kata apa pun..

target 1: turunkan berat sehingga 55kg.. ( lebih kurang 5 kg nak kena turun).
target 2: Mesti turunkan 5kg dalam masa 2 bulan ( light diet ja!)
target 3: tak terlintas di fikiran lagikk!

Hopely aku turun 5 kg dalam masa 2 bulan ni... kalu bertambah lagik.. faham2 la yang misi n target aku tak di ikut sepenuhnya @ dengan kata lain, aku tak dapat melawan nafsu makan... Doakan aku kurus ye!

11 Nov 2010

JELAJAH BLOG~FARAH FARHAN@SARAKIDS

3:10 PTG 0 Comments
Hari nie aku blogkan pasal blogger yang femes ngan dunia anak2 , breastfeeding, motivasi to moms... dan dalam blog nie farah farhan banyak menceritakan tentang breastfeeding, cara2 menyimpan stok susu... nak travel...berpantang ... memberi anak susu mll cawan atau sudu....
Banyak yang Farah Farhan ceritakan dalam blognya. so, bagi ibu muda, bakal ibu dan bakal bapa boleh la dapatkan useful tips dari Farah farhan ngan membaca blognya...
Selain dari blogkan tentang breastfeeding, Farah farhan@ sarakids juga menjual kelengkapan lengkap untuk ibu2 yang mahu menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya...
Selain itu, farah farhan juga menganjurkan kelas kepada bakal ibu dan bapa...
walaupun aku dah tak memberi brestfeeding kpd ammar (my son)... ttp dengan maklumat yang ada, Insya-Allah sekiranya ada rezeki pada masa akan datang, anak lelaki/perempuan aku... akan diberi breastfeeding sepenuhnya. TQ Farah Farhan!!
ooopss! jangan lupa lawat blog Farah farhan ni kat http://www.sarakids.com/

9 Nov 2010

~bukan saya yg wat tuan~

11:32 PG 0 Comments
lucu, tapi kadang-kadang perkara inilah yang selalu jadi kat kita... perception...
di suatu petang yg nyaman....sedang saya syok2 tidor terasa ada sesuatu melompat atas kepala saya..

 kendian, benda tu bergerak ke badan
 rasa cam kena patuk kat perut..... takkan kutu kot?
 bila toleh.... rupenyer si ijou, burung tecik yg tuan saya baru beli semlm
 saya suruh ijou gi main jauh2, saya xmau kawan ngan dia....lagipun saya ngantuk giler ni
 tapi dia xmau, and masih patuk2 saya
 pastu masih nak naik atas bdn saya, berat gak si ijou ni
 tak lama kendian, saya dengor dia tgh patuk benda lain lak... rupanye mengerjakan hp tuan saya
 saya pun jerit "Oi! rosak nanti, tuan marah lah".
 dia melawan lak tu
 masa saya nak luku kepala dia sedas, tuan saya lalu lak
 akibatnye saya dihukum tanpa dipanggil utk membela diri
oh.... di manakah keadilan? bukan saya yg wat tuan~~

4 Nov 2010

KENAPA ORANG MELAYU SUSAH NAK TERIMA PERUBAHAN???

10:33 PG 0 Comments
Rasanya ramai yang dok tanya... Pasai apa aku dok buat statement camni? Ada sebab aku buat statement camni.. Lama dah aku dok perati... baru hari nie terluah kat blog ni.. Bukan aku sengaja peram buat pekasam tapi disebabkan kesibukan yang dibuat2... Ahak.. Ahak!
Mak aku sendiri pun susah nak terima perubahan! Bila aku ngan adik beradik cadang buat sesuatu perkara yang dah jadi kebiasaan dia... pasti ada saja yang keluar dari mulut dia... membazir la, tak sedap la, boleh ka? Tapi itu dulu la... Bila dah tunjuk kat dia cara mudah... Terus dia buat cara yang kami tunjukkan... he.. he.. Zaman dah berubah mak!
Statement yang aku buat kat atas bukan pasai mak aku... tapi pasai segelintir orang melayu yang dah berumur yang dekat ngan aku.. Bila sesuatu organisasi nak  buat perubahan .. tak setuju. Nak ubah cara kerja pun tak setuju... Kononnya, depa ada pengalaman dan lebih lama makan garam... But, we all yang muda ni ada lebih pengetahuan walaupun tak banyak makan garam...
So, pada makcik n pak cik yang masih bekerja... terimalah perubahan ngan hati yang terbuka... ingatlah, menuntut ilmu bukan ketika muda saja tetapi sehingga akhir hayat.. Setiap transformasi yang dibuat bukanlah untuk menambah beban tetapi untuk kesenangan dan kejayaan bersama...
Berubahlah orang melayu... Untuk kebaikan diri sendiri.. dan juga organisasi...HIDUP MELAYU!... chiaow!

28 Okt 2010

Be Part of ChurpChurp Today

9:17 PG 0 Comments
Cepat2! Sementara stok masih ada... Jadilah sebahagian dari ahli ChurpChurp hari ni... bukan esok.. bukan lusa ataupun minggu depan... Just click kat lambang ChurpChurp nie.
pasal apa kena jadi ahli cepat??? Banyak kelebihannya! aku tak kedekut ilmu... jadik aku bagitau la kat hangpa supaya hangpa tak ragu2  nak jadi ahli ChurpChurp macam aku...
  • Boleh buat money cam nuffnang gak. Sapa yang suka money cam aku.. wajib join!supaya leh dapat side income..
  •  Aku tak dak blog cam hang... Jangan risau!Nak jadik ahli Churp2 cuma perlu ada akaun Facebook or tweeter dan berumur 18 tahun ke atas. Yang lain Churp2 takmo...
  • Best ka Churp2 nie? Sapa kata tak best... Churp2 nie best sebab kita boleh iklan produk kita/ bisnes kita/ supaya bisnes kita menjadi international walaupun produk tu produk kampung ja... tak caya? Bakul rotan dah sampai oversea...
  • Kena bayar ka nak jadi ahli... Tak kena la akak, abang, adik n mak cik pak cik ooi! Bukan cam direct selling, kena bayar dulu baru leh jadik ahli... Free ja. Just complete form yang tersedia di website Churp2.
So, jangan lepaskan peluang menjadi ahli Churp2... Supaya kita sesama menjadik seperti Donald Trump... i love money! $$$$$

19 Okt 2010

Set botol susu tupperware...

12:39 PTG 6 Comments
Kebetulan bulan ni ada promosi botol susu dari tupperware... aku terus oder dan baru dapat hari nie...tu yang terus buat entry ttg nie...just to share dengan semua ibu muda diluar... untuk anak2. Lagipun ada byk kelebihan brand tupperware nie berbanding dengan brand biasa... Antaranya:
  1. Tahan lama (berapa lama nak guna pun takpa).. kalau brand biasa perlu tukar setiap 3 bulan... untuk keselamatan baby.
  2. anticolic telah dijamin oleh tupperware dimana ia mempunyai 3 jenis aliran susu... nak tahu lebih lagi, baca catalog tupperware... lebih2 lagi, kpd ibu2 yang anaknya selalu kembung...
  3. colour tidak pudar- cuba hangpa tgk koleksi tupperware mak hangpa... betui atau tak? dah bertahun ttp colour tetap macam tu ja....
  4. ada banyak lagi.... baca sendiri dengan kat laman web tupperware di http://www.tupperware.com.my/
Bagi set promosi nie.. akan dapat :
  1. 1 gift box
  2. 2 botol susu
  3. 1 bekas susu
  4. 1 bekas susu untuk jalan2...
  5. 4 sudu makan
  6. 2 garfu
  7. 1 spatula
  8. 1 penyedok susu
Berbaloi kan! Rasanya ramai yang kata brand tupperware nie mahal... tak mahal lah yang oooi! Just RM 96.00... kalau dibandingkan dengan brand biasa yang perlu ditukar setiap 3 bulan... Cuba kira balik.. betuikan? Kalau rasa mahal gak... pejam mata ja n beli gak sebab dia ada banyak kelebihan... dan satu pelaburan yang baik.
so, cepat2 cari dealer tupperware coz promosi ni sampai 15hb November ja....:)

12 Okt 2010

Tragedi 10.10.10 di KM224

10:47 PG 0 Comments
Baru semalam aku baca paper ttg kemalangan di KM224 Lebuhraya Utara Selatan... pagi ni aku terima email bergambar dari officemate yang menunjukkan betapa dasyatnya kemalangan tersebut... aku letakkan gambar tersebut di sini sebagai peringatan, panduan dan juga iktibar kepada diri aku dan semua yang baca blog aku terutamanya ketika berada di jalan raya dan lebuh raya... minta dijauhkan! Bagi aku kemalangan nie mmg ngeri giler...
korang perasaan tak? mangsa yang terbaring tu... hampir separuh mukanya hancur....

mangsa yang terselamat dan orang ramai yang melihat kejadian tersebut...

pandangan atas bas yang terbalik....

kenderaan yang terlibat dengan kemalangan

di kilometer ni lah kemalangan tersebut berlaku....
akibat dari kemalangan tersebut...
Mangsa kemalangan....
kerja2 menyelamat dilakukan oleh pihak2 yang bertanggungjawab...
Kepada mangsa yang terselamat... syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang untuk bernafas di muka bumi ini. kepada mangsa yang meninggal...Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga masing2.

11 Okt 2010

apa aku buat pada 10.10.10...

3:06 PTG 0 Comments
apa aku buat pada 10.10.10... bagi sesetengah orang ini mungkin hari yang bersejarah dalam hidup... Ramai yang telah memilih tarikh ni utk melangsungkan pertunangan, pernikahan dan juga perkahwinan seperti angkasawan negara iaitu Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina....
Pada 10.10.10 juga merupakan besday mak mertua aku... so, pepagi lagi aku dah wish kat dia... Hadiah tarak lagi... sorry ya MIL!
Happy besday MIL....
Balik pada tajuk semula.... 10 benda yang aku buat pada 10.10.10...
  • ~Wish besday kepada MIL...
  • ~ Sidai baju, buang sampah, buat breakfast, sapu sampah, kemas rumah dan lain2 yang seangkatan dengannya..
  • ~ Mandikan anak2.. pakaikan baju lawa2 sbb hari ni 10.10.10.. just ambil feel hari yang dikatakan bersejarah pada tahun 2010. Rasanya kalo anak2 ni pandai bercakap... mesti depa kata mummy depa tak berapa nak betui skitt sbb pakai lawa2 tapi dok umah ja...
  • ~ Kemaskan bilik belakang.... Dah berabuk wa cakap lu.. sebab  masa dok kemas bilik  tu aku asyik dok bersin.. achummm2.. sampai hidung pun berair dah.... Nampak sangat dah lama aku tak jenguk bilik tu....             
  • ~ Mandi.. setelah badan naik bau semacam. Sambil mandi.. buat scrub kat muka n badan... Syampoo rambut yang dah naik  minyak....  Dah bersih!Lepas mandi, sapu losyen kat tangan n   kaki... Pastu pakai baju lawa2.. lawa ke? Perasan sendiri la...
  • ~ Lunch.. Dah bersih n penat buat kerja.. Perut pun dah nyanyi lagu kebangsaan.. maka, tibalah masa untuk bersantap.... air tangan MIL. Aku cuti masak hari ni...        
  • ~ Lepas lunch... sambung balik buat kerja umah... mengemas dah, sapu sampah dah... Iron baju ja belum lagikkk... so, iron baju yang dah menimbun cam bukit.... Anak2 plak tidoq lepas lunch... so, senang la skit time iron... kalo tak, asyik terjerit ja suruh  jangan dekat dengan iron board...     
  • ~ bangunkan bapa budak untuk sembahyang, makan n sembang2 ngan isteri mithali (mithali ka?) sebelum pi kerja....   
  • ~ Layan buletin utama n tengok anak2 main... 
  • ~ zzzzzzzzz!
Tu la 10 perkara yang aku buat pada 10.10.10... tak best kan???  bagi orang lain mungkin tak best... aku rasa best ja sebab dapat settle keja umah aku... bila hari keja aku dah takyah pikiaq dah....:)     

TQ nuffnang

11:14 PG 0 Comments
Nuffnang ni pandai ja nak buat mood aku berubah menjadi ceria... gembira .. dan yang seangkatan dengannya...
Pasal apa? Pasal dah ada iklan balik kat blog aku... nampak ceria ja blog aku ngan iklan tu..
so, TQ nuffnang... Untuk monday yang penuh dengan blues !!!

5 Okt 2010

berakhirkah sebuah kebahagiaan????

3:00 PTG 0 Comments
baca paper kosmo semalam... kisah Rita Rudaini dan rumahtangganya... A sad story! Kalau nak tau lebih lagi ttg dia, boleh baca kat http://www.izyan.com/2010/10/rumahtangga-rita-rudaini-mula-retak.html
Banyak komen membina ditujukan kepada rita dan aidil. Di harap rita dan aidil dapat membuat keputusan yang bijak tanpa mengikut perasaan marah/ dendam dan yang paling penting tidak perlu mengikut pendapat orang... Ini adalah kehidupan awak berdua...
semoga rumahtangga mereka akan berkekalan.... Ambil iktibar dengan apa yang terjadi sekarang dan lalui kehidupan akan datang dengan bijak.
Aku buat entry ttg rita sebab aku nak share ngan semua ttg pendapat aku... Boleh kan????

Pengikut

Google+ Followers

Follow Me @cahaya_hayati292